Amalan Menjelang Peperiksaan

10 September 2017

Memandangkan ada pelajar yang bertanya dikotak komentar tentang “apakah yang perlu dilakukan oleh seorang pelajar apabila menjelang hari peperiksaan?”

Saya masih ingat lagi ketika belajar dahulu, apabila menjelangnya hari peperiksaan penting, pelbagai tips yang diberikan oleh guru-guru untuk diamalkan agar dapat menduduki peperiksaan dengan tenang  dan sentiasa dalam keadaan bersedia.

Makanya di sini saya kongsikan sedikit pengalaman yang menjadi amalan saya semasa bergelar pelajar suatu ketika dahulu. Di mana anda boleh membaca dan mengambil tips ini sebagai panduan dan amalan. Tidak kiralah sama ada anda seorang calon UPSR, PT3, SPM, dan STPM.

Baca baki entri ini »

Advertisements

Jangan Membunuh Semangat Anak Anda

9 September 2017

MINGGU depan, isnin 11 September 2017 semua murid tahun enam seluruh negara akan mula menduduki peperiksaan UPSR. Peperiksaan ini adalah langkah pertama mereka untuk melangkah ke peringkat menengah setelah enam tahun berada di sekolah rendah.

Mungkin semua calon disaat ini telahpun bersedia dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menjawab semua soalan nanti. Namun apabila semakin dekat dengan hari peperiksaan, ibu bapalah antara insan yang merasa resah-gelisah dan berdebar apabila memikirkan hal anaknya yang bakal menduduki peperiksaan nanti.

Maka timbullah pelbagai persoalan dibenak, adakah anak aku sudah benar-benar bersedia? Adakah anak aku dapat menjawab semua soalan-soalan yang ditanya nanti? Adakah anak aku akan lulus dengan cemerlang.

Baca baki entri ini »


Tip Belajar Semasa Cuti Sekolah

19 November 2010

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi sesi 2010. Cuti sekolah tiba lagi!! Murid-murid bersorak riang kerana mereka akan bercuti panjang selama sebulan.

Justeru itu, saya kongsikan bersama adik-adik beberapa tip belajar semasa cuti sekolah agar anda tidak menghabiskan masa cuti dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah dan bermanfaat.

Perlu diingatkan di sini, tip ini sangat berguna kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting pada tahun hadapan seperti UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM sebagai persediaan awal sebelum masuknya sesi baru persekolahan.

Baca baki entri ini »


USAH DISESALI LAGI!!!

15 November 2010

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Kalam santai dan ringkas ini khas untuk pelajar-pelajar yang baru saja mendapat result UPSR.

Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR baru-baru ini.

Pelajar yang berjaya pastinya gembira. Huuuh…Berbaloi dengan usaha gigih selama ini. Tak sia-sia belajar 5 jam sehari. Betapa nikmatnya mengecapi kejayaan. Bergunung-ganang pujian telah diterima. Ibu bapa, guru-guru, kawan-kawan hatta seluruh kampung memberi pujian di atas kejayaan anda.

Manakala pelajar yang gagal mendapat keputusan cemerlang pastinya kecewa. Mungkin timbul 1001 penyesalan dalam diri mereka.

Baca baki entri ini »


Pesanan Buat Calon UPSR 2010

20 September 2010

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

1. Alhamdulillah kita masih lagi dalam suasana berhari raya, tetapi ingatkah anda wahai pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian, esok (selasa 21 September 2010 / 12 Syawal 1431) semua pelajar tahun 6 akan menghadapi UPSR. Mungkin ada di antara anda yang masih bermimpi di siang hari, almaklumlah masih berseronok dan bergembira menyambut hari raya. Justeru itu, saya utuskan kalam ini sebagai pesanan dan peringatan khas untuk anda wahai calon-calon UPSR.

2. Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi UPSR? Sudahkah anda mengatur starategi? Sudahkah anda menetapkan matlamat anda? Adakah anda yakin bahawa anda akan lakukan yang terbaik untuk diri, keluarga dan sekolah anda dalam ujian nanti? Nah…Persoalan ini perlu dijawab sekarang.

3. Harapan saya semoga anda semua sudah bersedia untuk menghadapi ujian ini. Hilangkan rasa gementar, takut dan tidak yakin dalam diri. Berkatalah pada diri anda, bahawa anda juga boleh melakukan yang terbaik sepertimana orang lain. Yakinlah pada diri sendiri.

Baca baki entri ini »


Semangat Bola dan Tarbiyah Diri

11 Jun 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bertemu kembali setelah beberapa hari kalam ini sepi tanpa bicara buatmu teman. Saya adalah manusia biasa. Kekadang masa tidak mengizinkan saya untuk terus mengadap laptop usang ini setiap hari. Saya mohon maaf sekiranya anda tertunggu-tunggu bicaraku setiap hari. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kerana menjadikan kalamku sebagai teman bicaramu. Alhamdulillah.

Hari minggu yang lalu, saya meluangkan sedikit masa untuk pergi menonton perlawanan akhir bola sepak remaja bawah 12 tahun yang berlandsung di Padang Kampung Jerijeh, lebih kurang 25km dari Tanjung Manis. Walaupun pada ketika itu badan tidak begitu sihat, saya gagahkan diri untuk pergi ke sana kerana pada hari itu pasukan Tanjung Manis FC (TMFC) bawah 12 tahun yang terdiri daripada pelajar SK Tanjung Manis akan bertanding pada perlawanan akhir tersebut. Pasukan Tanjung Manis FC VS Pasukan Belawai FC. Hebat juga pelajar saya ni….Dapat masuk “final”. Bisik saya dalam hati. Semua sedia maklum di mana Pasukan Belawai FC adalah sebuah pasukan terkuat sekitar Zon Tanjung Manis ini. Dapatkah Pasukan Tanjung Manis FC menewaskannya? Inilah persoalan yang bermain dibenak fikiranku.

Baca baki entri ini »


Manfaatkan Masa Cuti Anda

5 Jun 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Cuti sekolah semester 1 telah pun bermula. Saya yakin para pelajar mesti seronok dan gembira apabila tibanya musim cuti sekolah. Tidak ketinggalan juga bagi guru-guru, pastinya mereka semua gembira kerana pada kesempatan inilah untuk pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarga tersayang dan sahabat handai yang telah lama tidak bertemu.

Namun begitu ada juga dikalangan guru-guru, mereka terpaksa bertugas pada waktu cuti. Mereka mengadakan kelas-kelas tambahan dan sebagainya. Hatta ada juga yang kena “jaga sekolah” dengan istilah lain jadi “sekuriti” sementara. Terutama sekolah-sekolah yang berada diceruk pedalaman.

Bagi pelajar pula, mereka seharusnya menggunakkan masa cuti ini sebaik mungkin. Mereka tidak boleh membuang masa begitu sahaja tanpa melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat. Terutamanya kepada pelajar-pelajar yang akan menghadapi ujian penting pada tahun ini seperti UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM. Anda juga boleh baca di sini.

Baca baki entri ini »