3 Pengebom Bali Bukan Mati Syahid

FILES-INDONESIA-ATTACKS-COURT

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) memutuskan pengebom Bali yang menjalani hukuman ditembak mati kelmarin, tidak boleh dikategorikan sebagai ‘mati syahid’ kerana mereka tidak berjuang mempertahankan agama.

“Sesiapa pun yang membunuh orang lain tidak mati syahid, kecuali berjuang dalam peperangan atas nama agama. Mereka bukannya berjuang untuk agama,” kata Ketua MUI, Umar Shihab.

Sehingga ke saat akhir, Amrozi, Ali Ghufron atau Mukhlas dan Imam Samudra tidak menunjukkan sebarang berasa kesal atas apa yang berlaku ke atas mangsa ‘kafir’ mereka sambil mendakwa ingin ‘mati syahid’.

Mereka mengimpikan satu wilayah pemerintahan khalifah di sebahagian besar kawasan di Asia Tenggara.

Mahkamah di Indonesia menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka pada 2003, yang dicabar sekurang-kurangnya empat kali, menyebabkan pelaksanaan hukuman itu tertangguh dan mendapat liputan meluas media.

Ratusan penyokong mereka bertempur seketika dengan polis apabila jenazah Mukhlas dan Amrozi yang dinamakan sebagai ‘pembunuh tersenyum’, tiba dengan helikopter di kampung mereka di Tenggulun di Jawa Timur, kelmarin.

Sementara itu, pasukan keselamatan Indonesia mengambil langkah berjaga-jaga selepas tiga pengebom Bali itu menjalani hukuman kerana bimbang kemungkinan berlaku tindakan balas penyokong mereka.

“Kami mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kekacauan yang mungkin tercetus selepas pelaksanaan hukuman itu,” kata jurucakap polis kebangsaan, Abu Bakar Nataprawira.

Indonesia mempertingkatkan langkah keselamatan di pusat pelancongan dan kedutaan asing sebelum pelaksanaan hukuman. Pengeboman di Bali mengakibatkan 202 terbunuh, sebahagian besarnya rakyat negara asing.

Amrozi, abangnya, Mukhlas dan Imam Samudra menjalani hukuman mati ditembak sejurus selepas tengah malam kelmarin.

Pengebumian yang dilakukan di kampung halaman mereka bertukar menjadi perhimpunan dipenuhi laungan melancarkan perang jihad terhadap Barat, walaupun sebahagian besar penduduk Islam Indonesia bersikap sederhana.

Polis menahan sekurang-kurangnya dua penyokong pengebom berkenaan kerana mengancam untuk meletupkan bom, lapor laman web berita Detik.com.

“Sekurang-kurangnya dua orang ditahan di luar Jakarta. Mereka berkata, ancaman itu dilakukan kerana menentang pelaksanaan hukuman ke atas pengganas,” kata Ketua Polis Jakarta.

Kedutaan Australia dan Amerika Syarikat serta beberapa hotel dan pusat beli-belah juga menerima ancaman bom. Australia, yang kehilangan 88 rakyatnya dalam serangan itu disusuli dengan kejadian pengeboman kereta pada 2004, memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak ke Indonesia sekiranya tidak perlu.

Sumber Berita : Berita Harian Online

Apa pula pandangan anda ?

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 11 November 2008, in Keratan Akbar, Pendapat Ulama. Bookmark the permalink. 9 Komen.

  1. membunuh itu sememangnya haram.. walaupun kepada orang bukan Islam. Pada pendapat saya, pengeboman itu tidak wajar, walaupun niat mereka memang baik. Ini kerana, ia mencacatkan kesejahteraan Islam itu sendiri.. Walaubagaimanapun, hanya Allah yang Maha Mengetahui.. Wallahualam.

  2. ya betul tu kata ajeerah.

  3. Syahid ke, tak syahid ke itu semua Allah yang akan tentukan. Yang penting mereka “telah” berjuang!

  4. Makanya pak, bu…. Jangan di ikut cara mereka “telah” berjuang tu. Ditakutin mereka macam berjuang tapi balasannya juga bukhannya ke surga kok ke neraka.. Naujubillah

  5. Syahid ditentukan oleh Allah. Di dalam dunia sekarang ini, apakah ada negara Islam yang sanggup mengistiharkan perang ke atas musuh Islam spt Yahudi dan Amerika. Ulama’ yang hanya pandai berfatwa tapi tidak melakukan apa – apa pun lebih ramai. Ulama’ yang hidup di atas pemberian pemimpin yang bersekutu dengan Yahudi dan Amerika pun ramai.
    Mungkin kisah Abu Jandal di zaman Rasulullah dapat menerangkan bagaimana untuk syahid. Kalau tidak sanggup nak bunuh orang, macamana mahu syahid.
    Hanya Allah yang menghitung dan Allah jua yang Maha Menghukum dan Maha Adil, tetapi Allah juga telah memberitahu tanda – tanda mati syahid kepada kita.

    KAM : ALLAH Maha Mengetahui dan Berkuasa….

  6. mereka-mereka ini mencintai Allah dan membenci kemaksiatan..mudah-mudahan mereka shahid.InshaAllah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: