Rumah Genius Matematik, Adi Putra Diserbu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terkejut apabila membaca berita yang dilaporkan oleh myMetro hari ini apabila kediaman kanak-kanak dianggap genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani, 11, dan keluarganya di Taman Berlian, Gombak, diserbu Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebelum ubatan bernilai RM600,000 dirampas, pagi semalam.

Ketika serbuan, dua wanita berada di premis terbabit, seorang dikenali sebagai Titi Sri Wahyuni Bustami, 38, dan seorang lagi dipercayai saudara keluarga Adi Putra.

Bagaimanapun, Adi Putra serta keluarganya tiada di situ kerana dikatakan menghadiri seminar di Sabah dan usaha mendapatkan komen mereka gagal.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Farmasi KKM, Mazlan Ismail, berkata sebelum serbuan, pihaknya mendapatkan sampel Ubat Penawar Sendi Tulang terbabit di pasaran.

“Hasil ujian klinikal dijalankan, ia disahkan mengandungi steroid dan bukan ramuan tradisional seperti tertera pada pelekat botol.

“Steroid sangat berbahaya kerana boleh mendatangkan kesan sampingan seperti reput tulang, tekanan darah tinggi, badan menjadi sembab, obesiti, kerosakan ginjal dan pelbagai lagi,” katanya di lokasi serbuan.

Dalam masa sama, enam jenis ubatan lain dirampas dan akan menjalani ujian klinikal bagi mengetahui kandungan sebenarnya.

Selain Ubat Penawar Sendi Tulang, ubatan lain dirampas turut tidak mempunyai pengesahan KKM dan dipercayai ada di pasaran sejak beberapa bulan lalu.

“Jika sabit kesalahan, individu berkaitan boleh didakwa mengikut Seksyen 7 (1a) Akta Jualan Dadah 1992 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kami nasihatkan orang ramai supaya berhati-hati memilih ubat dan dapatkan nasihat daripada kakitangan farmasi atau doktor pakar sebelum mengambilnya,” katanya.

Sementara itu, Titi Sri Wahyuni mendakwa tidak mengetahui apa-apa berkaitan ubatan itu sama ada ia dibenarkan untuk jualan atau sebaliknya.

“Saya tak tahu apa-apa sebab baru sebulan kerja di sini. Saya hanya bertugas melekatkan label Adi Putra pada botol serta meletakkannya dalam kotak.

“Saya juga tidak pernah memeriksa atau mengesyaki apa-apa sejak bekerja di sini. Saya hanya melakukan tugas manakala waktu kerja juga tidak menentu, pagi dan malam saya berniaga menjual pelbagai jenis pakaian,” katanya.

Sebelum itu, Metro Ahad menerima aduan daripada pihak tertentu yang sangsi dengan Ubat Penawar Sendi Tulang kerana ia sama dengan satu lagi ubat dijual di Kedah.

Bagaimanapun, ubat dengan gambar Adi Putra berjubah juga berserban dijual lebih mahal berbanding di Kedah dengan harga hanya RM6 sebotol.

Tinjauan Metro Ahad terhadap rumah teres dua tingkat itu mendapati banyak kotak dan botol kosong diletakkan di dalam plastik di bahagian bawah kediaman berkenaan.

Ada juga ubatan yang siap berbungkus dan menunggu masa pelanggan datang mengambilnya. Difahamkan, edaran ubatan terbabit adalah ke seluruh negara.

Sumber : Harian Metro

Tanjong Manis, Sarawak.
Ahad.
17 Januari 2010 / 02 Safar 1431
https://ibnismail.wordpress.com
Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 17 Januari 2010, in BICARA KESIHATAN, Isu Semasa. Bookmark the permalink. 9 Komen.

  1. salam. Blum ade bukti yg jelas menunjukkan ubat 2 mempunyai steroid. Saya berpendapat perkara tersebut adalah sabotaj pihak tertentu yang ada kepentingan menjatuhkan kanak-kanak pintar anugerah Allah pada bangsa Melayu dan Islam.

  2. Ulasan akhbar terlalu cepat menyiarkan artikel berkenaan tanpa usul periksa yang jelas. Jika benar ubat tersebut mengandungi steroid yang dapat menjejaskan kesihatan tunjukkan dan siarkan penyata kajian pemeriksaan terhadap ujian makmal yang dibuat. ubat tersebut berada di pasaran Singapura, mengapa pihak singapura tidak membuat tindakan terhadap wakil jualan ubat adi di sana. Banyak perkara yang saya sangsi tentang serbuan tersebut, seolah-olah dirancang oleh pihak tertentu. Serbuan dilakukan ketika adi tidak berada di tempat kejadian. Klu benar adi bersalah, mengapa sampai arini tidak ada tindakan? Banyak kesangsian dlm kes terbut.

  3. kalo sekiranya yang digeledah ubat penawar sendi tulang.apakah rencana memaparkan ubat memori adi-Q. Kalau sudah pengiktirafan KKM tidak berlabel, apakah pulak tindakan yang bakal terjadi kepada yang menjadi perantara..

  4. i alway’s like adiputra that genius kids whatever people say’s ’bout him..

  5. untuk makluman… Semua ubat2an Adik Adi Putra ada sijil peengesahan dari Kementerian Kesihatan.. saya sendiri telah lihat.. dan juga kenapa waktu Adi sekeluarga tiada dirumah baru di buat serbuan… sebotaj… fikir2kan la…

  6. apew2 pun adi putra terbaek..,<3

  7. ubat adi nie…insyaallah berkesan…tapi kite kene yakin pada Allah….itu semua kuasa Allah…
    tapi mmg baru2 ni adi ade dtg kt kawasan kitorg…kwn saya ade beli ubat stamina kot..klu x silap la..ubat uh mmg berkesan…kita jadi x ngantuk…pastu rase nak blaja…tapi kite x boleh terlalu bergantung sangat kt ubat….sbb boleh membatalkan syuhadah kita….
    ape2 hal adi..mmg teror…..die boleh hafal byk angka dlm masa 2 minit je..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: