Kelahiran Puteri Tersayang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Afaf 2

SYUKUR. Alhamdulillah dengan rahmat dan perlindungan Allah SWT, hari ini kalam ini mula berbicara kembali setelah hampir 2 minggu bercuti.

Apa yang KAM ingin kongsikan bersama sahabat pembaca pada kali ini ialah :

Pada hari selasa 29 September 2009 M bersamaan 10 Syawal 1430 H, tepat jam 04.30 petang, isteri tercinta selamat melahirkan seorang puteri pertama kami secara normal seberat 3.3 kg. Setelah kira-kira 5 jam bertarung nyawa di bilik bersalin di Hospital Tanah Merah, Kelantan.

Afaf 3

Puteri tersebut kami namakan AFAF HASIBA. Afaf bermaksud “yang lemah lembut, yang sopan santun, yang menjaga nama baik”. Manakala Hasiba / Hasibah pula bermaksud “Keturunan yang baik-baik”.

Pemilihan nama yang baik adalah merupakan satu doa dan harapan bagi kedua ibu bapa dan hak bagi seorang anak. Justeru itu, doa dan harapan kami berdua agar puteri kami menjadi seorang perempuan yang sopan santun dan lemah lembut akhlak dan tingkah lakunya, melakukan perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-NYA.

Selain itu, doa dan harapan kami juga agar puteri kami bisa menjaga nama baik orang tuanya (ibu bapa) dan keturunan kami. Insyaallah kami akan berusaha mendidiknya dengan penuh kasih sayang berlandaskan kepada tuntutan agama (al-Quran dan as-Sunnah) agar puteri kami menjadi seorang perempuan hebat pada masa hadapan. Ameeen.

Bagi seorang suami dan bapa, KAM amat berbangga kerana diberi kesempatan oleh Allah SWT berada di sisi isteri di saat isteri tercinta berjihad dan bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak. Kesakitan yang amat sangat dapat di rasakan bersama walaupun sekadar mata hanya melihatnya tetapi sekujur tubuh juga dapat merasakan penderitaan dan kesakitan yang ditanggung isteri ketika hendak bersalin. Hanya doa dan kata-kata perangsang dapat diucapkan ditelinga isteri agar menjadi penawar dari seorang suami. Pertama kali menjadi ibu dan bapa, perasaan resah, gelisah dan bimbang bermain difikiran KAM apabila melihat keadaan isteri begitu. Hanya kepada Allah SWT tempat berserah.

KAM juga berbangga kerana diberi penghormatan oleh pihak doktor dan jururawat bertugas untuk menyambut sendiri puteri kami di saat kelahirannya. SELAMAT DATANG WAHAI PUTERI KE DUNIA BARUMU, ABI DAN UMMI UCAPKAN.

Afaf 4

Namun apa yang KAM sedikit kesal dengan pengurusan pihak hospital ialah apabila KAM meminta untuk melaungkan kalimah “azan” ditelinga puteri kami secepat mungkin, pihak hospital meminta KAM keluar daripada bilik bersalin.

“Minta maaf…Tuan dikehendaki keluar dulu dari bilik ini kerana kami ingin membersihkan dan merekodkan dahulu anak tuan ini. Apabila semuanya selesai nanti, kami akan panggil tuan kembali….” kata salah seorang jururawat yang bertugas.

Ok…KAM terima permintaan jururawat tersebut. Hampir sejam lebih KAM dan mak tunggu diluar. Kemudian seorang jururawat memanggil KAM, katanya isteri dan anak sudah pun berada di wad.

Pihak hospital sepatutnya memanggil KAM untuk mengazankan bayi kami sebelum berpindah ke wad. Yelah..Apabila berada di wad, macam-macam sudah didengari bayi tersebut. KAM segera perdengarkan kesaksian Tauhid kepada Afaf Hasiba dengan melaungkan “azan” kepadanya. Syukur kepada Allah SWT atas kehadiranmu dalam hidup Abi dan Ummi. Apabila seseorang bayi dilahirkan, sunat disegerakan “azan” di telingan kanannya, “iqamah” di telingan kirinya. Agar kalimah pertama yang di dengarinya adalah “KESAKSIAN TAUHID”.

Apa pun KAM berpuas hati dengan segala layanan yang di beri oleh pihak hospital. Sehari tinggal di wad tersebut, oleh kerana tidak ada apa-apa masalah, isteri dan anak dibenarkan pulang. Alhamdulillah syukur sangat kepada Allah SWT kerana mempermudahkan segala urusan kami. Alhamdulillah.

Tanjong Manis, Sarawak.
Ahad
11 Oktober 2009 M / 22 Syawal 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

8 Responses to Kelahiran Puteri Tersayang

  1. alberangque berkata:

    Assalam mu alaikumwr wbt
    Tahniah mendapat cahaya mata putri yang lembut dan dari keturunan yang baik.
    Tahniah….

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt…Syukran jazilan….****

    Like

  2. nuriman berkata:

    Assalamualaikum akhi, tahniah kerana dapat puteri yg sanagat comel..namanyapun menarik sekali…mudahan dia akan menjadi anak yang solehah berjaya dunia dan akhirat…

    Tanah Merah tu kat mana? saya punya kakakpun ada yg duk kat TM..anak2 buah sy pun belajar di sekolah men eh lupa apa ke nama tu tp ada Mahmud kat belakang tu sek apa ek?

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt…
    Terima kasih…Mudah2an termakbul doa anti…Ameen…Em Tanah Merah, Kelantan. O ye ker…Sek. Men. Dato’ Mahmud la tu…****

    Like

  3. khairi online berkata:

    assalamualaikum utz wie

    tahniah, macam muka ustaz je…wassalam

    ****KAM : waalaikummussalam wbt…
    Terima kasih…ye ke…Alhamdulillah…Mudah2an dia menjadi seorang anak yang solehah…..****

    Like

  4. aida berkata:

    salam cikgu…. tahniah dah menjadi ayah. comel puteri, matanya sepet mcm ayah nya tak? heee… maaf kak aida sibuk ler sejak dok bertugas kat unit naik pangkat skrg. bukan senang nak jaga cikgu2…. apapun tahniah sekali lagi…. take care!

    ****KAM : Wslm kak…Alhamdulillah..Terima kasih…Em sepet sket2 jer hampir sama la…kih kih kih….
    Ooo ye ker..apepun saya doakan semoga akak sucses sokmo bersama keluarga tersayang…..****

    Like

  5. Siti Fatimah Ahmad berkata:

    Assalaamu’alaikum

    Alhamdulillah, akhirnya saya dapat “cucu” yang comel dan menawan seperti ayah dan bundanya.. nama yang indah dan makna yang cantik untuk kehidupan seorang insan yang bakal mewarnai dunia kehidupan ini. Saya doakan kesejahteraan dan kebahagiaan buat “cucu” saya di dunia dan akhirat, menjadi anak solehah dan menceriakan dunia ayah dan bundanya. Juga doa buat Alwi dan isteri, sentiasa bahagia di dunia dan akhirat. Salam mesra selalu. Kirim salam buat isteri.

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt…

    Terima kasih di atas doa bunda. Mudah2an cucu bunda ini menjadi seorang puteri yang solehah dan berjaya dalam hidupnya di dunia dan juga di akhirat kelak. Insyaallah nanti saya sampaikan…..****

    Like

  6. KudaPerang berkata:

    Assalamualaikum, ustaz alwi kita, sekali lagi ana nak ucapkan tahniah buat enta n zaujah di atas kehadiran anggota baru dalam keluarga entum.

    Kiut puterinya, nampak hening dan bersih, ana doakan keheningan dan kebersihan itu akan dapat dibawanya sehingga membesar dan dewasa seterusnya mudah menerima ilmu Allah Taala.

    Mudahan2 menjadi insan solehah, pejuang agama Allah mewaris kesinambungan kerjabuat Abi dan Umminya..insyaAllah.

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt….
    Terima kasih wahai sahabat….Mudah2an Allah SWT makbulkan doa anta. Ana pun sama sentiasa mendoakan semoga kehidupan kawan2 dirahmati dan direhdai Allah SWT serta bahagia selalu.
    Insyaallah…Mudah2an AFAF menjadi seorang anak yang solehah….Ameen…****

    Like

  7. KudaPerang berkata:

    Wi ana nak mintak copy paste rencana2 menarik di blog enta ni buleh ka? Kalau diizinkan selepas2 ni ana nak copy tanpa maklumkan kpd enta di masa2 akan datang..buleh?

    ****KAM : Em boleh jer…copylah apa2 artikel pun di laman ini. Hanya satu ana mintak, kalau boleh sertakan sekali linknya sebagai kredit / diskaun buat blog ini….Ana izinkan…****

    Like

  8. Wahida Yaakub berkata:

    Subhanallah …..Tahniah ! Buat ustaz dan isteri…..semoga Allah terus memberkati hidup ustaz sekeluarga….Comel sungguh putrinya….

    Saya juga minta izin untuk edarkan “buah tangan ” ustaz kepada anak2 buah dan anak2 saya di SK Ampang, Hulu Langat , Selangor. Sangat berfaedah

    Salam Aidil Fitri buat ustaz dan isteri.
    Daripada Hjh Khodijah Hj Abd Aziz
    GB SK Ampang, 68000 Ampang, Selangor.

    ****KAM : Terima kasih puan…Semoga doa puan dimakbulkan Allah..Ameen..

    Em ambillah ape jer “buah tangan” ana di dalam blog ini sebagai amal jariah dan usaha menyebarkan ilmu Allah SWT.

    Salam aidil fitri dan salam silatulrahim juga buat puan Hjh Khodijah sekeluarga daripada kami sekeluarga…****

    Like

Tinggalkan komen