Peranan Anda Membentuk Generasi Cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt…

Salam buat semua pembaca Kalam Abu Musaddad, hari ini masalah keruntuhan moral dan akhlak serta disiplin dikalangan pelajar amat membimbangkan semua pihak. Beberapa hari yang lalu, kita telah mengikuti berita di mana pelajar tendang guru. Kemudian hari ini, akhbar kosmo! pula telah mendedahkan kegiatan pelajar melakukan perbuatan terkutuk di dalam kelas dan merakamnya dengan telefon bimbit. Kegiatan ini mula menjadi trend sejak kebelakangan ini. Klik di sini untuk baca.

Sekiranya kegiatan keruntuhan moral dan disiplin ini tidak dikawal, bagaimana kita hendak membentuk generasi cemerlang ?. Bagi mencapai hasrat negara untuk melahirkan generasi cemerlang, maka anda mesti melaksanakan beberapa plan tindakan.

Anda mesti bermuhasabah diri anda dalam semua perkara yang telah dilakukan. Anda perlu melengkapkan diri anda dengan kekuatan ilmu, minda, iman dan taqwa, berakhlak mulia serta memiliki sikap positif untuk mencapai kejayaan.

Sebaliknya anda mesti menghapuskan segala sikap negatif yang boleh memusnahkan kehidupan serta menghalang cita-cita masa hadapan negara. Anda sebagai generasi cemerlang mesti bersedia memainkan peranan mulai sekarang. Yakinlah dengan kebolehan anda. Anda mesti mampu mengambil peranan serta langkah bijak untuk melaksanakan perkara-perkara berikut :

Memelihara Hubungan Anda Dengan Allah SWT

  • Beriman dengan kekuasaan Allah serta sentiasa mengingati-NYA.
  • Melaksanakan solat fardu lima waktu serta ibadah-ibadah wajib yang lain.
  • Berlumba-lumba ke arah kebajikan.
  • Berusaha mencegah kemungkaran.
  • Menjaga kebersihan jiwa, fizikal dan mental.
  • Melaksanakan sesuatu ikhlas kerana Allah.
  • Sentiasa berdoa mengharap pertolongan Allah.
  • Sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah.
  • Bertaubat memohon keampunan Allah.
  • Redha serta berserah kepada-NYA setelah berusaha.

Memelihara Hubungan Manusia Dengan Manusia Serta Alam Sejagat

  • Berbuat baik, menghormati serta menyayangi kedua ibu bapa.
  • Menghormati guru, adik beradik, rakan, jiran tetangga serta orang lain.
  • Memelihara batas-batas pergaulan di antara lelaki dengan perempuan.
  • Beradab sopan apabila berada di mana-mana.
  • Menghormati dan menjaga hak orang lain.
  • Menjaga kebersihan alam sekitar.
  • Berusaha memperolehi pencapaian tinggi dalam segenap bidang ilmu pengetahuan yang telah dipelajari.
  • Menumbang usaha, tenaga, fikrah, wang ringgit bahkan jiwa raga untuk negara.
  • Bergiat cergas dalam memajukan aktiviti kokurikulum dan persatuan di sekolah.

Sekiranya anda belum lagi berperanan di dalam perkara-perkara yang disebut di atas, anda mesti berbuat segera, supaya jangan ketinggalan. Inilah waktunya anda belajar serta melatih diri supaya menjadi insan yang cemerlang di suatu masa nanti.

Sebaliknya jika anda telah melaksanakan semua peranan tersebut, kita yakin bahawa negara akan melahirkan generasi cemerlang di suatu masa nanti. InsyaAllah….WALLAHU A’LAM..

Apa pandangan / komentar pembaca ?

Kalam Abu Musaddad / 19 Oktober 2009
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 19 Oktober 2008, in Motivasi. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. tapi di indonesia untuk mensyahkan sebuah undang undang yang akan melindungi dari kerusakan moral generasi saja sangatlah banyak hambatannya…..
    mudah2an rancangan undang-undang pornografi segera disyahkan menjadi undang-undang…..

    ****Harap-harapnya begitulah…****

  2. Assalamualaikum cikgu, lama Kak Aida tak jengok blog cikgu. Sibuk seminggu ini. kerja luar daerah. Kak Aida baca cerita di KOSMO Ahad lepas, pasal aksi pelajar sekolah dalam kelas. Apa nak jadi budak2 ni? Adoi ! sakit kepala.. nak copy dlm blog lah…

    ****Wslm…Em saya pun seminggu dua ni amat sibuk sekali…Saya pun ada baca pasal tu…Entahla…Keruntuhan moral dikalangan pelajar kita amat membimbangkan sekarang ini…Semua pihak harus memainkan peranan untuk membanteras gejala ini daripada terus menular…****

  3. Aslmkm wbt,

    Saya siarkan tulisan tuan di forum engkabang tajdid, JazakAllah, satu tulisan yang baik

    ***KAM : Wslm…Ye ker…Em nanti sy lawati forum tu..syukran…****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: