Berilah Aku Peluang Untuk Hidup

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

bayi 1

KEJAM. Masalah pembuangan bayi semakin menjadi-jadi di negara kita. Hampir setiap hari akhbar tempatan melaporkan kes-kes pembuangan bayi yang tidak berdosa. Bayi ini dibuang di merata-rata tempat seperti di dalam longkang, di tempat pembuangan sampah, di masjid, di tepi surau dan sebagainya.

Akibat keterlanjuran dan terjerumus ke lembah zina yang mengakibatkan mengandung anak luar nikah, demi menutup malu dan takut diketahui umum, maka tanpa belah kesian dan rasa bersalah, bayi-bayi ini dibuang oleh tangan-tangan yang kejam dan zalim seperti membuang sampah di tepi-tepi jalan sahaja dan menjadi makanan dan ratahan anjing-anjing liar, semut dan ulat.

Kalau pada zaman jahiliah dahulu, hanya anak perempuan sahaja dibuang dan di tanam hidup-hidup, tetapi pada zaman yang dikatakan moden dan bertamadun ini, tidak kira sama ada bayi perempuan atau lelaki semuanya akan dibuang. Asalkan dapat menutup aib dan malu diri sendiri. Sedangkan binatang yang tidak mempunyai otak dan fikiran pun tahu menjaga dan menyayangi anaknya. Manusia jenis apakah ini ?

bayi 2

Sekiranya bayi-bayi itu boleh bercakap, pasti mereka akan bertanya kepada ibu dan bapa mereka yang zalim, kenapa aku dibuang begini? Apakah kesalahan aku ? Kamu berdua yang melakukan dosa dan maksiat, kenapa aku pula yang di hukum ? Kalau tidak kerana perbuatan kalian berdua, pasti aku tidak wujud di dunia ini. Di manakah tanggungjawab kamu berdua? Ketika melakukan maksiat, bukan main seronok lagi, apabila engkau mengandung dan melahirkan aku, engkau buang aku di merata-rata tempat seperti sampah busuk yang tiada nilainya. Beginilah nasibku seorang bayi luar nikah. BERILAH AKU PELUANG UNTUK HIDUP SEPERTI BAYI-BAYI YANG LAIN.

Apa yang KAM sering terfikir di fikiran ini adalah begitu mudah bayi ini dilahirkan. Tidak perlu doktor, jururawat dan bidan untuk bersalin. Di dalam tandas pun boleh bersalin. Berbeza sekali dengan apa yang KAM lihat di hospital ketika menemani isteri bersalin beberapa minggu yang lepas. Ada di antara mereka terpaksa membuat pembedahan untuk melahirkan seorang bayi. Manakala ada juga yang bertarung nyawa menahan kesakitan ketika hendak bersalin. Mungkin lain padang, lain belalang.

bayi 3

Mungkin ada benar juga kata seorang jururawat ketika bersembang dengan KAM, beliau berkata, “berdasarkan pengalamannya menjadi bidan, perempuan yang baik-baik memang susah hendak bersalin, terutama mereka yang bersalin anak sulung, tetapi cukup mudah ketika hendak menghembus nafas terakhir (mati), berbanding dengan perempuan zina, mereka amat mudah untuk bersalin tetapi amat payah untuk mati”. KAM terfikir sejenak apabila mendengar kata-kata jururawat tersebut.

Akhir kalam, KAM ingin mengigatkan kepada muda-mudi dan remaja khasnya, berzina dan tindakan membuang bayi adalah merupakan perbuatan jenayah yang amat besar dosanya serta berat hukumannya di sisi Islam. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Israa’ ayat 32 yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat”.

Manakala firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa’ ayat 93 yang bermaksud :

“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar” .

Oleh itu, wahai saudara-saudari, pemuda-pemudi dan para remaja…Fikir-fikirkanlah…

Tanjong Manis, Sarawak.
Jumaat.
16 Oktober 2009 M / 27 Syawal 1430 H.
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 16 Oktober 2009, in BICARA AKHLAK, Isu Semasa. Bookmark the permalink. 39 Komen.

  1. Assalamualaikum…..

    kenapalah sampai begitu sekali..rasanya Malaysia jadi juara pembuangan bayi yg tak berdosa…kebanyakannya orang melayu islam..tak tau lah nak cakap apa….

    • Waalaikummussalam wbt……..Bagi pndpt saya, kehidupan yg tidak mengikut garisan syariat Islamlah yg menyebabkan berlakunya perbuatan terkutuk ini. Kembalilah kpd syariat Allah, insyaallah perkara ini dpt dibendung. Wallahu a’lam.

  2. Siti Fatimah Ahmad

    Assalaamu’alaikum

    Masya Allah… gambar ini betul-betul mengganggu emosi keibuan saya… kesian si comel…. pergi dengan paksa setelah mendesah nafas barang seketika.

  3. siapalah manusia yang sekejam ini.kerana nafsu insan yang tidak berdosa menjadi mangsa!

  4. Ya Allah… kenapa manusia itu kejam???
    tak adakah setitik rasa sanyang pada bayi ini…
    miris dan sakit hati saya sebagai perempuan

    • Anita….saya berpendapat, sekiranya mereka ada rasa sayang walaupun sedikit, pasti mereka tidak membuang dan membunuh bayi yg tidak berdosa itu…..Bertaubatlah manusia….Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang. Wallahu a’lam.

  5. Masya Allah…hancur hati saya bila melihat apa yang jadi ini…ya Allah sedangkan binatang pun sayangkan anak-anaknya…inikan pula manusia yang mempunyai buah fikiran…yang dijadikan…yang diciptakn..
    oleh Allah sebagai makhluk yang paling sempurna dan istimerwa….

  6. inilah derita ank luar nikah…kalau hidup dipandang hina masyarakat,kalau meninggal,dibunuh dalam keadaan yang amat terseksa..sifat mereka lebih teruk dari haiwan!

  7. napa la org2 ni x pndai sdr diri . . bt pa la kmu mau buang 2 baby . . .lau kamu bg d ruma anak yatim ok lg jgn buang2 x tntu pasal,kamu ndak kcian ka sama baby tu,kamu yg bt dosa dia yg tanggung cuba kamu fkr la bgs2 wahai org zalim!!!!!2 la lau pndai BUAT PANDAI TANGGUNG,FHM!

  8. SubahanaAllah..

    Sudah terang keburukan maksiat dan zina.Kenapa remaja2 sekarang masih tak insaf-insaf dengan ape yang ada didepan mata?kepada siapakah masalah ini harus disalahkan?Sesungguhnya dunia sudah tua dan sudah akhir zaman..sedarlah wahai kawan2,ingatlah pada kiamat dan seksaan Allah janjikan.Sekadar memberi pandangan,banyak2kan ceramah2 agama,usah dikejar harta dunia yang kejam.Berpada n bersederhanalah dalam kehidupan didunia.Harta dunia adalah cubaan yang paling besar pada diri manusia.jagalah keluarga kamu dan kesianilah diri kamu..

  9. jahat punya manusia. dah lah berzina,jadi pembunuh pula. ingat dosa .hati binatang kamu yang membuang anak.binatang pun sayang anak oiiii

  10. Kalau tak mau anak2 yg tdk berdosa ni,bagilah insan yg kepinginkan cahaya mata… saya juga sanggup menjaganya jika ada yg sudi nak bagi..

  11. astagfirulah al azim ..ap sudah jadi? ….napa bayi yg jdi mangsa? .dasar ibu yang tdk brtanggungjawab!!!!!…..

  12. bayi lahir atas rasa cinta dan kasihsayang,tapi..! kenapa ibu bayi ini tak berikan rasa kasihsayang yang sama terhadap bayi! kenapa perlu bayi itu dibuang? sedangkan ibu bayi bermula kenal dunia dari bayi juga! kanapa bayi ada dibuang? kenapa bayi tidak ada dicari?!!!

  13. Salam..knp la mereka sanggup buang anak dari darah daging sendiri? tak takut dgn Tuhan ke? binatang pun tau syg kan anak ni lg2 manusia yg ada akal fikiran bleh bfkir dgn waras.

  14. salam…kepada orang yg x berhati perut 2…kenape korang sanggup buat bayi 2 mcm 2
    sedangkan die x berdosa pun..korang x fikir ke masa melahirkan sakit nye mcm mane
    aku nie pun seorang ibu…tapi aku x sekejam korang yg sggup buang bayi yg x berdosa
    korang da buat maksiat.lpas 2 mengandung anak luar nikah…anak 2 korang buang jerk mcm sampah…binatang pun sayangkn anak..aku rasa korang nie bkn manusia..tapi syaitan….

    • Waalaikummussalam wbt….Terima kasih kerana sudi berkunjung ke laman ini. Bayi itu suci dan bersih. Mereka tidak berdosa. Tetapi mereka menanggung penderitaan di atas segala perbuatan jahat manusia. Dalam dunia haiwan tidak ada manusia, tetapi dalam dunia manusia wujudnya haiwan.

      Kepada mereka yg telah terlanjur melakukan perbuatan terkutut itu, bertaubatlah kepada Allah. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. DIA Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan….Wallahu a’lam.

  15. siti noor aznita bt zainal abidin

    apa r nak jdi mannusia skrang……………kurang pendidikan agama.

    • Ya betul tu….Apabila manusia tidak menuruti segala perintah dan larangan agama, maka beginilah jadinya. Oleh itu, pendidikan agama amat penting kerana agamalah menjadi benteng segala kemaksiatan…..Wallahu a’lam.

  16. salam….sdih hti sy mlht c kcil yg x brdosa mnjd mcm bngkai d merata tmpt..huhuhu,klo pun x nk plihara ank e2, jgn lah smpi mmntingkan dri sndri sja.kecian baby 2,fkr la azab Allah swt …

  17. jazakallah,akhi. moga dapat membangkitkan kesedaran kita untuk terus mengislah diri, keluarga dan masyarakat agar kembali kepada Allah, kepada kefahaman yang sahih, iman yang mendalam, dan takwin (pembentukan) yang berterusan.

  18. kejam….teramat kejam…….

  19. knpa la mnusia zmn skarng kejam sgt!!!!!!!!!npa ms bergelobang dgn dosa..mrka mampu senyum…tidak kh mrka terfikir,bila bayi itu dewasa nanti,akan mjadi insn yg berguna..spatut nya mrkharus fikir kesan nya dulu,sblum mlakukn hubungn di luar prkahwinan..np boleh buat,,tapi x boleh tanggung?????layak kh dpanggil manusia mrka yag bgitu???

  20. zalimnye la😦

  21. Ya Allah memang orang tua yang tidak bertanggung jawab atas perbuatannya,,
    kasian bayi mungil ini, semoga saja dia memaafkan kesalahan orang tuanya….amiin…

  22. Ya Allah…x sanggup nak tengok…ape dosa mereka…kejam

  1. Pingback: Seks Bebas Menyebabkan Anak Haram Bercambah « Kalam Abu Musaddad

  2. Pingback: ANAK HARAM BERTAMBAH « Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu

  3. Pingback: Mayat Janin dan Balang Gula-gula « Kalam Abu Musaddad

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: