Milikilah Sikap Positif

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt…

Bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan, kita mesti rajin berusaha. Kita mesti berfikiran terbuka, berkeyakinan pada diri, berkebolehan untuk mengatasi segala liku masalah.

Kita juga mesti sedar bahawa kita dijadikan Oleh Allah SWT dengan sebaik-baik kejadian. Kalau kita tidak mengambil kesempatan memiliki sikap-sikap yang membawa kita ke arah kecemerlangan, maka alangkah rendahnya martabat kita. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah at-Tin ayat 4-5 yang bermaksud :

“Sesungguhnya kami ciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat serendah-rendahnya (neraka).”

Dalam kehidupan ini kita sering terdedah dengan perkara-perkara mungkar. Perkara-perkara mungkar ini adalah bertentangan dengan syariat Islam. Ia boleh merosakkan keimanan, diri serta masyarakat.

Setiap muslim mesti menyuruh dirinya dan orang lain melakukan kebaikan serta mencegah kemungkaran. Untuk melaksanakan sesuatu perkara kita boleh menilai, kita boleh memilih sesuatu yang baik.

Kita mesti memiliki sikap-sikap positif. Kita gerakkan semua sikap tersebut ke dalam diri, jiwa dan inda kita sebagai pemangkin ke arah kejayaan. Di samping itu, kita bertanggungjawab membuang segala sikap negatif yang menghalang diri, serta boleh menggagalkan hidup kita di masa hadapan.

Sebagai kesimpulannya, milikilah sikap-sikap positif. Ia boleh menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan juga di akhirat. Kejayaan di dunia ialah kerana anda dapat memiliki ilmu pengetahuan, keimanan yang teguh, ketinggian akhlak dan kecemerlangan hidup dalam negara yang makmur dan aman sejahtera. Manakala kejayaan di akhirat pula dapat melaksanakan segala amalan kebajikan yang dituntut oleh Islam, di samping mengharapkan keredhaan Allah SWT selama-lamanya.

WALLAHU A’LAM..

Apa komen / pandangan anda ?

Kalam Abu Musaddad / 07 Oktober 2008
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 7 Oktober 2008, in Motivasi. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: