Kembalinya Seorang Ulama’ Ke Rahmatullah

Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah syukur kita kepada Allah SWT kerana kita sekali lagi dipertemukan di dalam ruangan ini, ana harap pelawat2 semuanya berada di dalam keadaan sihat walafiat sokmo…

hjlah.jpgKira2 jam 09.45 pagi tadi ana mendapat 1 sms dari seorang kawan (Hamdan) dia memberitahu bahawa Tuan Guru Haji Abdullah bin Abdur Rahman (orang Kelantan memanggilnya dengan panggilan Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah) telah kembali ke rahmatullah (Rabu 19 Mac 2008 bersamaan 11 Rabiul Awal 1429H) jam 7 pagi tadi. Beliau merupakan seorang ulamak terbilang dan pejuang Islam tersohor di negeri Kelantan. Menurut kawan saya itu ( Hamdan ), beliau akan dikebumikan pada jam 3 petang ini.

Perginya seorang ulamak terbilang dan pejuang Islam. Marilah sama2 kita membaca AL-FATIHAH semoga beliau ditempatkan oleh Allah SWT bersama orang2 yang soleh di akhirat kelak.

Di sini ana ingin berkongsi dengan pelawat2 sekalian secara ringkas sejarah penubuhan Pondok Lubuk Tapah yang terletak di Pasir Mas Kelantan dan sedikit biodata Tuan Guru Haji Abdullah bin Abdur Rahman.

Sejarah Penubuhan Pondok Lubuk Tapah

luboktapah02.jpgCatitan : Haji Muhammad bin Lebai Abdul Latif, seorang pendatang yang hanyut di laut yang terdampar di pantai Ni ( Patani atau Pattani ). Seorang yang berkepandaian dalam bidang bacaan Al Quran sehingga Raja Patani melantiknya menjadi guru Quran Kesudahannya Beliau berhijrah ke Kelantan lalu meneroka sebuah desa pada mulanya dikenali dengan panggilan kampung Tok Haji .Tapak perkampungan tersebut bertempat disekitar Stesen jana letrik Lemal. Akhirnya kampung Tok Haji dikenali sebagai kampung Lubuk Tapah.

Pondok Lubuk Tapah atau Madrasah Rahmaniah ini diasaskan pada tahun 1931/32 oleh Al-Marhum Tuan Guru Hj. Abdul Rahman B. Che Wan Senik (1902M-1989M) yang berukuran 40×30 kaki sahaja.

Lokasi

a)-Jarak dari Pusat Bandar ( Kota Bharu ) 16 KM

b)-Jarak dari Bandar Terdekat ( Pasir Mas ) 4 Km.

Matlamatluboktapah01.jpg

Membangunkan serta mengembangkan syiar Islam dan kegiatan keagamaan Melahirkan golongan alim ulamak ,imam-imam masjid dan guru-guru agama Membentuk dan mendidik pelajar-pelajar menjadi umat islam yang benar-benar faham dan dapati menghayati agama Islam .

Biodata Tuan Guru

Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada pukul 3 00 petang, hari jumaat, 11 febuari 1933 di pondok Lubuk Tapah Tuan Guru Haji Abdullah telah mendapat pendidikan awal dengan ayahandanya sendiri iaitu Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman .Beliau juga telah belajar menulis dan membaca jawi semenjak kecil lagi dengan anak murid ayahnya yang berpengalaman iaitu Almarhum Haji Jusuh atau lebih dikenali sebagai Abang Aji Soh. Pada tahun 1953 , ayahandanya telah menghantarnya melanjutkan pelajaran ke Tanah Suci, Mekah bersama adiknya Almarhum Haji Ahmad dengan menaiki kapal laut. Masjidil Haram Di Tanah Suci Mekah menjadi pusat pengajian Tuan Guru Haji Abdullah.

Di antara tokoh guru-guru dan ulamak beliau Syaikh Abdul Kadir Abdul mutalib Al-Mandili, Syaikh Muhamad Daud AlFatani ,Syaikh Abdul Jalil Al Indonisi dan beberapa orang tokoh-tokoh ulamak yang terkenal lagi . Selama hampir 15 tahun berada di Tanah Suci Mekah akhirnya beliau kembali ke tanah air. Sebelum beliau pulang ke tanah air, beliau bersama 14 orang sahabat perjuangan menghadapi ujian terakhir daripada guru-guru, ulamak dengan disuruh membaca mentafsir dan menerangkan isi kandungan beberapa buah kitab agama yang telah dipelajari selama menuntut di tanah Suci Mekah selama satu minggu. Debaran ujian telah pun berakhir .Kini tiba pula debaran menunggu keputusan,

Apabila keputusan diumumkan beliau bersama dua orang sahabatnya menerima ijazah tauliah dan tamat pengajian daripada guru-guru ulamak pada Muharam 1386 hijrah. Sebelum berangkat pulang ke tanah air beliau juga diberi pesanan dan nasihat oleh guru-guru ulama supaya memanfaatkan ilmu yang telah di pelajari dengan betul dan tepat. Pada tahun 1966 Tuan Guru Haji Abdullah kembali ke tanah air . Beliaulah sebagai pengganti ayahandanya Tuan Guru Haji Abdul Rahman untuk mentadbir dan menerajui Pusat Pengajian pondok Lubuk Tapah.

NAMA TUAN GURU / PENGAJAR YANG PERNAH MENGAJAR BELIAU:

1. Al-Syaikh Pak Da Ismail bin Abdul Kadir Al –Fatani

2. Al-Syaikh Abdul Kadir Abdul Muttalib Al-Mandili.

3. Al-Syaikh Zakaria Bilal.

4. Al-Syaikh Muhammad Daud Sulaiman Al-Kalatani

5. Al-Syaikh Hasan Muhammad Al-Massat.

6. Al-Syaikh Sayyid Alwi Sayyid Abbas.

7. Al-Syaikh Muhammad Arabi.

8. Al-Syaikh Mokhtar Amfahani

9. Al-Syaikh Soleh Idris Al-Kalatani

10. Al-Syaikh Haji Abdul Rahman Daud Al –Fatani.

11. Al-Syaikh Muhmmad Noor Bahrani.

12. Al-Syaikh Sayyid Muhammad Amin.

13. Al-Syaikh Abdul Jalil Al-Indonisi

WALLAHU A’LAM…

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 19 Mac 2008, in UMUM and tagged , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: