Abang Dollah Tak Lena Tidur

13 November 2014

Gambar: Ihsan mymetro

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Kekalahan skuad Harimau Malaya 3-0 kepada syria dalam aksi persahabatan malam tadi mengundang keresahan pelbagai pihak terutamanya penyokong setia skuad bimbingan Dollah Salleh itu. Apatah lagi hanya tinggal beberapa hari lagi kempen piala AFF suzuki akan bermula.

Aksi hambar yang dipamerkan pasukan negara dalam perlawanan persahabatan itu memberi signal bahawa anak didik Dollah Salleh itu belum bersedia untuk menghadapi cabaran piala AFF Suzuki yang bakal bermula dalam tempoh 10 hari lagi.

Baca baki entri ini »

Advertisements

Bulan Tanpa Syaitan

4 Ogos 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tiada kata-kata indah yang layak diucapkan selain ucapan syukur ke atas segala nikmat yang di berikan oleh Allah SWT ke atas diri kita dikala ini.

Dengan izin Allah SWT juga sekali lagi pada tahun ini kita bertemu dan berkesempatan menyambut satu bulan yang di dalamnya penuh dengan kerahmatan, keberkatan dan keampunan iaitu bulan ramadhan al-mubarak.

Apabila tibanya bulan ramadhan, seluruh umat Islam akan menjalani kewajipan ibadah puasa yang merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima.

Baca baki entri ini »


Harimau Malaya Vs Liverpool Petang Ini

16 Julai 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kekalahan pasukan negara Harimau Malaya kepada kelab gergasi Arsenal 4-0 rabu lalu telah menguji setakat mana tahap permainan pasukan negara. Permainan yang hambar dan tidak konsisten membuatkan pihak lawan mudah mengegarkan gawang pasukan negara. Itulah antara kritikan peminat bola sepak tempatan.

Manakala pada petang ini, bakal berlangsung satu lagi perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya vs Liverpool.

Sebut saja nama Harimau, sudah meremang bulu roma saya. Mesti ganas dan digeruni semua orang. Jangan gah pada nama sahaja. Gah juga di atas padang. Itulah harapan peminat bola sepak tempatan.

Baca baki entri ini »


Cipta Sejarah : Kelantan Juara Piala Malaysia 2010

31 Oktober 2010

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Pertamanya saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua kesebelasan pemain pasukan kelantan kerana telah menjuarai Piala Malaysia pada tahun ini.

Saingan dan debaran dalam kempen Piala Malaysia musim ini sudah berakhir. Kejuaraan pada musim ini berpihak kepada pasukan kelantan atau dikenali dengan gelaran “The Red Warriors” menewaskan pasukan Negeri Sembilan 2 – 1.

Pada separuh masa pertama pasukan Negeri Sembilan mendahului pasukan Kelantan 1 -0 hasil sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah pada minit ke – 13.

Baca baki entri ini »


Amalan Ziarah Penghubung Silaturrahim

14 September 2010

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

  1. Alhamdulillah, kita semua baru sahaja sama-sama merayakan Aidil Fitri dalam suasana yang meriah dan mengembirakan, di samping puasa di bulan Ramadan kita lalui dengan jayanya, mudah-mudahan segala amal ibadah kita di sepanjang Ramadan yang lalu diterima Allah SWT dan kita mengharapkan untuk hidup kita berterusan dalam ketaatan dan keredhaan Allah SWT.

  2. Hari ini 5 Syawal yang mana masih lagi terasa kehangatan suasana hari raya dengan amalan ziarah menziarahi dan kunjung mengunjung antara satu sama lain. Kerana itu, adalah sangat rugi sekiranya kita tidak mengamalkan budaya amalan ziarah menziarahi sesama kita, khususnya saudara kita yang dekat mahupun yang jauh, termasuk menziarahi guru-guru, jiran tetangga, rakan-rakan sepejabat dan sebagainya.

  3. Amalan ziarah amat dituntut dalam Islam dan dikatakan bahawa seseorang Muslim itu tidak sempurna imannya sekiranya ia tidak menghubungkan silaturrahim sesama mereka.     Baca baki entri ini »


Tarbiyah Ramadhan dan Cermin Diri

24 Ogos 2010

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Alhamdulillah walaupun masa cemburu untuk saya terus menatapi laptop usang ini, namun kesempatan yang diberikan oleh Allah pada ketika ini saya gunakannya sebaik mungkin untuk berbicara bersama anda. Mudah-mudahan bicara kita diberkati dan bermanfaat untuk diri saya, diri anda dan kita semua. Insyaallah!

Ramadhan setiap tahun datang dan pergi. Kedatangannya sangat ditunggu-tunggu oleh mereka yang beriman dan bertaqwa. Malah mereka sangat bergembira apabila datangnya bulan mulia ini. Manakala bagi mereka yang ingkar dengan suruhan Allah kedatangannya sangat merisaukan. Mereka risau kerana tidak boleh makan dan minum lagi pada siang hari dan sebagainya.

Justeru itu, tanyalah pada diri kita. Adakah kita tergolong di dalam golongan mereka yang bergembira dengan kedatangan bulan ramadhan yang mulia ini? Atau sebaliknya. Masing-masing ada jawapannya tersendiri. Biarlah jawapan itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kerana sesungguhnya Allah SWT itu adalah Maha Mengetahui apa yang tersirat di hati sanubari kita. Hanya diri kita dan Allah!!!

Baca baki entri ini »


Ramadhan 1431H : Sunat Berbuka Puasa Dengan Kurma

13 Ogos 2010

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi SAW bersabda :

“Jika seseorang daripada kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci.” (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Hadith di atas menerangkan kepada kita bahawa orang Islam yang berpuasa disunatkan berbuka dengan rutob atau buah kurma atau air biasa jika ketiadaan buah kurma. Inilah tertib atau sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Rutob ialah buah tamar yang telah masak sebelum menjadi tamar kering. Ianya lembut dan manis. Manakala tamar ialah buah kurma yang sudah kering.

Baca baki entri ini »