Sikap Negatif Penghalang Kejayaan

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt…

Salam ukhwah buat semua pengunjung laman Kalam Abu Musaddad, ketahuilah terdapat beberapa sikap negatif yang masih wujud dalam diri seseorang individu, seperti malas berusaha, mudah putus asa, mudah menyerah dan memadai dengan pencapaian yang ada.

Sikap-sikap negatif tersebut boleh menghalang kejayaan kita, terutamanya jika kita seorang pelajar. Kalau sikap tersebut berterusan, kita akan menjadi orang yang ketinggalan dalam segenap bidang kehidupan.

Ada pelajar enggan belajar kerana mereka mahu bekerja. Mereka ingin mendapatkan wang untuk memudahkan mereka berbelanja. Wang telah berjaya mempengaruhi hidup zaman remaja mereka. Lantaran itu mereka berani mengambil keputusan untuk meninggalkan persekolahan tanpa memikirkan kehidupan mereka di masa hadapan.

Apabila menghadapi kesusahan dan kegagalan mereka mudah lemah semangat dan berputus asa, mereka enggan meneruskan cita-cita dan merasa kecewa dengan kegagalan. Sepatutnya ketika mereka berada di bangku sekolah, mereka mesti berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan, supaya mereka boleh mencapai kejayaan cemerlang.

Dengan kejayaan tersebut mereka dapat mengubah taraf hidup diri serta keluarga. Ada pula sesetengah pelajar merasa selesa dengan pencapaian mereka itu hanya di peringkat sederhana sahaja. Maka sudah pasti sikap tersebut akan menjejaskan kecemerlangan mereka.

Itulah sebahagian daripada sikap-sikap negatif yang berada pada diri pelajar masa kini. Sikap negatif ini berpunca daripada sikap malas berusaha dan berfikir, sukakan hiburan dan kemewahan hidup.

Sikap malas belajar mengakibatkan mereka ponteng sekolah. Apabila mereka terlibat dengan salah laku disiplin, mereka boleh dibuang dari sekolah. Siapakah yang akan rugi ? Sikap gemarkan hiburan pula boleh melalaikan, merugikan masa dan wang. Kita akan lupa tanggungjawab diri kepada Allah, keluarga, masyarakat dan negara. Akhirnya kita jauh ketinggalan untuk mengejar kejayaan.

Oleh itu, kalam ini berharap dengan penulisan ringkas ini dapat menyedarkan pelajar-pelajar kita agar mereka mengetahui matlamat dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Milikilah sikap positif bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan. Mesti rajin berusaha dan terus berusaha tanpa berputus asa, insyaAllah kejayaan akan menjadi milik kita.

Di kesempatan ini, bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada minggu hadapan kalam ini mengharapkan semoga anda semua sudah pun bersedia dan mengucapkan “Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR, semoga anda semua diberi kekuatan dan dipermudahkan oleh Allah SWT untuk mencipta KEJAYAAN”..Ameen..

Apa komen / pandangan anda ?

Kalam Abu Musaddad / 06 Oktober 2008
https://ibnismail.wordpress.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: