Tanggungjawab Pelajar Terhadap Gurunya

BAGAIMANA besarnya tanggungjawab guru terhadap murid, begitu jugalah besarnya tanggungjawab murid terhadap gurunya. Jika tidak ada guru, maka tidak ada murid. Guru juga seperti ibu bapa yang patut dihormati dan dipatuhi segala ajarannya yang baik. Jika di rumah anda harus menurut segala perintah dan ajaran ibu bapa dengan taat, tetapi di sekolah anda harus pula mentaati guru dan segala ajarannya harus disematkan di hati.

Seorang murid harus menghormati bantuan gurunya untuk membimbing mereka ke jalan yang diredhai Allah SWT untuk menuntut ilmu demi bekalan hidup mereka.

Jangan sekali-kali membantah atau mencela guru kerana guru adalah merupakan orang yang sentiasa membimbing anda untuk mencapai cita-cita.

Antara Adab-adab Murid Terhadap Gurunya

1. Memberi hormat ketika guru masuk ke kelas dengan memberi salam kepada guru kelas anda. Jika guru terdahulu memberi salam hendaklah segera dijawab.

2. Tunjukkan muka yang manis ketika menyambut guru masuk ke bilik darjah anda.

3. Perhatikan guru anda dengan tenang dan mula membuka buku untuk pelajaran hari itu jika diperintahkan oleh guru.

4. Tumpukan perhatian ketika guru mengajar. Jika kurang faham bolehlah bertanya kepada guru anda dengan sopan.

5. Catatkan apa yang disampaikan oleh guru jika dia menyuruh anda berbuat demikian.

6. Jangan berkata-kata atau berbual dengan rakan-rakan ketika guru sedang mengajar.

7. Tumpukan perhatian sepenuhnya ketika guru sedang memberi penerangan. Sematkan di hati anda apa yang diajarkan ketika itu.

8. Ucapkan terima kasih kepada guru anda sebaik sahaja guru itu selesai mengajar.

Seorang murid harus peka dengan apa yang disampaikan oleh guru mereka, dengan cara ini anda akan dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran anda. Anda jangan menyalahkan guru anda jika anda kurang faham apa yang diajari oleh guru anda, sebaiknya anda harus banyak bertanya dari banyak merungut untuk mendapatkan kefahaman.

Jika anda ingin menjadi seorang murid / pelajar yang berjaya, anda harus berusaha sendiri untuk mencapai kejayaan itu, jangan cuma berharap pada guru sahaja. Guru hanya boleh mengajar untuk menyampaikan ilmu, sedangkan anda adalah seorang murid yang harus tahu membuat sesuatu untuk mencapai kejayaan itu.

Usaha anda untuk menjadi murid yang berjaya adalah lebih bererti dari hanya mendengar guru mengajar sedangkan anda tidak tahu bagaimana untuk memanfaatkan pelajaran itu.

Kejayaan seorang pelajar itu bergantung kepada kegigihannya untuk mencapai kejayaan, tanpa mengharap pertolongan orang lain untuk menjayakan diri sendiri.

Seorang murid harus menghormati gurunya sebagaimana dia menghormati ibu bapanya juga. Rasa hormat kepada guru membuatkan anda dapat mengikuti pelajaran dengan baik dan sudah tentu lebih keberkatan ilmu yang anda pelajari itu. Di samping berusaha anda harus berdoa, agar segala usaha anda itu akan beroleh kejayaan cemerlang.

INGAT!!! Seorang pelajar itu adalah bakal pemimpin masa hadapan, oleh itu tidak ada sebab anda tidak mahu berusaha untuk terus mencapai kejayaan. Kerana mundur atau majunya sesebuah negara itu bergantung kepada para belia dan remajanya yang rajin berusaha untuk mencapai kejayaan.

kkk12
 
Kalam Abu Musaddad / Rabu 08 Mac 2009
https://ibnismail.wordpress.com
Advertisements

12 Responses to Tanggungjawab Pelajar Terhadap Gurunya

  1. Siti Fatimah Ahmad berkata:

    Assalaamu’alaikum..

    Guru ibarat kasturi yang menyebarkan wangian kepada sesiapa sahaja tanpa memilih. Guru umpama lilin yang menerangi dunia sekelilingnya walaupun diri terbakar namun pengorbanannya tiada bandingan buat sekujur tubuh yang mendapat ilmu dan keredhaan guru itu. Maka doakan guru kita walau dimana ia berada samada ia masih hidup mahupun sudah meninggal. Jasa guru tetap dikenang hingga akhir hayat. Semoga kita akan menjadi guru yang berjasa dan berwibawa. Salam dari jauh di UKM, Bangi.

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt…Em betul tu ustazah…Teringat guru-guru saya masa sekolah-sekolah dulu…Semoga mereka sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT selalu….****

    Like

  2. nor azima berkata:

    kalau dahulu guru diberi pelbagai perumpamaan`permata`@ `lilin yang membakar diri`namun kini apa maknanya semua itu kalau `guru` cuma diisi atas dasar tiada pekerjaan lain maka gurulah sebagai pilihan….maka terjadilah berbagai gejala yang tidak diingini paling tidaknya ada guru yang selalu tuang kelas,tidak menunjukkan contoh yang baik dan sebagainya….apa ada pada martabat…????

    Like

  3. sri berkata:

    inf0 yg sngt bergune..

    Like

  4. Tanpa Nama berkata:

    terima kasih atas artikel ini, saya gunakan sebagai ucapan pada perhimpunan di sekolah.

    Like

  5. Anis Sofea berkata:

    terima kasih untuk artikel ini, sangat berguna. dan boleh juga saya gunakan untuk presentation esok.

    Like

  6. aiman azri berkata:

    makasih.saya gunakan sebagai bahan untuk membuat folio

    Like

  7. ghazali ismail berkata:

    terima kasih saya juga jadikan bahan ini untuk ucapan petang pada perhimpunan mingguan.- ghazali ismail

    Like

  8. nur sarah abdul salam berkata:

    Info yang amat bergune untuk sape sape pun…..

    Like

  9. ida cute berkata:

    hummm…bagus untuk saya jdikan rujukan….

    Like

  10. surianilassani@yahoo.com berkata:

    panduan yang baik..tq

    Like

  11. Noraziah Mad Zin berkata:

    Thank you so much…

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: