Pergaulan Bebas Membawa Kepada Kemungkaran

Bismillahirrahmanirrahim…

Seorang gadis yang beragama Islam, namanya Siti (bukan nama sebenar) telah menemui seorang rakan wanitanya. Dia menangis tersedu-sedu. Wajahnya begitu sedih dan kesal.

Rakannya itu tidak tahu apa puncanya dia tiba-tiba menangis dan begitu sedih, ” aku menyesal,” katanya di dalam sedunya. ” Apa kamu kesalkan ? ” Tanya rakannya itu. ” Aku telah terlanjur, aku telah berdosa, ” katanya lagi. Tangisnya semakin menjadi-jadi.

Rakannya menjadi hairan mengapa tiba-tiba Siti bersikap demikian. Selalunya dia seorang gadis yang periang dan suka berjenaka. Tetapi pada petang itu Siti kelihatan begitu sedih dan tidak bermaya.

” Apa yang telah terjadi kepada kamu ? ” rakannya ingin tahu lagi.

Siti hanya berdiam, dia duduk memeluk lutut, wajahnya begitu kesal. Walaupun tangisannya telah berhenti tetapi kerut wajahnya membayangkan kekesalan yang amat sangat.

Setelah disiasat lebih lanjut barulah rakannya dapat tahu bahawa Siti telah melakukan kesalahan besar terhadap dirinya sendiri. Dia kesal dan amat malu. Siti sebenarnya telah melakukan maksiat dengan teman lelakinya. Dia telah berzina dan kini mengandung anak luar nikah.

Contoh di atas adalah hasil dari pergaulan bebas yang tidak terbatas, remaja hari ini yang tidak tahu menjaga batas-batas kesusilaan dan agama akan menyesal sendiri dengan perbuatan terkututnya itu.

Bila terjadi sedemikian, dia akan menanggung malu, ibu bapa juga turut memikul beban yang buruk itu, dan remaja yang menjadi mangsa itu biasanya remaja yang tidak pernah membataskan pergaulannya, hingga dia lupa siapa dirinya, apa agama dan di mana maruahnya sebagai seorang muslim.

Pergaulan bebas bukan sahaja boleh menimbulkan berbagai-bagai fitnah, tetapi akan merosakan diri sendiri seorang muslim itu.

Anda sebagai remaja muslim harus membataskan pergaulan anda sebagaimana yang dikehendaki agama, agar anda terselamat dari bencana dan dosa yang besar yang mungkin boleh memusnahkan hidup anda sendiri.

Remaja harus belajar untuk membatasi dirinya dalam pergaulan, kerana mengikutkan nafsu syaitan seseorang itu boleh terjerumus ke lembah yang hina. Jika sudah terjadi tidak ada guna lagi untuk dikesali.

Oleh itu berwaspadalah selalu, bergaulah dengan bijak dan jangan sampai telanjur seperti terjadi kepada Siti. Anda adalah remaja muslim yang harus tahu menghormati diri anda sendiri, harus sedar ibu bapa anda juga seorang muslim yang harus dihormati perasaannya. Jika sesuatu yang buruk dan terkutut terjadi kepada diri anda tentu ibu bapa anda juga malu dan rasa terhina, begitu juga kau muslim dimata bangsa-bangsa asing dan agama lainnya.

Maruah anda sendiri adalah amanah Allah SWT kepada anda. Oleh itu sebagai seorang muslim anda wajib menjaga amanah Allah itu, jika anda mengabaikannya Allah tidak rugi apa-apa, yang rugi adalah diri anda sendiri.

Justeru itu, untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara buruk dan hina anda hendaklah mengetahui batas-batas dalam pergaulan, anda juga mesti mengetahui menjaga diri anda sendiri dalam apa jua keadaan sekalipun. Selain itu, anda juga harus menghormati diri anda sendiri sebagai seorang remaja muslim, yang harus menjaga kepentingan agama lebih dari segala-galanya. Kerana dengan beragama sahaja seseorang itu boleh berjaya di dunia dan akhirat.

Apa pandangan pembaca ?

_______________________________________

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM (2008 – 2010) Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya  terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

Kalam Abu Musaddad / 20 September 2008
https://ibnismail.wordpress.com

2 Responses to Pergaulan Bebas Membawa Kepada Kemungkaran

  1. Nafi' Abdul Hakim berkata:

    Alhamdulillah… Saya masih terbebas dari pergaulan bebas.. semaoga remaja sekarang ini sadar akan bahaya pergaulan bebas yang berdampak buruk baik di dunia baik di akhirat…

    ****KAM : Syukurlah kalau macam tu…Mudah-mudahan ada yang sadar…****

    Like

  2. nourhayati berkata:

    salam..
    masalahnya rata-rata lepas buat barulah menyesal n menagis , kalau sebelum kita nasihat buat tak kisah je. muga remaja nisa jagalah maruah kaum wanita.

    ****KAM : Wslm..jangan terhantuk dahulu baru nak sedar…Sesal kemudian tiada gunanya…****

    Like

Tinggalkan komen