Hadiah Untuk Aisyi

Semalam, selepas pulang dari sekolah, aku bergegas pula ke kedai buku. Bukan beli buku, tetapi aku beli hadiah untuk seseorang.

Hadiah ini bukan untuk suri, bukan juga untuk anak aku. Hadiah ini aku belikan untuk Aisyi. Anak murid aku dari kelas 3 Gemilang.

Aku telah berjanji dengannya, sekiranya dia dapat menamatkan bacaan Iqra’ (1-6) sebelum cuti sekolah ini, aku akan berikan hadiah kepadanya.

Alhamdulillah dia berjaya menyahut cabaran aku. Sekarang dia sudah mula membaca al-Quran. Gembiranya hati aku tak dapat nak bayangkan. Yelah, seorang murid kelas belakang sudah pandai membaca al-quran. Dari tahun satu aku ajar dia mengenal alif, ba, ta hingga ya.

Bagi murid kelas cemerlang, hanya mengambil masa paling lama pun enam atau tujuh bulan saja untuk bereskan bacaan iqra’. Tetapi hari ini dia juga berjaya tamatkan bacaan iqra’nya. Setelah tiga tahun berusaha. Ustaz bangga dengan kamu Aisyi!

Walaupun bacaannya masih merangkak-rangkak, aku kagum dengan semangat dan usahanya. Maklumlah, dia di antara murid aku yang berada di kelas belakang. Begitu juga dengan kawan-kawannya yang lain.

Dari segi pembelajaran, memang mereka agak ketinggalan. Bukan saja subjek yang aku ajar, subjek lain pun sama juga. Ada di antara mereka masih lagi dalam proses pemulihan.

Aku sebagai guru kelas mereka tak pernah jemu memberi nasihat, teguran, bimbingan dan kata-kata semangat supaya mereka terus berusaha memajukan diri sendiri untuk terus bersaing dengan murid-murid kelas lain.

Ketika aku menghulurkan hadiah dan mengucapkan tahniah kepadanya, aku lihat wajahnya sangat ceria dan gembira sekali walaupun hadiah yang diterimanya itu tidaklah seberapa. Tetapi itulah penghargaan aku di atas usahanya. Semoga kejayaannya hari ini memberi suntikan semangat kepada kawan-kawannya yang lain.

“Sekarang, kamu sudah pandai membaca al-quran. Ustaz harap kamu sentiasa membacanya setiap hari. Di samping itu, kamu sedekahlah bacaan al-quran dan kirimlah doa kepada arwah ayah setiap hari. Ayah kamu di sana sangat memerlukan doa seorang anak soleh seperti kamu. Jangan pernah kamu lupa pesan saya ini ok.”

Dia hanya mengangguk. Menundukkan kepalanya. Matanya juga mula berkaca. Wajah yang ceria berubah sedih. Mungkin dia terkesan dan sebak dengan kata-kataku itu. Aku tahu dia rindukan ayahnya. Aku mengosok-gosok bahunya. Makin kuat dia menangis. Teresak-esak. Menangislah sepuas hatimu. Hari ini bukan aku saja yang gembira, malah ayahmu di sana juga turut gembira di atas kejayaanmu ini wahai anak didikku.

Dia sebenarnya murid aku yang baharu beberapa bulan kehilangan seorang ayah. Ayahnya pergi buat selama-lamanya meninggalkan ibu dan empat adik beradik yang lain. Abangnya juga menjadi muridku pada tahun lepas. Kini abangnya itu sudah pun melangkah ke sekolah menengah.

Sekiranya aku masih lama lagi di sekolah ini, aku akan pastikan dia dan kawan-kawannya yang lain akan khatam bacaan al-quran sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah. Walaupun mereka kelas belakang, tiada yang mustahil asalkan mereka terus dibimbing, bukannya dikutuk.

 

06 September 2017,

Teratak Sri Pauh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: