Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Semua, Maaf Zahir & Batin

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

raya 1430H

AIDILFITRI. Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat kerana dengan izin dan inayah Allah SWT kita bertemu lagi dengan aidilfitri pada tahun ini. Setelah hampir sebulan kita menjalankan ibadah puasa di bulan tarbiyah penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ini, kini tiba masanya umat Islam menyambut hari kemenangan dan juga hari kebesaran setelah sebulan berperang dan berjihad melawan hawa nafsu. Kegembiraan dan kemeriahan yang dikecapi sekarang ini adalah hadiah dan anugerah daripada Allah SWT kepada hamba-NYA yang beriman dan bertaqwa. Alhamdulillah.

Di kesempatan ini, KAM sekeluarga mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin” kepada semua umat Islam yang mengenali diri ini terutamanya ahli keluarga, warga pendidik SK Tanjong Manis, para sahabat pembaca setia “Kalam Abu Musaddad“, dan rakan-rakan tidak kira di mana anda berada.

Sekiranya ada kalam yang tidak terjaga, janji yang terabaikan, hati yang berprangsangka, sikap yang pernah menyakitkan, terkasar bahasa dalam bicara, termarah tidak pada tempatnya dan apa-apa ajer, KAM mohon jutaan kemaafan daripada anda semua. Selain itu, halalkan segala makan minum KAM selama bersahabat dengan anda.

InsyaAllah kalau tidak ada apa-apa halangan, hari jumaat ini KAM akan bertolak balik kampung. Sambutan aidilfitri pada tahun ini amat bermakna bagi KAM kerana sudah dua tahun tidak beraya aidilfitri bersama keluarga tersayang sejak berhijrah ke bumi Borneo ini. Tambahan pula, insyaAllah pada lebaran ini juga kami akan menyambut kelahiran “orang baru” dalam hidup kami sekeluarga kerana due date isteri saya ialah 19 september ini iaitu sehari sebelum raya. Jadi pada tahun ini, menyambut aidilfitri dan sekaligus menyambut orang baru (baby) yang bakal melihat dunia tidak lama lagi. InsyaAllah.

Di sini juga, KAM mengambil kesempatan untuk mengingati diri KAM dan sahabat-sahabat semua yang ingin pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman tidak kira di sebelah Selatan, Pantai Timur atau di Utara, pandulah dengan berhati-hati dan berhemah. Ingatlah orang tersayang. Jangan terburu-buru apabila memandu. Bertimbang rasa dan bersabar amat penting apabila kita berada di jalanraya. Semoga semuanya selamat ke destinasi yang dituju masing-masing. InsyaAllah.

Akhir kalam, buat pengetahuan para pembaca setia Kalam Abu Musaddad, mulai esok penulisan di blog ini akan bercuti buat sementara waktu. Kalam ini akan mula berbicara kembali setelah KAM pulang ke sini semula pada satu tarikh yang belum ditetapkan. He..he..he…InsyaAllah kalau panjang umur kita berjumpa lagi selepas raya. Sekian.

Tanjong Manis, Sarawak.
Khamis
17 September 2009H / 27 Ramadhan 1430H
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 17 September 2009, in UMUM. Bookmark the permalink. 6 Komen.

  1. selamat hari raya..hati-hati balik kg, mkan mkanan yg berkhasiat..

  2. Siti Fatimah Ahmad

    KEPADA MOHD. ALWI… SAMBUTLAH UCAPAN DARI SAYA. SERANGKAI KATA PENGGANTI DIRI. UNTUK MENYAMBUT HARI BAHAGIA. JARI SEPULUH DI SUSUN JUGA. AGAR KESALAHAN DIAMPUN SEMUA. TANDA IKHLAS PERSAHABATAN KITA. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1 SYAWAL 1430 H. MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN. SALAM KEMESRAAN DARI SARIKEI, SARAWAK.

    #Didoakan semoga selamat sejahtera dan bahagia bersama keluarga di kampung nanti.

  3. salam aidilfirti maaf zahir dan batin..cepat masa meninggalkan kita..rasa sedih pulak ahaksss…

  4. Syawal kini kembali lagi,
    Disambut dengan meriah sekali,
    Pohon kemaafan di Aidilfitri,
    Moga ukhuwah kekal abadi.

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA FAMILY YANG DICINTAI🙂

  5. Assalamualaikum…
    Minal Aidzin Wal Faidzin…
    Taqobalallahu minna wa minkum…
    i’ll be patient to wait for your coming again.. http://bagdemagus.wordpress.com/support-us-jambore-it-by-peniti-2009/
    semoga kita semua bisa kembali memiliki hati yang fitri.. amin ya robbal alamin…

  6. Support us… http://bagdemagus.wordpress.com/support-us-jambore-it-by-peniti-2009/
    demi terciptanya pengenalan mengenai IT dan memajukan IT itu sendiri..
    saya meminta bantuan bapak untuk mendukung kekurangan kami,,, yakni dana.. terima kasih…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: