Bersyukur Kunci Kebahagiaan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

SUDAHKAH anda bersyukur hari ini ? Sering kali kita terlupa untuk bersyukur atas apa yang telah kita terima dan nikmati dalam hidup ini. Hari ini kita dapat menikmati makanan dan minuman yang enak-enak, mempunyai keluarga bahagia, tempat tinggal yang selamat dan dianugerahkan kesihatan. Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang kurang bernasib baik ? Pasti hidup mereka serba kekurangan jika dibandingkan dengan kita. Betul tak ?

Jika difikirkan, bersyukur barangkali tidak memberikan impak yang jelas. Namun begitu tahukah anda, perbezaannya cukup luar biasa untuk jangka panjang.

Kajian oleh penyelidik dari Universiti George Mason, Virginia, Amerika Syarikat menyatakan bersyukur adalah kunci utama menuju kebahagiaan. Ia adalah ungkapan rasa terima kasih atas apa yang telah kita terima dan satu perkara penting untuk mencapai kualiti hidup yang lebih baik.

Rasa cukup dan senang dengan apa yang dimiliki membuatkan hati seseorang itu merasa tenang. Apabila diri menikmati ketenangan dalam hidup, maka kebahagiaan akan mengekori langkah kehidupannya. Justeru itu, rasa syukur itulah membuatkan kita merasa bahagia.

Dengan ini terdapat tiga elemen penting untuk menciptakan hidup yang lebih bahagia dan bererti ialah :

  • Hubungan yang baik
  • Rasa syukur
  • Menjalani hidup anda saat ini dengan sikap terbuka dan rasa ingin tahu.

Sekiranya kita selalu bersyukur dengan pemberian Allah SWT , nescaya Allah SWT akan mengandakan lagi rezeki kita setiap hari. Tetapi tidak ramai yang berbuat sedemikian. Jadi Fikir-fikirkanlah…

Tanjong Manis, 04 Mei 2009
https://ibnismail.wordpress.com
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: