Category Archives: Isu Semasa

Mat Rempit Bertaubat

“bro…aku kesian kat kau…tak payahlah nak merempit lagi…itu perbuatan sia-sia jer…” nasihat karim kepada ahmad.

“ehhh!!!! kau saper nak nasihatkan aku…mak bapak aku pun tak pernah menasihati aku tau…..” jawab ahmad sambil mengambil helmet yang terletak di atas kerusi.

“aku tahu, aku ni cuma kawan kau saja…takde kena mengena dengan kau pun. Tapi sabagai seorang kawan, aku cuma mengingatkan kau saja…kau nak dengar atau tidak, itu terpulang pada diri kaulah….aku taknak kau menyesal dikemudian hari nanti…..”ujar karim.

“adoiiiii kawan aku sorang ni…cakap macam profesor pulak…eh! sebelum kau nasihati aku, kau cermin dulu diri kau tu siapa…kau pun dulu pernah merempit jugakkan….????” kata ahmad dengan nada perli.

Read the rest of this entry

Langkah Menghadapi Banjir

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Selamat bercuti dihujung minggu buat semua pembaca laman ini semoga anda bahagia bersama keluarga tersayang.

Kini keadaan banjir dinegeri pantai timur semakin buruk terutamanya negeri Kelantan dengan jumlah mangsa dipindahkan meningkat.

Menurut laporan berita semasa, kini bandar Rantau Panjang lumpuh apabila semua premis perniagaan ditutup setelah ditenggelami air dan jumlah mereka yang dipindahkan sehingga pukul 8 semalam adalah seramai 2,777 orang.

Read the rest of this entry

Jangan Lupa Janji Manismu!!!

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Dua pilihan raya kecil bakal diadakan dalam masa terdekat ini iaitu pada 04 November 2010 di Parlimen Batu Sapi, Sandakan Sabah dan di DUN Galas, Gua Musang Kelantan.

Kelmarin telah selesai penamaan calon bagi parti-parti yang bertanding. Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), parti pembangkang Sabah Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) akan berdepan dengan Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee, yang juga bekas ketua menteri Sabah dan PKR diwakili peguam terkenal, Ansari Abdullah, yang juga Ketua PKR Tuaran.

Read the rest of this entry

Naikkan Umur Persaraan 60 Tahun

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

  1. Semalam Presiden Cuepacs, Omar Osman meminta kerajaan menaikkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun bagi 1.2 juta penjawat awam di Malaysia supaya seragam dengan amalan negara lain di rantau ini.

  2. Kata Omar lagi, sehingga kini Malaysia masih ketinggalan di belakang negara jiran yang mempunyai umur persaraan antara 60 dan 62 tahun.

  3. Cuepacs berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan, akan meluluskan cadangan itu dan mengumumkannya ketika pembentangan Bajet 2011 bulan depan. Read the rest of this entry

Bahana Rumah Urut dan Khidmat Seks

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Nampaknya negara kita sekarang sudah menjadi seperti negara maksiat pulak. Rasanya tidak keterlaluan saya berkata begitu kerana berapa banyak pusat-pusat hiburan yang beroperasi seperti cendawan tumbuh selepas hujan di negara ini menjalankan aktiviti-aktiviti tidak bermoral seperti mengadakan pesta-pesta liar, meneguk air setan, pesta seks bebas dan banyak lagi kalau nak disebutkan di sini.

Selain pusat-pusat hiburan, rumah-rumah urut sama ada urut spa, kesihatan, batin dan sebagainya juga beroperasi bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Itulah fenomena yang berlaku di negara kita.

Rumah-rumah urut ini bukan sahaja menawarkan khidmat mengurut, malah lebih daripada itu pun ada ditawarkan. Demi nafsu ingin mengaut keuntungan dan cepat kaya, tauke-tauke perut buncit berbaju pakoda serta berseluar pendek sanggup mengimport perempuan-perempuan muda dari negara jiran untuk bekerja sebagai pengurut zahir dan batin di premis-premis mereka. Pekerja rumah urut ini masuk ke negara ini ada secara haram dan ada juga secara sah menggunakan pas lawatan sosial. Kebanyakkan mereka adalah dari negara China, Tahailand, Indonesia dan lain-lain. Dari India pun ada, tetapi taklah ramai sebab berkulit gelap seperti kuali. Jadi tauke-tauke perut buncit berbaju pakoda serta berseluar pendek tidak mahu mengambil mereka bekerja sebab takut tak laku. Pelanggan pun boleh lari maaa. Tetapi ada juga yang belasah walaupun hitam. Dasar manusia buta warna!!!

Read the rest of this entry

Sekolah Khas Pelajar Mengandung!

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Saya teruja dengan cadangan kerajaan negeri Melaka untuk menubuhkan sekolah khas untuk pelajar mengandung, sama ada mengandung hasil perkahwinan yang sah atau luar nikah semalam.

Kata Pak Menteri Negeri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam semalam, cadangan penubuhan sekolah itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran untuk pertimbangan.

Tujuan penubuhan sekolah tersebut adalah untuk menempatkan remaja yang mengandung untuk meneruskan persekolahan mereka daripada berhenti dan seterusnya tercicir dalam pelajaran.

Selain itu, apa yang lebih penting kata Pak Menteri itu berhubung cadangan penubuhan sekolah itu adalah untuk menyelesaikan masalah remaja berzina dan membuang bayi.

Read the rest of this entry

Ustaz Bogelkan Pelajar…

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Alhamdulillah hari ini baru berkesempatan untuk menjengguk blog ini. Sepanjang mingu ini, saya terlalu sibuk. Apa pun saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung kerana tidak putus-putus mengunjungi laman ini.

Ketika membaca harian metro petang tadi, saya terkejut dengan satu artikel berita yang dilaporkan di mana beberapa orang murid lelaki di sebuah sekolah di Sarawak di bogelkan di dalam kelas dan disaksikan rakan-rakan oleh seorang ustaz gara-gara gagal menghafaz surah al-Quran seperti diarahkan.

Bukan setakat di bogel sahaja, malah murid-murid tersebut terpaksa menahan kesakitan di dubur masing-masing selepas mendakwa dicucuk lidi penyapu. Mujurlah dicucuk dengan lidi, kalau dicucuknya dengan batang lain…..Tidakkah naya budak-budak tu…..

Read the rest of this entry

Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam sejahtera buat semua pengunjung setia laman ini semoga anda sekeluarga sihat wafiat hendaknya. Alhamdulillah segala puji-pujian hanya layak bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA kita dapat mengecapi satu kehidupan yang harmoni, aman makmur dan sejahtera hari ini walaupun negara kita mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti melayu, cina, india dan lain-lain serta mempunyai pelbagai budaya dan agama.

Keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi dan nikmati pada hari ini adalah hasil usaha gigih pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu. Oleh itu, kita sebagai generasi baru hendaklah sedaya upaya mempertahankan kemerdekaan negara ini.

Tanpa kita sedari, kini kita sudah pun hampir ke bulan ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair yang tercinta. Seperti biasa apabila tibanya bulan ogos, satu tema dicipta setiap tahun bagi Sambutan Hari Kemerdekaan sesuai dengan matlamat dan halatuju negara.

Read the rest of this entry

Si Paul Spain, Si Mani Belanda…Yang Mana Benar?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Piala dunia kali ini lebih meriah jika dibandingkan dengan sebelumnya. Apatah lagi dengan kehadiran si sotong peramal tepat bernama Paul di Jerman.

Setiap kali pasukan Jerman bertanding, maka si sotong ini akan meramalkan sama ada pasukan itu menang atau kalah. Hasil ramalan sotong itu setakat ini semuanya benar. Terbaru ketika perlawanan semi final yang berlangsung baru-baru ini, Paul meramalkan pasukan Jerman akan kalah kepada pasukan Spain. Sekali lagi ramalan Paul tepat. Pasukan Jerman kalah kepada pasukan Spain 0 -1.

Maka seantero dunia bercakap pasal Paul. Ada yang memuji-muji kecekapan sotong itu dalam membuat ramalan. Manakala ada juga yang marah kerana gara-gara si sotong yang tidak tahu apa-apa itulah menyebabkan pasukan mereka kalah.

Read the rest of this entry

Rundingan Sulit Israel dan Turki

Menteri kanan Israel dan Turki bertemu secara rahsia di Brussels untuk mencari jalan berbaik-baik semula dan melupakan krisis yang meletus selepas komando Yahudi menggempur kapal membawa konvoi bantuan ke Gaza, bulan lalu.

Menteri Perdagangan Israel, Benjamin Ben Eliezer, dan Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu bertemu kelmarin di ibu kota Belgium itu ketika Davutoglu mengetuai rombongan negaranya membincangkan cubaan Ankara menjadi anggota Kesatuan Eropah (EU), kata pegawai Turki.

“Rundingan itu berlangsung di Brussels atas permintaan Israel. Kami sudah menyampaikan satu nota kepada Israel menjelaskan pendirian dan harapan kami terhadap mereka. Itulah yang disebut dalam pertemuan itu,” kata pegawai itu yang enggan namanya didedahkan.

Read the rest of this entry

Wajarkah UPSR, PMR Dimansuhkan?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Pembuka bicara pada hari ini, terlebih dahulu kalam ini ingin mengucapkan “SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH” kepada rakan-rakan seperjuangan di seluruh negara dan semua pelajar terutama pelajar-pelajar SK Tanjung Manis setelah hampir tiga minggu bercuti. Mungkin musim cuti pada kali ini memberi seribu makna kebaikan dalam hidup anda. Alhamdulillah.

Kalam ini tidak berbicara dengan panjang lebar pada petang ini. Cuma ingin berkongsi pendapat dengan semua pihak sama ada anda seorang guru, pelajar, pensyarah, ibu bapa, kakitangan awam dan sebagainya berhubung keratan akhbar yang saya petik dari Berita Harian Online sebentar tadi.

Read the rest of this entry

Hak Putera dan Puteri Azrinaz Kekal

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Berhubung isu perceraian antara Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan isterinya Azrinaz Mazhar Hakim yang merupakan bekas wartawan penyiaran stesen televisyen TV3 telah mengejukkan banyak pihak.

Sultan Hassanal Bolkiah berkahwin dengan Azrinaz pada tahun 2005 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.

Berita mengenai perceraian itu diumumkan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alaudin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar menerusi pengumuman khas di stesen televisyen Radio Televisyen Brunei pada pukul 8 malam.

Read the rest of this entry

Kerana Cinta, Demi Cinta,Kemaruk Cinta…

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kerana cinta, Demi cinta dan kemaruk cinta, lautan api sanggup ku renangi, gunung tinggi sanggup ku daki, asalkan kita dapat hidup bersama.”

Inilah antara ungkapan-ungkapan yang biasa kita dengar apabila seseorang itu terjebak dan kemaruk cinta terutamanya sebelum berkahwin. Kerana cinta, demi cinta dan kemaruk cinta seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja asalkan semua impian yang dicita-citakan tercapai dan terlaksana.

Ayat-ayat cinta yang romantik dan “power” sentiasa bermain-main dan membasahi bibir setiap pasangan yang mabuk cinta. Ayat-ayat tersebut diungkapkan untuk menjaga hubungan, menunjukkan kasih sayang dan sebagainya terhadap pasangan masing-masing.

Read the rest of this entry

Kekejaman Israel : “Kami dilayan Seperti Penjenayah Perang”

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kami ditahan seperti penjenayah perang selama 28 jam di penjara Israel.” Itu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan oleh 12 sukarelawan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Israel selepas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza ‘Mavi Marmara’ diserang tentera Israel di perairan antarabangsa tiga hari lepas.

Menurut Ketua Misi Sukarelawan Malaysia, Noorazman Mohd. Samsuddin, mereka tidak boleh bergerak bebas sehinggakan hendak membuang air pun tidak dibenarkan.

“Bayangkanlah betapa azabnya keadaan kami pada ketika itu menghadapi kekejaman rejim Zionis,” katanya.

Read the rest of this entry

Tikus Misteri dan Obama

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Gara-gara seekor tikus berlari di depan podium ketika Obama bercakap pada sidang akhbar di White House kelmarin, maka kecohlah seluruh dunia.

Beberapa jurugambar sempat merakamkan gambar tikus itu yang berlari di depan podium semasa Obama membuat kenyataan mengenai reformasi kewangan.

Menurut beberapa sumber, kehadiran tikus itu mungkin tidak disedari oleh Obama kerana beliau tidak memberikan sebarang reaksi.

Read the rest of this entry

Perjudian Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 akan dihalalkan??

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Judi ialah permainan yang melibatkan penaruhan harta ataupun penaruhan “nilai”. Dalam perjudian, pihak yang kalah dalam permainan harus membayar sejumlah nilai kepada pihak yang menang. Terdapat banyak jenis permainan yang boleh dianggap sebagai perjudian. Contohnya ialah nombor ekor, sabung ayam dan pertaruhan bola sepak.

Pada lazimnya, perjudian dianggap sebagai amalan yang buruk kerana ia merupakan satu bentuk pengagihan harta yang tidak adil. Dalam perjudian, pihak yang menang akan mendapat harta tanpa melakukan apa-apa yang produktif. Lebih-lebih lagi kemenangan dalam perjudian biasanya bergantung kepada nasib.

Berjudi adalah jalan singkat yang salah untuk mengejar kekayaan dan wang ringgit. Judi disebut ‘Al-Maisir’ dalam Bahasa Arab dan ditafsirkan sebagai suatu bentuk permainan beradu nasib, menggunakan wang atau harta benda sebagai taruhan dengan pemenang akan mendapat hasil taruhan berlipat ganda.

Read the rest of this entry

Imbuhan Pegawai dan Kakitangan Awam Tolak Rasuah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)

Read the rest of this entry