Amal Soleh

Bismillahirahmanirahim….

Sesungguhnya amal soleh merupakan satu bentuk aset yang cukup berharga bagi orang-orang yang beriman. Kerana dengan amal soleh inilah yang akan menjadi penentu bagi mereka di alam akhirat.

Amal soleh juga sebagai jambatan dan anak kunci untuk mengetuk pintu syurga Allah SWT. Oleh itu, amatlah beruntung bagi golongan manusia yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk melaksanakan amal soleh.

Allah SWT sentiasa memberi dorongan dan rangsangan kepada hambanya untuk berebut-rebut melakukan kebaikan dan kebajikan kerana Allah SWT sentiasa memerhatikan geraklaku dan perbuatan hambanya. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT di dalam surah at-Taubah ayat : 105

Maksudnya : ” Dan katakanlah wahai Muhammad : ” Beramallah kamu akan segala yang diperintahkan, maka Allah dan Rasulnya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah SWT yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian DIA menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”

Justeru itu, melakukan amal kebajikan adalah merupakan satu tuntutan daripada Allah SWT terhadap hambanya. Amalan kebajikan itu adalah merangkumi setiap perbuatan dan kelakuan yang boleh menghampirkan diri kepada Allah SWT yang mengikut segala panduan dan batasan yang ditentukan oleh syarak.

Perlu kita ketahui, setiap amalan soleh yang dilakukan oleh anak Adam itu mestilah bertepatan dan sealiran dengan 2 syarat utama iaitu :

Pertama : Amalan yang dilakukan itu hendaklah semata-mata ikhlas kerana Allah SWT tanpa ada sebarang perasaan takbur, riak dan ujub kerana semua sifat mazmumah itu akan menghilangkan pahala amalan tersebut.

Kedua : Amalan yang dilakukan itu hendaklah selaras dengan kehendak Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW. Kerana setiap amalan yang dilakukan itu sekiranya tidak mengikut seperti apa yang ditentukan oleh Allah SWT dan Rasulnya akan menyebabkan terbatalnya dan sia-sia bahkan yang diperolehi adalah penat dan lelah sahaja.

Kesimpulannya kita sebagai hamba Allah SWT yang cukup kerdil dan hina ini, maka sepatutnya kita hendaklah sentiasa untuk muhasabah diri kita sama ada kita ini sentiasa melaksanakan perintah Allah atau sebaliknya, sama ada kita sentiasa mengerjakan amal soleh atau tidak. Sama ada kita selalu lalai atau tidak. Sama ada kita sentiasa berada di dalam taat atau maksiat. Oleh itu, letaklah tangan di dada dan pastikan hati kecil kita menjawabnya.

Sekiranya kita sentiasa berada di dalam keredhaan Allah, maka teruskanlah. Tetapi sekiranya kita sudah terlanjur melakukan maksiat, maka bersegeralah bertaubat kepada Allah SWT sebelum nyawa sampai dihujung halkum.

Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 17 Julai 2008, in Bicara Agama, Tazkirah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: