Program Motivasi dan Bimbingan PMR pada cuti sekolah

Kepada Calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun ini dipelawa mengikuti program motivasi dan bimbingan PMR 2008 pada 19 dan 20 Ogos ini – satu lagi program bersekutu program motivasi dan teknik mendapat markah maksimum dalam peperiksaan kebangsaan anjuran sisipan ADaP dan Tutor, Utusan Malaysia.

Program akan diadakan di Yayasan Pendidikan Cheras, Pusat Rekreasi Cheras Jalan Peel, 55100, Kuala Lumpur bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent (Perempuan) Jalan Peel.

Oleh sebab tempat terhad kepada 60 peserta sahaja, pengambilan akan berdasarkan siapa cepat akan dapat.

Yuran dua hari program sebanyak RM170, dan pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian di http://www.tutor.com.my. Klik di sini untuk PENDAFTARAN.

Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web berkenaan. Yuran boleh dibuat melalui maklumat berikut:

Bank CIMB Nombor akaun 1221-0008187-05-0 atas nama Remarkable Care Sdn Bhd. Bawa salinan slip semasa membuat pendaftaran nanti.

Untuk maklumat lanjut hubungi 019-5713745.

Calon PMR akan ditunjuk ajar dengan teknik menjawab untuk markah maksimum bagi kertas Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains, Sejarah dan Bahasa Malaysia.

_____________________

RINGKASAN PROGRAM

PENGISIAN:

Hari pertama – Motivasi diri, pengurusan masa serta strategi belajar oleh motivator serta penasihat Tutor, Dr. Ismail Zain.

Hari kedua – Bimbingan teknik menjawab soalan bagi mata pelajaran iaitu (PMR – Matematik, Bahasa Inggeris, Sains, Sejarah dan Bahasa Malaysia.

Sumber Berita : Portal Pendidikan Utusan

Tinggalkan komen