Saranan Guru Ambil Pelajar Bermasalah Jadi Anak Angkat

Memandangkan masalah disiplin pelajar kini amat membimbangkan semua pihak, hari ini guru disaran mengambil pelajar yang mempunyai masalah disiplin sebagai anak angkat dalam usaha membantu dan mendidik pelajar berkenaan.

Langkah ini disarankan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman, dan beliau yakin pendekatan itu akan dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah.

“Pelajar umpama anak yang perlu diberi didikan, perhatian serta dibantu supaya mereka berasa disayangi, dihormati dan dihargai,” katanya semasa berucap pada majlis sambutan Hari Guru SMK Belara Kuala Terengganu hari ini. Klik di sini.

Beliau berkata, guru sudah diberikan amanah untuk mendidik anak bangsa, oleh itu prosedur yang betul haruslah digunakan untuk menangani setiap masalah pelajar di sekolah.

Mengenai kes jenayah yang membabitkan pelajar sekolah, beliau berharap semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), polis dan masyarakat memainkan peranan masing-masing demi mengelakkan imej pendidikan terus tercemar. “Semua pihak haruslah memikul tanggungjawab untuk mengenal pasti punca kepada masalah tersebut dan berusaha menanganinya,” katanya.

Sebagai seorang guru ana amat bersetuju dengan cadangan dan saranan oleh Tuan Ahmad Razi Abd Rahman itu supaya pelajar2 yang dikenalpasti bermasalah di ambil menjadi anak angkat. Kerana mengikut kajian didapati antara punca pelajar yang bermasalah disekolah, mereka kurangnya perhatian terutama ibubapa. Jadi mereka tidak ada tempat untuk meluahkan segala masalah yang dihadapi sehingga mereka mudah terjebak dengan gejala2 yag tidak sihat.

Apabila guru menjadi bapa @ ibu angkat mereka disekolah, sekurang2nya mereka ada tempat untuk meluahkan segala permasalahan yang dihadapi.

Bagi saya, pelajar2 yang bermasalah kita perlu mendekati mereka bukannya menyisihkan mereka. Mereka perlukan perhatian yang sewajarnya terutama ibubapa dan guru.

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 18 Mei 2008, in ARTIKEL, BICARA INSAN GURU, Isu Semasa, Keluarga dan Masyarakat, Keratan Akbar, PENDIDIKAN. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. Saya cadangkan mereka yang mencadangkan usul ini yang memulakan langkah pertama sebagai ‘role model’.Nak tengok sejauhmana kebersesanannya. Saya ni cikgu gak,masalah di sekolah dah terlalu menyesakkan apatah lagi dengan karenah anak2 sendiri di rumah.Pada saya,persoalan ini tak akan meruncing kalau mak bapak tak lepas tangan dalam menangani masalah anak sendiri.Janganlah nak lepas tangan kat cikgu2 macam tu saja.Saya sendiri pernah bertanya dari hati-ke hati dengan anak2 didik saya akan masalah ini,jawapan mereka senang saja,mak ayah tak ambil kisah sebab mereka sibuk dengan urusan dunia.Jadi cikgu nak kata apa,selain menasihati dan pujuk hati mereka dengan sedikit perhatian dan kasih sayang….itu je yang kami mampu.Selebihnya,mak ayah…….sendiri mau ingat la.Kami nak ajar anak ketam supaya jalan betul tapi mak ayah ketam jalan senget..maka jadilah macam kisah dalam lagu bangau…oh bangau!!!!!

    KAM : Saya bersetuju dgn wanchu…kadang2 ada jugak ibu bapa yang salahkan cikgu sebab anaknya degil..Cikgu jugak dipersalahkan…

  2. saya amat bersetuju dengan cadangan menjadikan pelajar yang bermasalah dan berpotensi dijadikan anak angkat. kenapa kita seorang guru harus cepat putus asa, sekiranya segelintir ibubapa suka melepas tangan terhadap tanggungjawab mereka, kita sebagai guru sepatutnya cuba sedaya mungkin untuk membentuk pelajar tidak kira sifat mereka. kejujuran dan keikhlasan kita yang ingin membantu pelajar sedemikian rupa mungkin dapat mencuit hati pelajar yang bermasalah tersebut insaf dan sedar serta menjadikan mereka insan pemangkin negara yang akan datang. teruskan perjuangan wahai guru-guru. jangan cepat putus asa

    ****KAM : Sifat cepat putus asa seharusnya tidak wujud dalam diri seorang guru. Pelajar yang bermasalah tidak boleh disisih atau diabaikan. Kita hendaklah berusaha untuk membentuk dan mendidik mereka supaya mereka menjadi pelajar yang berdisiplin. Kerana ini adalah tanggungjawab kita sebagai seorang guru. Ana bersetuju dengan pdpt cikgu di atas. Kejujuran dan keikhlasan untuk membantu amat penting….****

  3. knape cari fmily angkat ade salah ker….sume org pon nak amik baby…dewesa punya knape Xnak pula…benci mereka cammi ckp..dah brape kali cube tanye mereka nak amik ank angkat dewesa ker X..mereka pon..pon X nak juge…Xsalah kAN kite nak jdi ank angkat mereka…knape bG mereka tolok pula..knape X bgi kite satu peluang utk sayang@taat mereka…remaje kadang2 pon nak org sayang@tegur punye mah….bG kite 1 peluang susah sgt ker….benci mereka…benci mereka camni wat…tuhan boleh tlg kite ker????

  4. saya mahu tanya…kenapa kah seorang guru itu selalu melihat saya?? menjeling saya?? saya pelajar lelaki dan dia guru lelakai…boleh bagi pendapat tak?

    ****KAM : Em entahla…mungkin ada sesuatu yang menarik perhatiannya….untuk mendapat kepastian, anda harus memberanikan diri bertanya kepadanya…Insyaallah anda akan dapat jawapannya….****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: