Tips Komunikasi Berkesan

komunikasi.jpgAssalamualaikum wbt…Kalamku berbicara lagi..Kali ini kalam ini membicarakan tentang komunikasi…Ahli teori bidang komunikasi berpendapat bahawa komunikasi adalah proses yang rumit. Tahukah anda apa sebabnya? Kita sering cuba mencapai sesuatu ke arah yang dinamik. Kata2 yang kita ucapkan sering kali hilang begitu sahaja, dan kita sering memikirkan sama ada apa yang kita ucapkan dapat ditafsirkan dengan tepat dan difahami oleh orang lain.

Justeru itu, Kalam ini ingin berkongsi terdapat beberapa tips bagaimana untuk berkomunikasi secara berkesan, antaranya ialah:

1. Sahkan Kewujudan Seseorang

Berkomunikasi dgn cara memberikan perhatian kepada orang yang menjadi teman komunikasi kita. Antara perhatian yang paling besar ialah memandang dan berhadapan dengannya apabila berkomunikasi. Seseorang manusia secara fitrahnya mahu dia tidak disisihkan oleh orang lain.

2. Menyebut Untuk Menyatakan Penghargaan

Sekiranya ada orang yang menanam budi kepada kita, haruslah kita menyebut kebaikan dia kepada dirinya supaya dia merasa budinya @ usahanya dihargai. Ini penting bagi para kepimpinan. Pekerja bawahan akan merasa dihargai apabila kerjanya dipuji oleh ketuanya.

3. Bahasa

Penggunaan bahasa yang bersesuaian adalah amat penting supaya sesuatu komunikasi itu dapat berlaku dengan berkesan. Adalah rugi apabila bahasa yang indah tidak digunakan di dalam komunikasi setiap hari. Gunalah bahasa yang terbaik di dalam komunikasi. Seimbangkan di antara bahasa yang formal dengan bahasa yang tidak formal.

4. Meyakinkan Orang Lain Terhadap Diri Kita

Untuk meyakinkan orang lain terhadap diri kita, perlulah kita membentuk diri menjadi modus operandi @ suri teladan sehingga orang menkagumi dan yakin pada diri kita. Pembentukan akhlak, perangai dan sikap adalah amat penting. Seseorang yang berakhlak baik sebenarnya mempunyai peluang diyakini oleh orang lain.

5. Menghargai Orang Lain

Banyak cara untuk menghargai orang lain. Di antaranya dengan memberi hadiah, kad ucapan, membalas pemberian, mengucapkan tahniah, memuji kejayaan, menunaikan janji dan sebagainya. Dengan menghargai orang lain, anda telah menanam kasih sayang dia terhadap anda. Kepercayaan dia terhadap anda terbina sedikit demi sedikit.

Dengan tips2 yang telah dikongsikan agar dapat memperbaiki cara kita berkomunikasi supaya ianya menjadi lebih berkesan dan dapat meyakinkan orang lain.

WALLAHU A’LAM…

13 Responses to Tips Komunikasi Berkesan

  1. fazli bin bahar berkata:

    tips yg diberi amat berguna kepada setiap umat jika digunakan dengan sebaik mungkin moga kalam ini dapat diteruskan untuk kebaikan bersama assalamualaikum minta maaf jika ada bahasa menyakiti sesiapa…

    ****KAM : InsyaAllah kalam ini sentiasa berbicara selagi termampu…Syukran jazilan kerana sudi berkunjung ke laman ini….****

    Like

  2. sarah berkata:

    bagaimana ya utk menyatakan tidak kepadaa org yg momohon pertolongan kita tanpa buat dia berkecil hati?

    Like

    • Tanpa Nama berkata:

      berterus terang,memberi alasan kenapa..dan pastikan ianya benar.katakan dengan ikhlas,dan meminta maaf kerana tidak dapat membantu.

      Like

  3. Wahida Yaakub berkata:

    En Abu Musaddad!

    Tahniah dan terima kasih atas usaha untuk membantu orang lain…..Tips yang amat berguna , semoga dibaca dan amalkan oleh pengunjung laman ini.

    Teruskan usaha murni. Semoga diberkati ALLAH jua.

    Like

  4. Zulhairri berkata:

    Nasihat yang membantu dan berguna.

    Like

  5. wajib berkata:

    Bagus2………byk yang membantu…..Thnks a lots………

    Like

  6. Tanpa Nama berkata:

    sy ada sifat yg kadang-kadang kurang yakin bilamana berkomunikasi di khayalak ramai.walhal ramai dikalangan kawan2 saya menyatakn sy hebat bila melontarkn hujah @ pendapat.memang sy akui, sy aktif dlm prtndingan debat ala parlimen dan jgk syarahan.malah seringkali diberi tugasan utk mympaikn ucapan sejak sekolah menengah lagi.tetapi ada perasan ragu2 dan kurang keyakinan diri.bagaimana sy mengatasinya???

    Like

  7. Tanpa Nama berkata:

    kalau kita(perempuan) berhadapan dengan lelaki haruskah kita memandang tepat ke arahnya??bkan ker perempuan diharamkan melihat tepat ke arah yang bkn muhrim ekk??:)

    Like

  8. zizah arsh berkata:

    ketika berkomunikasi kita harus bertegur sape dengan orang itu dengan adat melayu kita sendiri dengan cara memberi salam terlebih dahulu sebelum memulakan pembicaraan baik dengan menghadiahkan senyuman yang ikhlas dan menutur kata yang sopan supaya kita di senangi oleh orang tersebut insyallah berkesan.

    Like

  9. Abuya berkata:

    Cara berkomunikasi dan mengambil hati dengan bakal ibu mertua yang tidak merestuai sebuah perhubungan

    Like

  10. […] sempena Ramadhan yang mulia ini, marilah kita bermuhasabah dan memperbaiki diri bermula dari lidah […]

    Like

  11. You really make it seem so easy with your presentation but I find this topic to be really something
    that I think I would never understand. It seems too complicated and very broad for me.
    I’m looking forward for your next post, I’ll
    try to get the hang of it!

    Like

  12. finance berkata:

    I am truly delighted to glance at this web site posts which includes tons of helpful
    facts, thanks for providing these data.

    Like

Tinggalkan komen