Respons Isu: Biarlah UiTM kekal menjadi hak Melayu

Apakah motif dan agenda sebenar pemimpin Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang juga Menteri Besar Selangor, tiba-tiba saja mencadangkan agar Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka 10 peratus pengambilan pelajarnya kepada bukan Bumiputera, masih menjadi tanda tanya.

Sebagai Menteri Besar, yang juga pemimpin Melayu, kita yakin beliau dapat menjangka cadangan dibuat itu ibarat bermain api yang pasti mencetuskan kemarahan dan bantahan dalam kalangan masyarakat Melayu kerana UiTM yang diasaskan pada tahun 1956 bertujuan menjadi wadah memperjuangkan nasib bangsa Melayu bagi menangani masalah kemunduran dan kemiskinan menerusi pendidikan.

Setelah lebih 50 tahun ditubuhkan, tidak siapa boleh menafikan sumbangan besar UiTM dalam mengangkat martabat bangsa dan melahirkan ramai cerdik pandai Melayu, termasuk tokoh korporat dan pemimpin politik yang banyak memainkan peranan menjayakan agenda bangsa, agama dan negara.

Seperti dijangka, berikutan cadangan Abdul Khalid, lebih 5,000 penuntut UiTM berhimpun di Dataran Shah Alam dan berarak menuju ke perkarangan pintu utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi menyatakan bantahan mereka kepada Menteri Besar.

Mujurlah perhimpunan itu berjalan secara aman dan tidak mencetuskan rusuhan yang memburukkan lagi keadaan sehingga membawa kepada penahanan pemimpin pelajar yang mengetuai perarakan. Pelbagai pihak lain termasuk pemimpin Melayu serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bumiputera turut melahirkan kekecewaan mereka dan menuntut Menteri Besar memohon maaf di atas keterlanjuran itu.

Sebenarnya isu supaya UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera sudah beberapa kali dibangkitkan, tetapi bezanya desakan itu sebelum ini datang daripada pemimpin bukan Melayu, dan anehnya kali ini pemimpin Melayu sendiri yang mahukan ia dilaksana.

Kita yakin, bantahan pelbagai pihak khususnya penuntut UiTM sendiri bukan bermakna mereka takut untuk bersaing dengan kaum lain atau menganggap kemasukan mereka menjadi ancaman kepada peluang meraih kecemerlangan.

Kita tidak menafikan malahan cukup bersetuju bahawa dengan adanya pelajar pelbagai kaum dalam sesebuah institusi pendidikan akan menjadikan mereka lebih gigih berusaha seterusnya mewujudkan persaingan sihat memburu kecemerlangan dalam pelajaran. Ia juga mampu mewujudkan interaksi kaum ke arah memperkukuhkan asas perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Bagaimanapun dalam konteks ini, biarlah UiTM terus unggul dengan kecemerlangan pelajar Melayu sebagai bukti kejayaan orang Melayu sejajar dengan prinsip asal penubuhannya. Kita yakin UiTM tidak mungkin menjadi institusi yang meniupkan api perkauman dalam kalangan pelajar Melayu untuk memusuhi kaum lain.

Cadangan Abdul Khalid barangkali berjaya meraih sokongan masyarakat bukan Bumiputera seperti yang diharapkan, lebih-lebih lagi dalam suasana panas pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang bakal menjelang tidak lama lagi. Tetapi hakikatnya, beliau telah mengguriskan perasaan masyarakat Melayu dan menghilangkan keyakinan mereka terhadapnya dalam melindungi kepentingan dan keistimewaan bangsanya sendiri.

Sebelum ini, berikutan desakan kaum bukan Bumiputera untuk mendapat peluang lebih luas di pusat pengajian tinggi kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), akhirnya kerajaan bersetuju memberi peruntukan 10 peratus tempat di Kolej Matrikulasi dan institusi pendidikan di bawah Mara.

Kemudian timbul pula isu pembahagian kuota biasiswa JPA yang menjadi perdebatan hangat apabila kerajaan mengurangkan kuota pelajar Bumiputera daripada 90 peratus kepada 50 peratus. Berikutan itu kuota untuk pelajar bukan Bumiputera melonjak daripada 10 peratus kepada 45 peratus.

Tidak mustahil selepas ini akan ada lagi keistimewaan Melayu yang harus dilepaskan kepada kaum lain sekiranya pemimpin Melayu terus mempolitikkan isu pendidikan sehingga sanggup menggadaikan hak keistimewaan Melayu demi kelangsungan politik mereka.

Kita harus mengambil iktibar daripada semangat permuafakatan dan kesepaduan pemimpin bukan Bumiputera terutama dalam soal pendidikan anak bangsa mereka. Terbukti semangat itu telah menjadi faktor penting mereka maju dan cemerlang dalam pelajaran.

Kita merayu kepada semua pemimpin Melayu, tidak kira sama ada dalam kalangan Umno atau di luar Umno, janganlah terlalu mempolitikkan isu pendidikan sehingga menggadaikan kepentingan dan masa depan anak bangsa kita.

Marilah kita memperteguhkan muafakat dan kurangkan permasalahan dalam soal pendidikan, sebaliknya tampil dengan niat ikhlas untuk membantu meningkat prestasi pelajaran mereka. Jika anak bangsa kita mundur dalam pelajaran, masa depan mereka akan gelap dan tiada jaminan mereka mampu bersaing dengan kaum lain.

Apakah pandangan pembaca tentang isu ini ?

Sumber Berita : Berita Harian Online

Advertisements

4 Responses to Respons Isu: Biarlah UiTM kekal menjadi hak Melayu

  1. ariefdj™ berkata:

    ..bumi putera atau bukan, bukan masalah dalam konteks kesempatan meraih pendidikan..

    Like

  2. amal berkata:

    Since when does God give special rights to a particular race? Since when does God command that Malays must be treated “specially” or that Malays are “superior” than others? As far as I am concerned, God calls for equality, fairness and justice.

    Yet, these thousands of so-called ‘Muslims’ who are supposed to believe that Islam makes it mandatory for all Muslims to oppose injustice, inequality, discrimination, racism, persecution, transgressions and corruption have shown the exact opposite. Yep, these are the ‘Muslims’ who support discrimination, inequality, racism and injustice on this soil they call an Islamic country.

    I don’t know about anyone else… but when someone says I received my scholarship just because I am a Malay and I have ‘special’ privileges, it is an insult to me. Why shouldn’t I be? Was I born with half a brain of a Chinese? Was I born with an arm or leg less than an Indian? Was I born with only a quarter of IQ of a Eurasian/an American? Was I born with double the brains of an Indonesian/Bangladeshi?

    These Malays want to be treated as ‘special people’.. Now, do they really know who ‘special people’ are? ‘Special people’ are those who are born with disabilities. Down syndromes, autistics, those born without hands/legs or some abdomens, blinds and mutes, retards, etc. are ‘special people’ who require special treatment because they deserve it. It seems like these Malays believe that they are ‘special people’…or at least to be liken to those from that category.

    Like

  3. taufik berkata:

    assalamualaikum.. salam ukhwah..harap dapat melawat ke blog sya..

    ****KAM : Wslm…Em insyaAllah…****

    Like

  4. zikirullah berkata:

    Yaa memang betul tidak dinafikan bahawa ALLAH meminta kita supaya berlaku adil kepada semua manusia tidak mengenal agama, budaya atau bangsa.

    Tapi sedarkah saudara, bahawa mereka ini adalah kaum kafir.

    Dalam pemikiran rasional, cuba saudara fikirkan, sewaktu saudara berjalan tiba-tiba saudara dihampiri oleh seorang individu kafir yang meminta derma bagi tabung kebajikan mereka, dan dalam masa yang sama seorang individu MUSLIM datang dan melakukan perkara yang sama.

    Mana satu yang saudara akan pilih, kalau saudara kaya mungkin saudara akan sedekah wang saudara kepada kedua-dua badan amal tersebut, tetapi sekiranya saudara tidak mempunyai wang yang cukup???

    Saudara KU yang amat ku sayangi sekalian, saudara perlu mengetahui MATLAMAT ASAL ITM di tubuhkan. Matlamat dan tujuan utama ITM ditubuhkan adalah untuk menyeimbangkan taraf sosio ekonomi bangsa MELAYU DAN BUMIPUTERA yang ketika itu masih lemah. Maka kerajaan telah melakukan dasar ekonomi baru (DEB) yang menjadi tunjang kepada kemakmuran negara pada masa sekarang.

    Sekiranya impian membuka 10 peratus kepada bangsa luar, maka impian pelajar melayu yang lain untuk menyambung pelajaran di IPTA tidak terlaksana.

    Mengapa kita beria-ia hendak membuka pintu kepada bangsa lain??? Tidak cukupkah IPTA DAN IPTS di MALAYSIA ini sehingga memaksa UITM dikorbankan untuk tuntutan mereka???

    Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, kaum MELAYU DAN BUMIPUTERA hanya memenuhi 35 peratus erolmen pelajar di IPTA. Jumlah tersebut termasuk para pelajar dari UITM sendiri. Selebihnya di kuasai bangsa lain.

    UiTM merupakan UNIVERSITI yang berbeza matlamatnya dengan UNIVERSITI2 yang lain. UiTM diwujudkan bagi membetulkan bangsa MELAYU DAN BUMIPUTERA.

    Saudaraku sekalian, kita telah banyak bertolak ansur kepada kaum lain, tidak cukupkah kita mengorbankan hak kita pada mereka.

    Kita tidak pernah merampas hak mereka, kita cuma mempertahankan hak kita…hak bangsa MELAYU BUMIPUTERA.

    Tak sedarkah saudara, berapa banyak gedung-gedung membeli-belah yang dimiliki oleh bangsa mereka?? berapa banyak banggunan di KUALA LUMPUR yang secara MUTLAKNYA HAK BANGSA MELAYU BUMIPUTERA????

    Ingat saudara, selama 446 tahun kita terjajah, hak kita sebagai kaum peribumi dinafikan oleh penjajah, kekayaan hasil bumi negara kita dicedok semahu-mahunya….

    sEDarlah, usia bangsa kita masih MUDA dan memerlukan banyak pertolongan…….

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: