Pesanan Seorang Guru…

Wahai anak didikku yang dikasihi dan disayangi…Melalui kalam ini gurumu ingin berbicara dan mencoretkan sesuatu buatmu…

Kini engkau muda remaja, awasi setiap langkahmu, wajah manis dan manjamu pasti ramai yang tertawan dan tergoda, bukan melarang engkau bersuka dan bergembira, asalkan engkau tahu di mana batas-batasnya. Jangan sampai dirimu terlupa harapan dan cita-cita.

Wahai anak didikku…Ibu dan ayahmu, selalu menaruh harapan yang tinggi agar engkau berjaya di masa hadapan. Jangan engakau kecewa dan sia-siakan harapan mereka…

Bila tiba waktu senja…Engkau pulang dari sekolah. Bergalas buku dibahu penuh keceriaan. Sesiapa yang melihat pasti merasa tertawan…Itulah anak didikku…

Wahai anak didikku…Engkau masih bersekolah. Harungi dan tempuhilah segala dugaan dan cabaran. Engkau akan ambil peperiksaan, agar senang masa depan.

Berikan tumpuan dengan sepenuhnya kepada pelajaranmu dan berusahalah bersungguh-sungguh. Kemudian barulah yang selainnya engkau serahkan kepada Yang Maha Esa.

Apabila dirimu berjaya…Selain ibu bapamu, guru-gurumu juga turut merasa gembira. Tetapi seandai sebaliknya…Jangan engkau rasa kecewa. Sekali engkau gagal, bukan bererti untuk selamanya…

Di hati semakkan bicara dan coretan gurumu ini, walau di mana pun engkau berada…INGATLAH PESANAN INI AGAR ENGKAU MENJADI INSAN BERGUNA…

Advertisements

3 Responses to Pesanan Seorang Guru…

  1. Postingan menarik bermakna, menggugah jiwa merampas simpatik, meluluh jiwa guru ann abadi. Semoga anak didik tersadar. Amin.

    KAM : Terima kasih Pak Ersis kerna sudi mengunjungi blog saya…

    Like

  2. Alhamdulillah…

    Tuan Guru saya juga mengunjungi laman ilmu Alwi ini. Sentiasalah dapatkan manfaat dari penulisan Tuan Ersis itu. Banyak pengetahuan yang boleh kita perolehi walaupun ilmu beliau hanya diperolehi secara maya. Kebaikan yang dititip oleh sesiapa sahaja perlu dipelajari untuk teladan kita.

    Pesan guru adalah pesan karamah. Hormati guru walau kita sudah menggapai angkasa dan dia masih di tapak tanah. Tanpa guru, siapalah kita. jangan dihina, diumpat, dikeji atau dikesali apa jua yang guru pernah lakukan kepada kita. Hanya dia yang mengetahui mengapa dia bertindak sedemikian untuk kita.

    Tidak pernah guru kita mengajar untuk menjadi perompak, pencuri, pengkhianat dan apa sahaja bentuk kejahatan untuk menyusur alur hidup yang beranjau ini.

    Sentiasa hadiahkan doa seusai solat untuk kebaikan guru kita. Tidak pernah rugipun. Malah Allah mengasihi orang yang mengasihi gurunya. Keberkatan doa Guru adalah antara sebab kita berjaya sehingga sekarang. MEREKA YANG HORMAT DAN KENANG JASA GURUNYA AKAN MUDAH BERJAYA DALAM HIDUP.

    KASIHILAH MEREKA.
    KASIHANILAH MEREKA.

    Pengalaman saya selama16 berkhidmat menjadi guru. Hampir setiap masa, memikirkan pelajar dan bagaimana hendak membentuk mereka untuk jadi manusia berjaya.

    Semoga amalan kita sebagai guru mendapat rahmat dan berkat Allah. Jadilah guru yang dedikasi dan berwibawa dengan niat kerana Allah swt. Salam kebaikan dan ceria selalu.

    KAM : Terima kasih ustazah…Komentar yang cukup bermakna bagi ana selaku guru yang baru setahun jagung…he he he…Banyak perkara perlu dipelajari…Semoga ustazah sentiasa engunjungi blog ini untuk memberi komentar dan motivasi kepada ana…Mudah-mudahan semuanya dipermudakkan oleh Allah SWT…Ameen..

    Like

  3. beemok93 berkata:

    saya suka ayat ni…..sangat menyedarkan…tq 4 advise

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: