Amalan Menjelang Peperiksaan

Memandangkan ada pelajar yang bertanya dikotak komentar tentang “apakah yang perlu dilakukan oleh seorang pelajar apabila menjelang hari peperiksaan?”

Saya masih ingat lagi ketika belajar dahulu, apabila menjelangnya hari peperiksaan penting, pelbagai tips yang diberikan oleh guru-guru untuk diamalkan agar dapat menduduki peperiksaan dengan tenang  dan sentiasa dalam keadaan bersedia.

Makanya di sini saya kongsikan sedikit pengalaman yang menjadi amalan saya semasa bergelar pelajar suatu ketika dahulu. Di mana anda boleh membaca dan mengambil tips ini sebagai panduan dan amalan. Tidak kiralah sama ada anda seorang calon UPSR, PT3, SPM, dan STPM.

Ulangkaji dan membaca nota ringkas

Apabila hari peperiksaan semakin dekat, anda disarankan supaya membaca dan mengulangkaji dengan nota-nota ringkas sahaja yang ditulis sebelum ini. Misalnya nota berbentuk peta minda. Elakkan daripada membaca buku teks dan mengulangkaji dengan nota yang berat kerana ia boleh menganggu ketenangan minda anda. Pastikan diri anda tidak tertekan dengan membuat ulangkaji disaat akhir. Bagi pelajar cemerlang, mereka sentiasa bersedia awal untuk menghadapi peperiksaan.

Sediakan peralatan peperiksaan

Sebelum tidur, anda hendaklah pastikan semua peralatan peperiksaan seperti pen, pensel, pembaris, pemadam serta kad pengenalan dan slip peperiksaan telah disediakan.

Tidur awal

Anda disarankan supaya tidur awal pada malam peperiksaan seawal jam 10 malam. Pastikan tidur yang mencukupi. Ia penting untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental. Elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan anda terlewat tidur seperti menonton tv, bermain game dan sebagainya.

Bangun di awal pagi

Anda juga disarankan supaya bangun di awal pagi. Sebolehnya bangunlah sekitar pukul 3.30 atau 4.00 pagi. Jangan lupa, setelah bangun lakukanlah solat sunat tahajud dan solat sunat hajat. Kerana pada waktu sebegini adalah sangat mustajab untuk berdoa kepada Allah SWT. Mohonlah kepada Allah supaya permudahkan segala urusan anda. Insya-Allah doa anda akan dimakbulkan oleh-Nya. Setelah selesai solat sunat tersebut, sebolehnya solat subuh secara berjamaah bersama keluarga.

Mengambil sarapan pagi

Anda digalakkan untuk mengambil sedikit sarapan pagi sekadar mengalas perut sebelum anda turun ke sekolah Kerana sarapan pagi adalah sangat penting untuk mengelak perut dimasuki angin yang menyebabkan sakit dan sebagainya. Ini untuk memastikan anda dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan lancar.

Mohon restu ibu bapa

Sebelum turun ke sekolah, mohonlah restu dengan ibu bapa terlebih dahulu. Cium tangan dan kucuplah dahi tua mereka. Minta maaflah kepada mereka mungkin sebelum ini anda banyak melakukan kesalahan dan menyakitkan hati mereka. Mohonlah redha mereka, insya-Allah Allah juga akan meredhaimu.

Keluar rumah dengan kaki kanan

Anda disarankan sebelum keluar rumah untuk ke sekolah, mulakan  langkah dengan kaki kanan sambil membaca doa tertentu agar anda selamat sampai ke sekolah dan diberi kekuatan untuk menjawab soalan dengan cemerlang.

Perkongsian ini adalah sekadar amalan yang pernah saya amalkan apabila menjelang hari peperiksaan. Tips-tips tersebut adalah sekadar tips sahaja. Tak semestinya anda perlu mengikutinya. Sekiranya anda merasakan ianya sesuai untuk anda, maka amalkanlah. Mungkin amalan ini sesuai untuk anda, dan tidak sesuai untuk orang lain. Selamat menduduki peperiksaan. Semoga anda dapat menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang.

10 September 2017,

Teratak Sri Pauh.

*Jika tulisan ini bermanfaat, sila share sebagai perkongsian ilmu. Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: