Bahagia Yang Tertangguh

Aku tahu hatimu remuk terdera kini. Suara deritamu kudengar disetiap denyut nadi ini. Kau terpaksa kunyah selumatnya natijah itu walaupun amatlah perit dan pahit untuk ditelan. Namun terpaksa kau terimanya setulus qalbu. Apakah daya kita, kuasa berada ditangan mereka.

Cabang hidup sangatlah mencabar. Anak-anak kita juga cuba tulus dan ikhlas menyanyi lagu-lagu lara. Dan mereka harus lagukan dengan cekal hati. Begitu juga denganmu.

Kembara hidup yang resah dan lara ini, kita langkahinya dengan semurni iktibar dan sabar. Kita telah sedaya upaya berusaha dan segalanya berserah kepada-Nya. Kerana Dia lebih tahu akan kehidupan kita di sini. Setiap nafas lara yang kita hembus juga Dia mendengarnya.

Justeru itu, ayuh kita teruskan langkah kembara lara ini dengan sentiasa mendakap doa kepada-Nya agar membenih semangat jitu dalam diri. Mudah-mudahan kita sempat menghirup kehidupan murni dan bahagia sebelum kita menemui-Nya.

 

26 September 2017,

Teratak Sri Pauh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: