Benarkah Sekolah Agama Tidak Berkualiti?

Hari ini semua murid tahun 6 sekolah aku diwajibkan mengambil ujian kelayakan tambahan untuk memasuki ke sekolah menengah agama apabila mereka melangkah keluar sejurus tamatnya sesi persekolahan pada tahun ini.

Ujian ini telah dijalankan secara serentak seluruh negeri Pulau Pinang. Ujian akan bermula pada pukul 9 pagi. Sebelum ujian bermula, aku memberi sedikit taklimat berkaitan perjalanan ujian yang bakal mereka hadapi sebentar lagi. Mereka akan diuji dengan bacaan al-quran, membaca dan menulis jawi.

Dalam taklimat tersebut, aku melontarkan beberapa soalan. Aku ingin mengetahui berapa ramai di antara mereka yang berminat untuk memasuki sekolah menengah agama nanti. Apabila disuruh angkat tangan siapa yang berminat, hanya sembilan orang sahaja yang mengangkat tangan daripada 45 orang calon. Aduh, tak sampai separuh. Sedangkan sebelum ini begitu rancak di dalam kelas aku berkempen untuk menarik minat mereka untuk memilih sekolah menengah agama apabila tamatnya persekolahan rendah nanti.

“Kenapa kamu tak mahu masuk sekolah agama?” tanyaku kepada salah seorang murid yang tidak mengangkat tangan.

“Ayah tak bagi. Ayah kata sekolah agama tak ada kualiti. Tak menjamin masa depan saya.” jawab murid itu dengan selambanya.

Mendengar jawapan murid tersebut, aku mula berfikir. Masih ada ibu bapa yang beranggapan sebegitu. Sedangkan sekolah agama sekarang tidak seperti yang diperkatakan. Di sekolah menengah agama, bukan mata pelajaran agama semata-mata yang diajar, malah akademik lain pun turut ditekankan.

Sebelum ujian bermula, sempat juga aku mengayat sepatah dua kata semangat dengan harapan moga-moga mereka melakukan ujian ini dengan penuh tanggungjawab, ikhlas dan berubah fikiran serta minat mereka untuk memilih sekolah agama sebagai sekolah kedua mereka selepas ini.

Alhamdulillah, tepat pukul 9 pagi ujian pun bermula dan pada pukul 12.30 tengahari ujian selesai dilaksanakan dengan jayanya.

Benarkah sekolah agama tidak berkualiti?

Nah, hari ini aku nak bagitahu kepada semua ibu bapa yang beranggapan dan mengatakan sekolah agama tidak berkualiti dan tidak menjamin masa depan anak adalah tidak benar sama sekali.

Baiklah, untuk menghantar anak ke sekolah menengah agama ataupun sekolah menengah aliran biasa, itu adalah hak dan pilihan ibu bapa masing-masing. Tuan/puan berhak memilih untuk kebaikan anak sendiri.

Apa yang ingin aku tekankan di sini ialah kenapa aku kata tanggapan bahawa sekolah menengah agama tidak berkualiti adalah tidak benar. Jika sekolah menengah agama benar tidak berkualiti, ia boleh dipohon oleh semua murid tanpa syarat. Mana-mana murid yang berminat boleh memasukinya. Tetapi tidak berlaku sedemikian. Untuk memasuki sekolah menengah agama bukan mudah. Sesorang murid yang ingin memohon ke sekolah ini, hendaklah memenuhi syarat-syaratnya dan berjaya dalam ujian kelayakan.

Kenapa pula bersyarat? Kenapa diadakan ujian kelayakan dan pemilihan? Bukankah ini menyusahkan kepada si pemohon. Iya! Memang menyusahkan sebab inilah buktinya sekolah menengah agama itu berkualiti. Hanya yang layak sahaja dapat memasuki sekolah ini. Bukan main redah jer. Apabila sesuatu itu berkualiti, sudah semestinya produk yang dihasilkannya juga berkualiti. Hasil yang berkualiti sudah pastinya akan lebih menjamin masa depan.

Misalnya, sekolah yang agak ‘femous’ kat Pulau Pinang ini seperti SMA (L/P) Al-Mashoor Georgetown, untuk memohon memasuki ke sekolah ini, antara lain syarat layak memohon ialah pemohon mestilah mendapat keputusan sekurang-kurangnya 3A3B dalam UPSR. Begitu juga dengan SMKA Al-Irshad Kepala Batas, sekolah ini adalah sekolah menengah agama berprestasi tinggi. Untuk memohon dan menjejak kaki ke sekolah ini, anak tuan/puan juga wajib mendapat keputusan 6A dalam UPSR. Begitu juga dengan sekolah menengah agama lainnya.

Justeru itu, dengan sedikit pencerahan ini mudah-mudahan dapat membuka mata segelintir ibu bapa yang beranggapan sekolah menengah agama tidak berkualiti adalah kurang tepat. Malah, menurut pendapat kecil aku, adalah sangat elok kalau para ibu bapa mempunyai niat untuk menghantar anak ke sekolah menengah agama kerana sekolah ini menyediakan ilmu dunia dan juga ilmu akhirat.

 

05 September 2017,

Teratak Sri Pauh.

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: