Hadiah Untuk Aisyi

6 Oktober 2017

Semalam, selepas pulang dari sekolah, aku bergegas pula ke kedai buku. Bukan beli buku, tetapi aku beli hadiah untuk seseorang.

Hadiah ini bukan untuk suri, bukan juga untuk anak aku. Hadiah ini aku belikan untuk Aisyi. Anak murid aku dari kelas 3 Gemilang.

Aku telah berjanji dengannya, sekiranya dia dapat menamatkan bacaan Iqra’ (1-6) sebelum cuti sekolah ini, aku akan berikan hadiah kepadanya.

Alhamdulillah dia berjaya menyahut cabaran aku. Sekarang dia sudah mula membaca al-Quran. Gembiranya hati aku tak dapat nak bayangkan. Yelah, seorang murid kelas belakang sudah pandai membaca al-quran. Dari tahun satu aku ajar dia mengenal alif, ba, ta hingga ya.

Baca baki entri ini »

Advertisements

Bahagia Yang Tertangguh

26 September 2017

Aku tahu hatimu remuk terdera kini. Suara deritamu kudengar disetiap denyut nadi ini. Kau terpaksa kunyah selumatnya natijah itu walaupun amatlah perit dan pahit untuk ditelan. Namun terpaksa kau terimanya setulus qalbu. Apakah daya kita, kuasa berada ditangan mereka.

Cabang hidup sangatlah mencabar. Anak-anak kita juga cuba tulus dan ikhlas menyanyi lagu-lagu lara. Dan mereka harus lagukan dengan cekal hati. Begitu juga denganmu.

Kembara hidup yang resah dan lara ini, kita langkahinya dengan semurni iktibar dan sabar. Kita telah sedaya upaya berusaha dan segalanya berserah kepada-Nya. Kerana Dia lebih tahu akan kehidupan kita di sini. Setiap nafas lara yang kita hembus juga Dia mendengarnya.

Baca baki entri ini »


Aku Kembali

5 Oktober 2016

Assalamualaikum

Apa khabar semua sahabat Kalam Abu Musaddad. Alhamdulillah hari ini syukur pada Allah aku akan kembali lagi untuk mengaktif kembali blog yang telah lama terbengkalai ini. In Sya Aliah.

Sejak FB bermaharajalela, aku banyak menulis di sana. Kalau anda semua ingin melawat laman FB aku…Yaa silakan. Cari jer “Abu Musaddad”.

Oklah tak boleh panjang-panjang dan lama-lama, aku nak sambung kerja dulu. Semoga kita jumpa lagi.


Bicara Hati

10 April 2015

images

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh……

Salam sejahtera buat semua penghuni bumi Allah yang indah ini dengan harapan dan doa semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat wafiat dan bahagia di bawah payungan rahmat Allah SWT selalu hendaknya.

Alhamdulillah puji dan syukur kepada Ilahi kerana pada hari ini saya diizinkan dan diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk mencoretkan sepatah dua kata untuk pengunjung blog ini setelah sekian lama kalam ini tidak berbicara.

Saya sedaya upaya untuk mengaktifkan kembali blog ini setelah lama menyepi. Namun walaupun tiada posting-posting yang terbaru dan terkini, namun blog ini terus dikunjungi oleh pengunjung setia yang saya sangat hargai dan hormati.

Baca baki entri ini »


Terima Kasih SAHABAT…

26 Jun 2012

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terlebih dahulu saya memohon jutaan kemaafan kerana sudah lama saya tidak mencoretkan sesuatu walaupun sepatah kata di laman blog ini.

Walaupun blog ini tanpa entri-entri baru, namun laman ini masih lagi dikunjungi oleh sahabat-sahabat yang setia mengikuti perkembangan Kalam Abu Musaddad. Terima kasih sahabat.

Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang tidak henti-henti memberi dorongan serta kata-kata semangat melalui komentar  supaya saya meneruskan bicara di laman sederhana ini.

Baca baki entri ini »


Kursus KSSR

17 Ogos 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sudah berminggu-minggu saya tidak mengemaskini blog.

Sekarang saya masih lagi berkursus. Kursus KSSR Pendidikan Islam Thn 2 di sekolah rendah campuran daro.

Hari ini adalah hari ke-3 saya dan rakan-rakan berkursus. Masih berbaki 2 hari lagi untuk menamatkannya. Hari jumaat ini baru selesai.

Teringat anak dan isteri di rumah. Saya terpaksa meninggalkan mereka demi tugas dan tanggungjawab.

Baca baki entri ini »


Tahniah! Raikan Kejayaanmu

12 Julai 2011

Gambar : Ihsan dari Cikgu Erol

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tahniah! Raikan kejayaanmu…

Ucapan tahniah dan jutaan terima kasih ditujukan kepada semua yang terlibat sempena Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Nasyid Peringkat Zon Tanjong Manis 2011 yang diadakan di SK Orang Kaya Pakeri Paloh pada 07 Julai hingga 10 Julai 2011.

Alhamdulillah pada majlis kali ini, SK tanjong Manis melakar kejayaan cemerlang setelah dinobatkan sebagai johan bagi pertandingan tilawah al-quran (lelaki) dan nasyid. Manakala bagi ketagori bercerita kisah-kisah al-quran (perempuan) pula, sekolah ini mendapat tempat ke-3. Selain itu, bagi ketagori hafazan dan pertandingan azan pula, SK Tanjong Manis mendapat tempat ke-4.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Tidak lupa juga kepada semua jurulatih-jurulatih dan guru pengiring yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi mengapai bintang kejayaan yang bersinar dan bermakna buat diri dan sekolah.

Baca baki entri ini »