Milikilah Kekuatan Ilmu dan Minda

Bismillahirrahmanirrahim…

Setiap umat Islam wajib menuntut ilmu. Ilmu tersebut termasuklah ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah. Rasulullah SAW telah bersabda :

” Menuntut ilmu itu diwajibkan ke atas setiap muslim lelaki dan perempuan.”

Maju atau mundur sebuah masyarakat atau umat, bergantung kepada keupayaan mereka menguasai ilmu pengetahuan. Umat yang berilmu adalah umat yang berwawasan, memiliki kekuatan, mempunyai matlamat hidup, sentiasa dihormati dan dicontohi. Firman Allah SWT di dalam surah al-Mujadalah ayat : 11 yang bermaksud :

” ….Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat……”

Dalam kehidupan individu, ilmu fardu ain dapat membantu seseorang memantapkan iman, melaksanakan amal ibadah dengan betul, dapat menilai dan membezakan di antara perkara benar dengan yang salah, mendidik seorang insan bertanggungjawab serta beretika.

Manakala ilmu fardu kifayah pula penting bagi kita menjalani kehidupan di dunia. Semasa hidup di dunia kita perlu menggunakannya untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu, supaya boleh dimanfaatkan dalam kehidupan di samping dapat menjamin pendapatan ekonomi kita.

Bagaimana cara mendapatkan ilmu ?

Anda boleh mendapatkan ilmu pengetahuan melalui beberapa cara. Antaranya ialah :

  • Pembelajaran di sekolah
  • Pembacaan buku-buku ilmiah.
  • Pemerhatian serta penyelidikan / kajian
  • Perbincangan ilmiah secara berkumpulan (diskusi)
  • Menghadiri majlis-majlis ilmu

Setelah memperolehi ilmu pengetahuan, anda berkewajipan mengamal, menghayati dengan memanfaat serta menyampaikannya kepada orang lain. Itulah sebagai tanda sumbangan anda kepada masyarakat. Sebaliknya kalau anda tidak melaksanakannya, maka hilanglah kekuatan ilmu yang anda miliki.

Kekuatan MInda

Kita hendaklah bersyukur kepada Allah SWT kerana kejadian manusia lebih istimewa jika dibandingkan dengan haiwan. Manusia dikurniakan akal fikiran. Islam menggesa manusia, menggunakan akal fikiran sebaik-baiknya untuk berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan. Firman Allah SWT di dalam surah al- Mukminum ayat : 80 yang bermaksud :

” Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang mengatur pertukaran malam dan siang. Maka apakah kamu tidak memahaminya ? “

Di dalam ayat yang lain pula, Allah SWT telah mengingatkan mereka yang tidak mahu menggunakan akal fikiran untuk berfikir. Firman Allah SWT yang bermaksud :

” Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati yang tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan mempunyai mata yang tidak mahu melihat dengan (bukti kekuasaan Allah) dan mempunyai telinga yang tidak mahu mendengar dengannya (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai.” Surah al-A’raf ayat : 179

Kesimpulanya untuk menjadi insan yang cemerlang, anda mesti mengamalkan budaya berfikir dalam kehidupan anda. Anda mesti mengasahkan daya berfikir dalam kehidupan anda. Anda mesti mengasah daya berfikir, supaya fikiran anda lebih matang, kreatif,kritis dan inovatif.

Jadi apakah perkara yang mesti anda fikirkan ?

  • Berfikirlah untuk menambahkan keyakinan anda terhadap kewujudan Allah
  • Berfikirlah siapakah diri anda ?
  • Berfikirlah tentang matlamat hidup anda ?
  • Berfikirlah tentang apakah tanggungjawab anda ?
  • Berfikir untuk memajukan diri anda
  • Berfikir untuk mengatasi kelemahan diri diri anda
  • Berfikir untuk masa hadapan anda
  • Berfikir apakah sumbangan anda kepada keluarga, agama dan negara ?
  • Berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan
  • Berfikir untuk menemui Allah setelah kita mati.
Kalam Abu Musaddad / 08 Oktober 2008
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 8 Oktober 2008, in Motivasi. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Assalaamu’alaikum Alwi.

    SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR DAN BATHIN.

    Semoga kekuatan ilmu dan kecerdasan akal akan menjadi teman dalam memperjuangkan hawa nafsu dan meningkatkan amal ibadah selamanya. Raya di mana ?

    ****KAM : Wslm ustazah…
    Em SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN juga buat ustazah sekeluarga…Saya beraya kat sini (tg manis) jer tahun ini, cuti hujung tahun ni baru balik kg…he he he…****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: