Apa Rahsia Disebalik Senyuman dan Ketawa Anda

9 Mei 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

senyum1

DI SETIAP pagi, matahari mula menampakkan dirinya dan ia tidak lupa untuk melakar senyuman manis dengan sinar cahayanya yang dapat memberi rahmat dan manfaat kepada seluruh alam ini. Begitu juga dengan manusia, Allah SWT menganugerahkan senyuman, maka lakarkanlah senyuman selalu sebagai tanda bersyukur di atas anugerah itu. Hidup ini menjadi lebih indah dan berseri sekiranya kita tidak kedekut dan sentiasa melakar senyuman terutamanya kepada orang-orang tersayang dan dekat dengan kita iaitu ibu bapa, suami, isteri, anak-anak, jiran tetangga dan kawan-kawan.Bayangkan hidup ini tanpa senyuman atau ketawa, adakah kehidupan ini menjadi indah ?

Islam juga mengalakkan kita senyum. Sabda Rasulullah SAW : “Senyum itu adalah sedekah”. Hadis ini memberi motivasi kepada kita bahawasanya senyuman itu umpama kita bersedekah. Paling mudah dan senang untuk dilakukan. Tetapi tidak semua mengetahui apakah rahsia disebalik senyuman itu terutama dari segi kesihatan. Betul tak ?

Ya…Bila ditanya apakah kelebihan dan istimewanya senyuman anda itu ? Em ada yang menjawab, “ia boleh merapatkan dan mengeratkan hubungan silatulrahim sesama insan, menghilangkan steress dan sebagainya”. Jawapan yang diberi itu memang betul, tetapi tahukah anda senyuman juga boleh menjadi penawar terbaik pada kesihatan terutama kepada jantung kita.

Baca baki entri ini »


Bersyukur Kunci Kebahagiaan

4 Mei 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

SUDAHKAH anda bersyukur hari ini ? Sering kali kita terlupa untuk bersyukur atas apa yang telah kita terima dan nikmati dalam hidup ini. Hari ini kita dapat menikmati makanan dan minuman yang enak-enak, mempunyai keluarga bahagia, tempat tinggal yang selamat dan dianugerahkan kesihatan. Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang kurang bernasib baik ? Pasti hidup mereka serba kekurangan jika dibandingkan dengan kita. Betul tak ?

Jika difikirkan, bersyukur barangkali tidak memberikan impak yang jelas. Namun begitu tahukah anda, perbezaannya cukup luar biasa untuk jangka panjang.

Kajian oleh penyelidik dari Universiti George Mason, Virginia, Amerika Syarikat menyatakan bersyukur adalah kunci utama menuju kebahagiaan. Ia adalah ungkapan rasa terima kasih atas apa yang telah kita terima dan satu perkara penting untuk mencapai kualiti hidup yang lebih baik.

Baca baki entri ini »


TIPS MEMBERI PENGHARGAAN

25 April 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

SALAM hormat buat semua pengunjung Kalam Abu Musaddad kerana masih setia dan sudi menjadi pembaca setia di laman ini. Hari ini kalam ini ingin membicarakan tentang “Bagaimana untuk memberi penghargaan kepada mereka yang kita sayangi di dalam kehidupan kita”.

Dalam kehidupan ini banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk memberikan penghargaan dan juga sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga kepada sesiapa sahaja. Biasanya kita terlalu memikirkan bagaimanakah caranya untuk memberi penghargaan tersebut kepada seseorang itu dan apakah yang sepatutnya kita berikan. Adakah ianya berupa hadiah atau sekadar ucapan?

Pada kebiasaanya bila disebut sahaja memberi penghargaan, maka terlintaslah difikiran kita ianya mesti berupa pemberian “hadiah”. Kadang-kadang seseorang itu terpaksa berhutang semata-mata untuk membeli hadiah untuk diberikan kepada orang tersayang seperti hadiah hari lahir dan sebagainya.

Baca baki entri ini »


Mengapa Saya Mesti Meniru Gaya Hidup Barat?

21 April 2009

DI ZAMAN pembangunan teknologi maklumat yang canggih, dunia telah menjadi global. Melalui arus globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa pensejagatan budaya dalam kehidupan individu.

bersekedudukanSecara tidak langsung arus tersebut berjaya memperkenalkan gaya hidup barat kepada seluruh dunia. Gaya hidup tersebut seperti pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan, berpeleseran di tempat-tempat hiburan pub dan disko, cara berpakaian yang mendedahkan aurat, fesyen rambut, meminum arak, mengedar dadah, menjadi samseng, pembuli dan lain-lain budaya yang boleh meruntuhkan akhlak serta menghakiskan imej budaya timur yang kita warisi sejak zaman berzaman. Bahkan budaya tersebut bertentangan dengan ajaran Islam yang murni.

Bagi sesetengah individu yang lemah imannya, serta cetek pengetahuan dan pendidikan agama, nescaya mudah terpengaruh dengan gaya hidup tersebut. Tanpa mereka berfikir, serta membuat penilaian secara rasional, maka mereka akan meniru gaya hidup tersebut.

Baca baki entri ini »


Tanggungjawab Pelajar Terhadap Gurunya

8 April 2009

BAGAIMANA besarnya tanggungjawab guru terhadap murid, begitu jugalah besarnya tanggungjawab murid terhadap gurunya. Jika tidak ada guru, maka tidak ada murid. Guru juga seperti ibu bapa yang patut dihormati dan dipatuhi segala ajarannya yang baik. Jika di rumah anda harus menurut segala perintah dan ajaran ibu bapa dengan taat, tetapi di sekolah anda harus pula mentaati guru dan segala ajarannya harus disematkan di hati.

Seorang murid harus menghormati bantuan gurunya untuk membimbing mereka ke jalan yang diredhai Allah SWT untuk menuntut ilmu demi bekalan hidup mereka.

Jangan sekali-kali membantah atau mencela guru kerana guru adalah merupakan orang yang sentiasa membimbing anda untuk mencapai cita-cita.

Baca baki entri ini »


Menyingkap 1001 Rahsia Kejayaan Adik Nik Nur Madihah

14 Mac 2009

KEMISKINAN DAN KEKURANGAN BUKAN PENGHALANG MERAIH KEJAYAAN :

TERLEBIH dahulu kalam ini ingin mengucapkan “SELAMAT BERCUTI” kepada semua pelajar kerana cuti pertengahan semester 1 telah pun bermula.

nik-nur-madiahahKalam ini juga percaya pasti banyak program-program yang dirancang sempena cuti persekolahan ini. Apa pun program yang dirancang diharap ianya memberi faedah dan manfaat kepada diri anda sekeluarga. Mungkin ada yang merancang untuk pergi melancong, balik kampung dan sebagainya. Tetapi jangan dilupa untuk mentalaah buku khususnya kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan pada tahun ini sama ada UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM.

Satu hal yang menarik untuk dikongsi bersama di sini ialah tentang KEJAYAAN adik NIK NUR MADIHAH pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu yang mendapat keputusan CEMERLANG dan PELAJAR TERBAIK SPM 2008 yang diumumkan baru-baru ini dengan mendapat 20A. Apakah rahsia kejayaan beliau?

Kejayaan adik Nik Nur Madihah menarik perhatian semua pihak. Ana difahamkan ramai wartawan pergi ke rumah di Pengkalan Chepa, Kota Bharu untuk menemuramah beliau. Ekoran daripada itu, kalam ini juga terpanggil untuk berbicara tentang rahsia kejayaan beliau.

Baca baki entri ini »


Contohi Semangat Semut

2 Mac 2009

semut1

SEMUT adalah serangga bertubuh kecil tetapi hidup dalam satu komuniti kukuh bersatu padu. Semut dapat dilihat di tempat lembap dan mengandungi sisa makanan. Ada pelbagai spesies semut di dunia dan kehadirannya dalam jumlah yang banyak pasti menggawatkan manusia lantas pelbagai kaedah dilaksanakan untuk menghapuskannya.

Sikap rajin dan dedikasi semut boleh dijadikan iktibar dan pedoman dalam menelusuri roda kehidupan di dunia ini. Perhatikan bagaimana semut apabila mencari makanan, mereka begitu tekun, gigih malah cukup tabah meneroka kawasan dianggap mempunyai sumber makanan.

Meskipun kawasan itu terletak jauh dari sarangnya, namun mereka masih sanggup mencari dan terus mencari sehingga berjumpa dengan sasaran dikehendaki. Semangat kegigihan yang membara itu ternyata ada pada diri setiap semut. Tiada pengecualian kerana semua perlu berusaha mencari sumber makanan keperluan harian.

Baca baki entri ini »


Kesilapan: Pengalaman ke arah kejayaan

18 Januari 2009

Bismillahirrahmanirrahim…

Sebagai manusia yang penuh dengan kekerdilan, kesilapan sering dialami. Walaupun tiada siapa yang inginkan kesilapan, tetapi jika berlaku ia akan membawa keruntuhan dan kemusnahan dalam kehidupan. Kesilapan dalam tindakan, kesilapan dalam menentukan keputusan atau kesilapan dalam sesuatu perkara teknikal membawa padah bukan sahaja pada diri sendiri tetapi juga melibatkan keluarga dan masyarakat.

Namun kesilapan bukanlah satu noktah dalam kehidupan. Oleh kerana kesilapan itu adalah hasil daripada sesuatu keterlanjuran, maka terdapat ruang dan masa untuk diperbetulkan agar “pisang tidak berbuah dua kali”. Justeru, setiap kesilapan yang dilakukan harus dilihat secara positif bukan sekadar merintih dengan penuh penyesalan tetapi menjadikannya sebagai pengajaran dan pengalaman untuk bangun semula dalam usaha mengejar kejayaan.

Baca baki entri ini »


Tips Memanfaatkan Musim Cuti Sekolah Anak-anak

14 November 2008

Bismillahirrahmanirrahim…

dsc04601

Assalamualaikum wbt kepada semua pengunjung laman Kalam Abu Musaddad, sudah beberapa hari ana tidak mencoretkan sesuatu dilaman ini kerana akhir-akhir ini ana sangat busy sekali.

Tetapi hari ini alhamdulillah masih diberi sedikit masa oleh Allah SWT untuk kalam ini berbicara. Pertama-tama sekali ana ingin mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada semua pelajar yang berjaya dengan mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR yang diumumkan kemalrin (khamis 13 November 2008) khususnya kepada semua pelajar SK Tanjung Manis.

Baca baki entri ini »


Peranan Anda Membentuk Generasi Cemerlang

19 Oktober 2008

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt…

Salam buat semua pembaca Kalam Abu Musaddad, hari ini masalah keruntuhan moral dan akhlak serta disiplin dikalangan pelajar amat membimbangkan semua pihak. Beberapa hari yang lalu, kita telah mengikuti berita di mana pelajar tendang guru. Kemudian hari ini, akhbar kosmo! pula telah mendedahkan kegiatan pelajar melakukan perbuatan terkutuk di dalam kelas dan merakamnya dengan telefon bimbit. Kegiatan ini mula menjadi trend sejak kebelakangan ini. Klik di sini untuk baca.

Sekiranya kegiatan keruntuhan moral dan disiplin ini tidak dikawal, bagaimana kita hendak membentuk generasi cemerlang ?. Bagi mencapai hasrat negara untuk melahirkan generasi cemerlang, maka anda mesti melaksanakan beberapa plan tindakan.

Baca baki entri ini »


Milikilah Kekuatan Ilmu dan Minda

8 Oktober 2008

Bismillahirrahmanirrahim…

Setiap umat Islam wajib menuntut ilmu. Ilmu tersebut termasuklah ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah. Rasulullah SAW telah bersabda :

” Menuntut ilmu itu diwajibkan ke atas setiap muslim lelaki dan perempuan.”

Maju atau mundur sebuah masyarakat atau umat, bergantung kepada keupayaan mereka menguasai ilmu pengetahuan. Umat yang berilmu adalah umat yang berwawasan, memiliki kekuatan, mempunyai matlamat hidup, sentiasa dihormati dan dicontohi. Firman Allah SWT di dalam surah al-Mujadalah ayat : 11 yang bermaksud :

” ….Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat……”

Dalam kehidupan individu, ilmu fardu ain dapat membantu seseorang memantapkan iman, melaksanakan amal ibadah dengan betul, dapat menilai dan membezakan di antara perkara benar dengan yang salah, mendidik seorang insan bertanggungjawab serta beretika.

Baca baki entri ini »


Milikilah Sikap Positif

7 Oktober 2008

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt…

Bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan, kita mesti rajin berusaha. Kita mesti berfikiran terbuka, berkeyakinan pada diri, berkebolehan untuk mengatasi segala liku masalah.

Kita juga mesti sedar bahawa kita dijadikan Oleh Allah SWT dengan sebaik-baik kejadian. Kalau kita tidak mengambil kesempatan memiliki sikap-sikap yang membawa kita ke arah kecemerlangan, maka alangkah rendahnya martabat kita. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah at-Tin ayat 4-5 yang bermaksud :

Baca baki entri ini »


Sikap Negatif Penghalang Kejayaan

6 Oktober 2008

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt…

Salam ukhwah buat semua pengunjung laman Kalam Abu Musaddad, ketahuilah terdapat beberapa sikap negatif yang masih wujud dalam diri seseorang individu, seperti malas berusaha, mudah putus asa, mudah menyerah dan memadai dengan pencapaian yang ada.

Sikap-sikap negatif tersebut boleh menghalang kejayaan kita, terutamanya jika kita seorang pelajar. Kalau sikap tersebut berterusan, kita akan menjadi orang yang ketinggalan dalam segenap bidang kehidupan.

Baca baki entri ini »


Kami Mohon Keampunan-MU

16 September 2008

Dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim….Kalam ini membuka bicara…Di dalam kesyahduan malam, bertemankan sepi, manusia sedang mengamit mimpi-mimpi indah, aku keseorangan, aduh…tenang rasanya jiwa ini…Jauh dari laungan kota yang memberontak jiwa dan fikiran…Kota yang mengundang berbagai aksi-aksi kemungkaran…Bagaikan hidup tiada panduan dan pedoman…

Aku masih di sini…Memutar benak, mencari sesuatu yang telah hilang dibawa arus kemodenan…Ke mana hilangnya prinsip hidup ? Ke mana perginya ajaran kitab suci ? Sehingga manusia sanggup melawan arus…Melawan ketetapan Kalam Agung Ilahi (al-Quran)…Yang sememangnya menjadi pegangan setiap yang bergelar hamba…Apakah manusia sudah lupa asal usulnya…

Pemuda dan pemudi bebas berkeliaran, bebas melakukan apa saja kehendak dan kemahuan nafsu, walaupun ditegah namun rakus melakukannya…Ke mana hilangnya maruah dan harga diri…Sehingga anak kecil pun sudah pandai mengikut jejak perilaku syaitan…Apakah kita tidak sedar…Atau hanya menutup mata kerana ia bukan dari ahli keluarga kita…???

Baca baki entri ini »


Banyakan Solat Hajat dan Berdoa…

6 September 2008

Bismillahirrahmanirrahim…

Kalam ini khas buat adik-adik yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini khususnya kepada pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di seluruh negara bermula pada 9 hingga 11 September ini.

Menurut laporan KPM, seramai 518,616 calon yang akan menduduki peperiksaan tersebut. Daripada jumlah itu, 98.6 peratus ialah calon sekolah Kementerian Pelajaran manakala 7,249 lagi adalah calon swasta.

Sehubungan dengan itu, di harap semua calon sudah pun membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Kerana peperiksaan ini adalah langkah pertama bagi pelajar-pelajar sekolah rendah untuk terus melangkah ke peringkat menengah.

Baca baki entri ini »


7 Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan…

18 Ogos 2008

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamulaikum wbt kepada semua pelawat Kalam Abu Musaddad, di sini terdapat beberapa tip untuk cemerlang dan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi.

Bagi pelajar peringkat menengah yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM juga boleh menggunakan tip ini sebagai panduan pembelajaran dan persediaan anda.

Sepertimana kita maklumi, kira-kira 3 minggu lagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan di adakan. ana percaya disaat ini pelajar-pelajar bertukus lumus mengulangkaji pelajaran dan membuat persediaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Baca baki entri ini »


Lakukan Aktiviti Berfaedah Sempena Cuti Sekolah…

16 Ogos 2008

Bismillahirrahmanirrahim…

Kini musim cuti sekolah telah bermula. Pada kebiasaannya murid-muridlah orang yang paling gembira apabila sekolah bercuti kerana mereka tidak perlu datang ke sekolah malah dapat berehat dan menjalankan aktiviti lain di rumah.

Musim cuti sekolah juga ada para ibu bapa mengambil kesempatan dan merancang untuk membawa keluarga mereka melancong atau pergi berkelah (makan angin) sebagai memenuhi aktiviti musim cuti.

Baca baki entri ini »