Adab-adab Persahabatan Menurut Islam : Kejujuran dan Keikhlasan

Bismillahirrahmanirrahim…

Ini adalah sambungan daripada artikel yang bertarikh 04 Ogos 2008 iaitu Adab-adab Persahabatan Menurut Islam : Harga menghargai.

Di dalam menjalinkan hubungan silatulrahim dan persahabatan, selain sifat harga menghargai, kejujuran juga amat penting kerana sahabat yang paling menguntungkan adalah seorang sahabat yang jujur, suka berterus terang dan tidak menyembunyikan sesuatu dari anda, apatah lagi perkara itu boleh membawa keburukan kepada diri anda.

Dalam Islam memang dituntut setiap orang itu memuliakan saudaranya, lebih dari dirinya sendiri. Begitu jugalah dengan kepentingan diri anda sendiri.

Anda harus mementingkan sahabat anda seperti anda lakukan terhadap diri anda juga. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam hadis Qudsi yang bermaksud :

“Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU.” - Riwayat Ahmad dan Hakim.

Manakala sifat ikhlas pula akan memberikan kesegaran kepada jiwa, ikhlas memberi dan menerima dalam apa jua bentuk pertolongan atau pemberian dari setiap individu muslim itu.

Setiap muslim harus menyemaikan sifat ikhlas itu sejak kecil lagi, kerana keikhlasan itu membuat hati kita gembira dan tenang dalam menghadapi sesuatu keadaan.

Tahukah anda, keran tidak ikhlas jiwa kita akan menjadi rosak dan berdendam, berdendam memang dilarang dalam Islam. Keikhlasan bukan sahaja memberi kesegaran kepada jiwa, tetapi boleh membuatkan anda bertambah taqwa kepada Allah SWT.

Oleh itu, kebersihan hati hanya boleh dicapai dengan iman dan taqwa kepada Allah SWT, dengan secara langsung keikhlasan akan terpancar di jiwa kita. Lakukan sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas, berilah sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas bukan dengan ada sebab lain.

Cuba anda renung dan berfikir sejenak, bertanya dengan diri anda…Adakah anda telah berlaku jujur terhadap sahabat-sahabat anda ? Adakah anda sudah lakukan sepertimana yang dianjurkan oleh syariat Islam ?

Sekiranya anda telah berlaku jujur terhadap sahabat dan rakan anda…Alhamdulillah…Tetapi ada juga sesetengah manusia di dunia ini mereka menjalinkan hubungan silatulrahim dan persahabatan adalah kerana inginkan kebendaan semata-mata. Dan ada juga yang suka memilih bulu dalam persahabatan. Mereka memilih orang-orang tertentu untuk di jadi sahabat supaya mereka mendapat manfaat daripada persahabatan itu, bukannya atas dasar keikhlasan dan kejujuran kerana Allah SWT tetapi bak kata pepatah “ada udang disebalik batu”.

(Bersambung……)

Apa komen anda ?

Kalam Abu Musaddad / 14 Ogos 2008
https://ibnismail.wordpress.com
About these ads

Perihal Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 14 Ogos 2008, in ARTIKEL, BICARA AKHLAK, Motivasi. Bookmark the permalink. 31 Komen.

  1. Bersahabat ikhlas, aku mau menjalin persahabatan ikhlas dengan Sampeyan. Salam dari Indon.

    ****KAM : he..he…Terima kasih pak..Saya pun begitu jugak…Salam jugak dari Malaysia buat sahabat2 di Indonesia…****

    • as wr wb pk abbas mohon penjelasan menjalin persabatan scr ikhas dan kami menhaturkan salam kenal wahyu dri indonesia lebih tepatnya di kota apel malang dsan smg pak abbas di sana slalu dalam lindungan Alloh SWT amin3x

  2. persahabatan atau hubungan adalah sesuatu yang amat rumit semakin kita dekat dengan seseorang maka apabila dikecewakan maka akan semakin rasa benci tertanam dalam dijiwanya..sampe ada pepatah benci dan suka perbedaannya hanya setipis kertas..sehingga byak orang yang pernah dikecewakan tidak memiliki kepercayan yang sangat kepada orang lain dan bersikap melarikan diri defensif terhadp orang lain..dan tidak mau mengetahui dan berdekatan lebih dekat ke orang lain

    ****KAM : Mmg amat rumit menjalin hubungan persahabatan sekiranya persahabatan itu tidak dilandasi dengan ajaran agama. Tetapi sekiranya ia berlandaskan ukhwah Islamiah, maka akan terasa kemanisan dan kecintaan sesama makhluk hasil daripada persahabatan yang tulus ikhlas….****

  3. Khoirun nisa'

    Bagaimana kita bisa menghargai, jujur, ikhlas jikalau sahabat kita sendiri tidak bisa menghargai, jujur & ikhlas kepada kita

    ****KAM : Cuba lakukan sesuatu itu bermula daripada diri kita sendiri…InsyaAllah kawan kita pun akan menghargai, jujur dan ikhlas bersahabat dengan kita..Insyaallah…****

  4. aishah_shams

    orang yang lemah ialah orang yang tidak dapat mencari sahabat..
    dan orang yang lemah daripada itu ialah orang yang tidak menghargai sahabat yang ada…
    Bersahabatlah kerana Allah,nescaya Allah sentiasa melindungi persahabatan itu dan Insya-Allah persahabatan itu berkekalan…
    renung2kanlah dan selamat beramal!!!

  5. saffinanathus shahra

    Assalamu’alaikum bang! saya baru lulus SMK tahun 2009,sekarang saya mendaftar di salah satu universitas kesenian swasta, gimana caranya mencari persahabatan sejati, mengingat pergaulan kampus yang kurang kondusif. saya merasa agak berbeda dengan mereka dalam segi penampilan syariat islam. bagi saya sahabat merupakan yang sangat berpengaruh dalam kehidupan, namun nampaknya begitu sukit mencari orang-orang soleh dalam lingkungan kampus! Mohon carikan solusinya

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt…
    Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.
    Apakah ciri2 sahabat yang baik ?
    Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
    # Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
    # Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
    # Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
    # Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
    # Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
    # Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
    # Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
    # Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
    # Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
    # Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
    # Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; dan
    # Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
    Dipetik daripada : Muslim Diary*****

  6. Assalamualaikum.. Saya nak tanya,bagaimana kita mahu mencari sahabat sejati? dan boleh ke kalau lelaki dan perempuan bersahabat?

    • Waalaikummussalam wbt………Sahabat sejati ialah sahabat yg selalu memberi peringatan kpd kita tentang perintah dan larangan Allah. Mereka juga selalu dekat dgn Allah dgn melakukan perkara2 yg disuruh dan meninggalkan segala larangan Allah. Jika kita bersahabat dgn org spt ini, insyaallah kita juga menjadi insan yg selalu dekat dgn Allah SWT.

      Bersahabat antara lelaki dan perempuan tidaklah salah asalkan mereka menjaga batas2 yg telah digariskan oleh syariat. Contohnya menutup aurat, tidak berdua2an ditempat sunyi dan sebagainya.

      Wallahu a’lam.

  7. saya tidak pernah mempunyai sahabat yang ada ciri2 yang disebut…..
    apa yang saya buat semuanya buruk walaupun saya bantu dia waktu susah…bila saya susah semua lari dari saya…
    bagaimana saya mahu mencari sahabat seperti ciri2 tersebut…

    • ….aku pun belum bisa memberikan yang terbaik pada sahabat sahabatku…, namu setidaknya aku tak ingin menjadi beban untuk mereka…..mudah2an

    • untk mncr seorng shbt yg sjti mmg bkn mudh,,,,,,krn mmg tk mdh d temui,,,mncr seorng shbt yg btl2 baik….umpama mncri permata d timbunan kaca,,,,,

  8. assalamualaikum…
    saya nak bertnya mcm ana kita nak jaga hti sahabat kita sedang kan sahabat kita x penah jga hti kita dan perlu kah kita jga hti sahabat kita 2???

  9. salam…
    sy salin artikel anda di blog sy…
    syafiqaizatmf.wordpress.com

    terima skaih….

    ****KAM : Wslm….em boleh..tapi letak link sbgai kredit untuk blog ini. TQ….****

  10. dalam bersahabat, ga da salahnya kan kita pilih2..jangan sampe salah pilih, tentunya ya kita harus lihat pribadinya, bukan kekurangan ato kelebihannya…bagaimana dia di masyarakat, dengan tetangga maupun di keluarga…karena ga semua orang kan bisa dijadikan sahabat

  11. ass.
    saya igin bertanya….
    saya punya sahabat, tapi saya berlainn kenyakinan dengan dia, saya muslim tp dia nonmuslim. saya benar2 meraskan sifat sahabt sejati ada pada dirinya….
    dengan perbedaan keyakinn ini, apa yang harus saya lakukan ?

  12. Assalamu’alaikum

    Semoga Tuan berada di dalam keadaan sihat sejahtera.

    Subhanallah.

    Saya baru sahaja ketemu blog ini.

    Saya begitu terkesan sekali setelah membaca 2 perisian Tuan. Saya masih dalam proses membaca artikel-artikel yang lain.

    Saya juga mempunyai blog saya. Saya dalam proses menentukan apakah perisian yang patut saya isi.

    Buat masa kini, ianya adalah sebagai diari harian saya, dan juga apakah yang saya sedang rasakan.

    Namun, blog saya ramai juga dibaca oleh para pelajar saya.

    Saya ingin meminta izin, untuk mengambil dan menyalin perisian-perisian yang saya merasakan relevan untuk bacaan dan tatapan para pembaca saya.

    Semoga Tuan tiada halangan dan ilmu-ilmu yang begitu manfaat, dapat dikongsi sama.

    Allahu hafiz.

    al faqir ila Rabbi.

    Zulkifli Mohd Sa’ad

  13. salam..
    saya ade seorang kawan perempuan yg baik dan kami sama2 telah berjanji bahawa hubungan kami hanya sebagai”best friends 4 ever”..oleh sbab itu,sesetengah perkara itu saya akn melebihkan si dia berbanding kwn2 yg lain..dia sentiase mngambil berat tentang saya, dan begitu juga dgn saya…adakah tindakan saya itu salah dan dianggap tidak adil di kalangan kwn2 yg lain..???

  14. assalamualaikum tuan
    terima kasih atas artikel2 tuan
    selamat menruskan menulis

  15. andi setiawan

    shbt itu perlu..bersahabat karena Allah swt.

  16. Salam,

    Mohon bantuan dalam persoalan ini..

    Saya ada seorang sahabat. Sahabat lelaki. Kami bersahabat sejak 5 tahun dahulu. Sepanjang persahabatan tu, ada masa kami bergaduh tapi kemudian berbaik semula. Sepanjang persahabatan itu, saya banyak membantunya tapi saya tidak pernah minta dibalas. Walau bagaimanapun, awal2 persahabatan kami, dia juga tidak pernah lupa menghargai setiap bantuan saya melalui kata-katanya, respon dia di saat saya menghadapi masalah dan kadang2 hadiah yang diberikan. Tapi sejak akhir2 ni, dia seolah2 melupakan semua rutin dia itu. Saya cuba faham dan memujuk hati untuk tidak berkecil hati. Saya cuba yakinkan diri mengenai pentingnya ikhlas dan tidak mengharapkan apa2 dari dia. Cuma bila terlalu kerap dia ‘lupa’ pada saya bila perkara2 penting berlaku dalam hidupnya, saya tertanya2 sama ada dia ikhlas utk bersahabat dengan saya. COntohnya saya pernah bantu dia dalam proses membeli rumah tapi bila dia akhirnya pindah ke rumah baru tu, dia ‘lupa’ hendak beritahu saya dan saya mendapat tahu pun setelah ditanya. Sekarang saya mula terfikir yang dia mungkin tidak mahu persahabatan ini lagi tapi saya tak berani hendak tanya. Soalan saya adakah patut saya teruskan persahabatan ini sedangkan saya sudah mula mempersoalan keikhlasannya dan keikhlasan diri saya. Adakah patut saya undurkan diri dari persahabatan ini supaya saya tidak rasa saya ‘menyesakkan’ sebab itu lah yg saya rasa sekarang. Mohon pendapat…

  17. Saya mempunyai ramai kawan, mmg nampak baik antara sesama tapi yg amat menghairankan saya bila salah seorg kwn itu tiada jer pasti ada jer tajuk yg nak diumpat keatas kwn tadi.saya tak tahu mcmmana nilai persahabatan ini sebenarnya….

  18. Sahabat penyelmat sahabat dari azab Allah….

  19. Rasulullah saw dah ingatkan sahabat yang baik adalah apabila kamu melihat wajahnya kamu teringatkan Allah swt,jika kamu dengar kata-katanya pengetahuan kamu mengenai Islam bertambah dan jika kamu lihat perlakuannya kamu teringat kepada kehidupan akhirat..Apa lagi !…sebaik-baik insan untuk dijadikan sahabat adaah Rasulullah saw…if you folowed Rasulullah saw then Allah swt will loves you..i’m very sorry to say

  20. saya juga’ g’ pernah pux shbt yg bnr” peduli sama saya……………
    mreka slalu tiggalkan saya kalau saya lagi susah……………

  21. assalamualaikum. izikan saya utk share post anda die blog saya. terima kasih :)

  22. assalammualaikum,
    saya nak tanya satu soalan,
    rakan yang baik akan membimbing kita ke syurga ke? atau hanya sekadar peneman hidup ?

  23. dengan adanya persahabatan yang erat maka kita dapat berkongsi apa sja masalah kita hadapi sama-sama uttuk menyelesaikannya baik suka duka bagi mengurangkan beban yang kita pikul itu.

  24. jangan tesalah pilih teman itu tidak baik di takuti membawa keburukan yang tidak sihat,pilihlah teman yang boleh di pecayai akan kejujuranya mahupun budi pekertinya yang baik itu tidak merugikan kita sama sekali kerana boleh memberi kemuliaan pada kita kelak.

  25. macamna agaknya menyelesaikan masalah kawan makan kawan bukankah itu menyakitkan hati?

  1. Pingback: PERSAHABATAN SEJATI DIDASARI KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN | Welcome To Syarif Hidayat's Home Page

  2. Pingback: PERSAHABATAN SEJATI DIDASARI KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN | WE ARE IN FAVOR OF PEACE

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 142 other followers

%d bloggers like this: