Keliru Pertukaran Dua Nama

MALAM ini aku sedikit kelapangan waktu. Makanya dapatlah aku berdamping dengan blog ini. Merenda kata setulusnya. Apatah lagi malam jumaat yang barakat ini. Syahdu!

Mungkin anda pengunjung blog ini sekian lama akan tertanya-tanya kenapa berubahnya nama dan tubuh blog ini keseluruhannya. Yelah, dahulunya “Kalam Abu Musaddad”, sekarang berubah kepada “Pena Lara”.

Sebenarnya tiada apa-apa pun. Hanya sekadar nama sahaja. Mungkin aku merasakan ingin melakukan perubahan agar pembaca tidak jemu menatap aksara-aksara yang tertulis di tubuh blog ini.

Begitu juga dengan nama penulis. Dahulunya “Abu Musaddad” dan kini “M. Alwi Ismail”. Walaupun berubah pada nama, hakikatnya tukang tulisnya adalah batang tubuh yang sama. Cuma, Abu Musaddad itu adalah nama pena dan M. Alwi Ismail itu nama sejati aku. Kini aku lebih syahdu menggunakan nama M. Alwi Ismail.

Justeru itu, aku berharap korang yang setia mengunjungi blog ini tidak keliru dengan pertukaran dua nama tersebut. Aku tetap penulis seperti dulu, seperti Abu Musaddad  yang korang kenal. Sama ada di alam nyata atau maya.

Ya! Kekadang waktu yang tak mengizinkan aku berlama di sini. Apapun sekiranya terluang waktu itu, aku tetap menulis di sini. Insya-Allah. Terima kasih setulusnya aku ucapkan kerana korang terus menyokong kewujudan blog yang kerdil ini. Terima kasih, kita geng! Hahaha….

Nah, apa kata korang follow jugak facebook aku-klik di sini. Oklah terima kasih sekali lagi sudi membaca tulisan ini hingga ke hujungnya. Moga-moga korang tak keliru lagi ok…

16 November 2017,
Pena Lara,
Teratak Sri Pauh.

Tinggalkan komen