Fitna Satu Penghinaan dan Cercaan : Majlis Fatwa Kebangsaan

Assalamualaikum wbt…Lagi isu mengenai fitna, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah bermuzakarah bagi kali ke-81 berpendirian dan berpendapat bahawa Filem Fitna yang diterbitkan oleh seorang anggota parlimen Belanda Geert Wilders merupakan satu penghinaan dan cercaan terhadap maruah dan kesucian ugama dan umat Islam di seluruh dunia.
datuk-shukur.jpgPengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Prof Dato’ Dr Abdul Shukor Hj Husin dalam satu kenyataan berkata jawatankuasa itu menentang sekeras2nya penghinaan dan kebiadaban yang telah dilakukan.
Selain itu, jawatankuasa itu juga menyeru seluruh umat Islam khususnya di Malaysia supaya bersikap matang dan menggunakan pendekatan yang terbaik dalam menghadapi isu ini selain mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan provokasi yang cuba membangkitkan sintemen mengugut kdudukan agama dan umat Islam.Jawatankuasa itu juga menyeru agar seluruh umat Islam khususnya di negara ini supaya menentang filem fitna tersebut dengan cara memulaukan produk dari negara berkenaan.
(Sumber/petikan dari : BERNAMA )
About these ads

Perihal Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 1 April 2008, in Isu Semasa, Keratan Akbar and tagged , , , . Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. sye mmg btl2 bengang dgn cite ni!!!! ntah ape2!!!! ape org yg buat cite ni x de otak ke? dier ni x buat kajian dlu sblm nk wat filem???? x silap sye org tu ahli parlimen kan? mmg ahli parlimen tg bengap nk mati!!!! sye boikot brg negara hampas tu mulai 2 april sehinggalh ahli prlimen tu mntk maaf dn mmg giler2 insaf dgn perbuatn dier!!!!!
    ap nk jadi, jadilah!!!!
    ALLAHHUAKBAR!!!!!!

    YES..GEERT WILDERS NI SALAH SEORG AHLI PRLIMEN BELANDA…BAGUSLA KALAU MACAM TU..SAMA2 KITA BERKEMPEN TUK BOIKOT BARANGAN NEGARA HAMPEH NI..HE HE TKBIR!!! ALLAHU AKBAR !!!

  2. abu syafi el-muchtar

    FITNA: PLOT & JALAN CERITA

    00:00′
    Intro Video ini dimulakan dengan teks terbang ala-ala star wars dengan kata-kata yang begitu sinikal “Many civilizations have vanished from the face of the earth….as they have not adapted to change in human evolution over time”. Seterusnya diikuti pula amaran yang menyatakan bahawa filem ini mengandungi “gambar-gambar yang sangat memeranjatkan” .

    00:30′
    paparan lembaran Al-Quran dibuka dan muncul karikatur Nabi Muhammad S.A.W memakai serban berbentuk bom dengan fiusnya terbakar ciptaan Kurt Westergaad. Selanjutnya filem ini memaparkan 5 potongan ayat daripada Al-Quran dari surah berbeza dan diselang-seli dengan terjemahan oleh Wilders dengan footages murahan tentang “keganasan” orang Islam yang diputar belit.

    00:50′
    Potongan ayat pertama yang dipaparkan ialah daripada surah Al-Anfaal, ayat 60.
    Bagaimanapun, Wilder dengan sengaja mengambil separuh kandungan yang beliau kehendaki sahaja kerana beliau tidak mengambil ayat tersebut secara keseluruhan iaitu :
    “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka…”

    01:14′
    Footages pengeboman bangunan WTC diikuti pengeboman kereta api di Madrid .

    02:09′
    Insert seorang imam berserban memberi ucapan dalam bahasa Inggeris…” What makes Allah happy? Allah is happy when non-Muslims get killed.” digambarkan menyokong keganasan.

    02:12′
    Insert seorang lagi imam berucap dalam bahasa Arab menyeru…”Hancurka n orang kafir dan musyrik, musuh-musuh kamu adalah musuh-mush Allah, Ya Allah…hitung bilangan mereka dan hapuskan kesemuanya dan janganlah tinggalkan mereka walau pun seorang”
    Video ini seperti doa biasa…video imam berucap kabur dan nyata lipsing tidak selari.

    02:26′
    Insert still images Wilder cuba meruntun perasaan sedih penonton dengan tangisan kesakitan mangsa dan simbolik kekejaman melalui gambaran-gambaran darah, lecuran, kerosakan, mayat bergelimpangan peristiwa letupan bom kereta api bawah tanah di London pada Julai 2005.Semua ini diiringi oleh musik latar yang begitu melankolik.

    03:00′
    Potongan ayat kedua yang dipaparkan ialah daripada surah Al-Nisaa’, ayat 56;
    “Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami,
    Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus,
    Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”

    03:30′
    Melalui ayat ini Wilders cuba untuk menyatakan bahawa Islam agama yang anti Yahudi dengan memaparkan eksploitasi ucapan seorang imam berbangsa Arab yang serak-serak basah sambil menggenggam erat sebilah pedang, “Wahai umat Nabi Muhammad s.a.w, akan berkata walaupun seketul batu, wahai orang Islam…ada orang Yahudi bersembunyi di belakang kamu…keluar dan mari kita tetak kepala mereka…dan sesungguhnya kita akan menetak leher mereka (sambil Imam tersebut menghunus pedang dan bersumpah akan memerangi Yahudi). Kata-kata imam tersebut diikuti dengan laungan takbir dan sorakan penyokongnya.

    04:04′
    Scene kedua memaparkan wawancara (dalam bahasa Arab) seorang budak perempuan berbangsa Arab bernama Basmallah. Sayangnya angel kamera hanyalah POV (Point of View) pengacara.

    Pengacara : Siapa nama awak?
    Budak Perempuan : Bashmallah
    Pengacara : Bashmallah, berapa umur awak?
    Budak Perempuan : Tiga setengah tahun
    Pengacara : Awak orang Islam?
    Budak Perempuan : Ya
    Pengacara : Bashmallah, adakah awak kenal orang Yahudi?
    Budak Perempuan : Ya
    Pengacara : Awak suka mereka?
    Budak Perempuan : (Menggeleng kepala)
    Pengacara : Sebab apa awak tak suka mereka?
    Budak Perempuan : Mereka (Yahudi) adalah beruk dan babi
    Pengacara : Mereka (Yahudi) adalah beruk dan babi? Siapa yang kata begitu?
    Budak Perempuan : Allah…dalam Al-Quran.

    04:32′
    Cutaways & inserts keganasan seorang lelaki separuh bogel diseret beramai-ramai untuk menyatakan keganasan umat Islam. Insert still photo kesan letupan kereta api dan bas.

    04:51′
    seterusnya ucapan seorang lelaki Arab berucap ” Yahudi tetap Yahudi..dan mereka
    adalah orang yang mesti kita sembelih”..diikuti dengan paparan orang Islam demonstrasi anti Yahudi.

    04:57′
    Video slow-motion insert kanak-kanak berbangsa Arab memakai pakaian seragam tentera siap bersenjata sedang berkawad. Disokong oleh still photo seorang perempuan memakai burqa’ memegang sepanduk “Be prepared for the real holocaust!” dan sepanduk “God Bless Hitler”.

    05:20′
    Potongan ayat ketiga yang dipaparkan ialah daripada surah Muhammad, ayat 4;
    Sekali lagi Wilder mengambil ayat yang beliau kehendaki sahaja..

    “Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya…”
    Kali ini Wilders ingin menyatakan kekejaman orang Islam-Mohammed Bouyeri yang dikaitkan dengan pembunuhan seorang sutradara filem Belanda, Theo Van Gogh.

    05:39′
    Suara latar rakaman komen Theo Van Gogh sebelum peristiwa pembunuhan beliau dalam bahasa Belanda, insert video beliau sedang berjalan-jalan (slow-motion) ;
    “Don’t you think that someday there will be an idiot who wants to kill you?”
    - “No, I can’t imagine that.
    You believe in the goodness of man?
    - No, not in the goodness of man, but in my own arrogance… and has so much effect…that bullet will not come for me.

    05:49′
    Kemudian insert zoom in lakaran wajah Mohammed Bouyeri dengan suara latar dalam bahasa Belanda dengan terjemahan Inggeris; “Sekiranya aku berpeluang untuk keluar dari penjara dan berpeluang untuk melakukannya sekali lagi, apa yang telah aku lakukan pada 2 November…. Dengan nama Allah, aku akan lakukan perkara yang sama serupa itu”.

    06:12′
    Penunjuk perasaan menyokong pembunuhan Theo Van Gogh dengan sorakan “Ambil pengajaran daripada Theo Van Gogh”…”ambil pengajaran daripada contoh yang kamu boleh lihat”

    06:26′
    Insert seorang lelaki Islam memegang Quran sebelah tangan dan sebelah lagi memegang pisau…gambar close up bilah-bilah pedang berdarah dijulang diikuti keratan akhbar kes pembunuhan Theo Van Gogh

    06:35′
    Footage video ucapan seorang lelaki Islam berbangsa Arab cedokan daripada TV Iqra’, Arab Saudi. “Rumah-rumah dan orang lelaki mesti dibunuh, leher-leher mesti dikerat dan tengkorak mereka mesti dihancurkan. ..Inilah jalan kemenangan”

    06:43′
    Insert video penyembelihan seorang warga Eropah diikuti jeritan kematiannya. ..

    07:04′
    Potongan ayat keempat yang dipaparkan ialah daripada surah An-Nissa’, ayat 89;
    “Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir,
    maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam). Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong”

    07:31′
    Komen seorang lelaki berketurunan Afghanistan tentang Islam;
    “Islam adalah satu agama yang suci. Agama yang terbaik. Sekiranya seorang Muslim murtad ke agama Kristian, dia berhak untuk dihukum mati.

    07:42′
    Komen seorang lelaki berketurunan Arab tentang Islam (gambar kabur);
    “Islam lebih baik daripada agama Yahudi, Kristian, Buddha dan Hindu. Allah hanya menerima Islam sebagai agama anutan dan sesiapa yang mencari mana-mana agama selain Islam…Allah tidak akan menerimanya.

    07:56′
    Insert keratan akhbar tentang kekasaran Islam terhadap golongan murtad.

    08:06′
    Potongan ayat ke-lima yang dipaparkan ialah daripada surah Al-Anfaal, ayat 39;
    “Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. ..” juga sebahagian ayat sahaja yang diambil.

    08:23′
    Ucapan seorang lelaki Iran ;
    “Islam adalah agama yang mahu memerintah dunia…Ianya pernah dilakukan sebelum ini dan pada suatu hari nanti akan kembali memerintah”

    08:35
    Ucapan presiden Iran , Mahmoud Ahmadinejad;
    “Mesej revolusi keislaman adalah secara global dan tidak tertakluk kepada sesuatu tempat dan masa. Tidak dinafikan… dengan kehendak Allah, Islam akan kembali berkuasa. Islam akan menguasai semua puncak gunung di dunia”

    08:53′
    Ucapan seorang lelaki berbangsa Arab…
    “Kita pernah memerintah dunia dahulu, dengan kuasa Allah, satu hari akan datang kita akan kembali memerintah dunia! Akan datang satu hari kita menguasai Amerika. Akan datang satu hari kita akan menguasai Britain dan seluruh dunia!”

    09:06′
    Ucapan seorang lelaki berbangsa Arab.. (fast cut)
    “Allah mengarahkan kita untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia…”

    09:09′
    Ucapan seorang lelaki Islam berbangsa Eropah.. (fast cut)
    “Anda akan menguasai USA !…Anda akan menguasai UK !…Awak akan mengusai Eropah!
    Awak akan mengalahkan mereka semua! Awak akan mencapai kemenangan. Awak akan menguasai Mesir! Kita percaya dengan Allah!”

    09:22′
    Insert video dan still image orang Islam berdemonstrasi menyatakan kebangkitan mereka untuk menguasai dunia.

    09:53′
    Segment Breaker : The Netherlands under the spell of Islam

    bersambung ke bahagian ke dua

    00:00
    Grafik under layer video insert penduduk di Belanda.
    Graf jumlah peningkatan ketara dan luar biasa perkembangan Islam di Belanda dari tahun 1909-1960-1990- 2004. Jumlah
    orang Islam di Eropah sehingga 2007 dianggarkan mencecah 54,000,000 orang.

    00:32′ (10:25′)
    wawancara pandangan seorang lelaki Muslim Belanda
    -”Sekiranya ibu dan kakak saya melakukan zina…saya tetap akan bunuh mereka juga”
    Adakah ini bermaksud awak akan melakukan pengorbanan yang mulia?
    -Ya…semestinya.

    00:44 (11:09′)
    Wawancara pandangan seorang lelaki Muslim berketurunan Arab
    “Di Belanda contohnya, seseorang itu dibenarkan untuk melakukan zina atau mengamalkan homoseksual, tetapi saya tidak tertarik untuk mengikutinya. Ini kerana Islam menetapkan perkara tersebut sebagai satu jenayah”

    00:58′ (12:07′)
    Segment breakers-grafik dan teks “Salam dari Belanda”

    01.10′ (12:17′)
    VO ucapan dalam Bahasa Arab daripada sebuah masjid di Belanda
    “Mereka mengkhianati parti-parti politik dan konsep sejagat seperti liberalisme, demokrasi, sosialisme dan segala yang berkaitan dengannya yang datang dari pemikiran manusia.”

    VO ucapan dalam Bahasa Arab daripada Masjid El Tawheed
    “Allah melarang sekeras-kerasnya seorang lelaki mahupun wanita yang telah berkahwin melakukan zina…dan hukuman mereka ialah direjam dengan batu”

    01:39′ (12:56′)
    Segment Breaker- grafik dan teks Belanda di masa hadapan?
    paparan nasib golongan berikut di bawah kuasa Islam disokong metafora video dan imej yang malang .
    Golongan homoseksual
    kanak-Kanak
    Wanita
    02:22′ (13:18′)
    kompilasi Keratan akhbar Belanda tentang kebangkitan Islam dan Islamophobia diakhiri dengan satu keratan akhbar bertajuk
    “Quran: Lesen untuk Membunuh”

    03:54′ (14:12′)
    Zoom out sebuah A-Quran yang sedang terbuka dan muncul tangan yang menyelak dan terus mengoyak satu muka surat Al-Quran (wild sound Al-Quran dikoyakkan amat jelas dan ditekankan)

    fade out to black screen

    04:08′ (14:20′)
    Muncul teks IN dan OUT dengan kata-kata berikut ;
    Suara yang anda dengar tadi adalah satu muka surat yang telah dibuang daripada “buku telefon”
    Ianya bukan ditujukan kepada saya tetapi kepada orang Islam itu sendiri untuk membuang sendiri ayat-ayat kebencian yang ditulis di dalam Al-Quran.
    Orang Islam perlukan anda untuk membina agama Islam
    tetapi agama Islam itu sendiri tidak pernah membina diri anda.
    Kerajaan bertegas menyatakan bahawa anda menghormati Islam
    tetapi Islam tidak pernah menghormati anda
    Islam mengidamkan untuk memerintah, menakluk dan berusaha untuk menghancurkan tamadun barat kita
    Pada tahun 1945, fahaman Nazi telah dikalahkan di Eropah.
    Pada tahun 1989, fahaman Komunis telah dikalahkan di Eropah.
    Dan sekarang, ideologi Islam mesti dikalahkan
    Hentikan Pengislaman
    Pertahankan kebebasan kita

    04:54′ (15:14′)
    Close up Lembaran buku diselak dan muncul karikatur Nabi Muhammad s.a.w memakai serban berbentuk bom dengan fiusnya terbakar dan berlaku letupan menghancurkan diikuti pancaran kilat mengakhiri scene.
    EFX> Bom jangka berdetik

    05:07′ (15:21′)
    Grafik lembaran Al-Quran ditutup dan….FIN (Tamat)

    05:31′ (15:52′)
    Ending credit

    FITNA : SEKILAS PANDANG

    Fitna sebuah filem pendek 15 minit dihasilkan oleh Geert Wilders bersama Scarlet Pimpernel. “Filem” ini disiarkan pada 27 Mac 2008 di internet melalui halaman web video Liveleak. Fitna versi Belanda telah ditonton seramai 1.6 juta orang dalam masa 2 jam selepas dimuat naik manakala versi Inggeris pula telah ditonton lebih 1.2 juta orang dalam masa 5 jam pertama. Bagaimanapun, video tersebut telah dikeluarkan dua hari selepas itu kerana ugutan pihak-pihak yang tidak dikenali.

    Secara amnya, “Karya” Wilder bukanlah sebuah filem yang sebenar tetapi ia tidak lebih hanyalah sebuah persembahan multimedia murahan hasil cedokan dan kompilasi footage yang sudah lapuk dan boleh didapati di internet. Fitna menjadi sebutan dan isu kerana pengarahnya menterjemah ayat Al-Quran dan mengadun footage tersebut dari kaca mata beliau sendiri yang nyata anti Islam dan sengaja membakar semangat Islamophobia.
    Wilders menyifatkan filem beliau itu sebagai “satu perutusan menggoncang kezaliman yang menjalar dalam Islam” atau “a call to shake off the creeping tyranny of Islamization”

    FITNA : PELAJARAN & PENGAJARAN

    Pelajaran segala sesuatu yang dipelajari atau diajarkan atau ilmu pengetahuan yang diperoleh manakala pengajaran bermaksud peringatan atau pedoman yang diperoleh daripada pelajaran tersebut. Dua ayat Al-Quran yang biasa didengar akan dijadikan tonggak huraian pelajaran dan pengajaran kita seterusnya.

    Pelajaran yang nyata seperti disebut dalam Al-Quran ialah orang Yahudi dan Nasrani ini mereka setiap saat dan ketika akan terus memusuhi dan memerangi orang Islam tanpa henti sehingga hari kiamat. Ini ditegaskan di dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah, ayat 20:

    “Tidak akan reda ke atas kamu orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan mereka.”

    Orang Yahudi dan Nasrani melakukan penentangan mereka terhadap Islam dengan pelan jangka panjang yang terperinci dan usaha ini dilakukan oleh mereka secara berterusan. Matlamat utama mereka ialah untuk menghapuskan agama Islam di muka bumi dan meruntuhkan institusi kenabian sebagai salah satu sumber perundangan dan sistem kehidupan.
    Taktik licik orang Yahudi dan Nasrani ini secara amnya cuba untuk memburukkan keperibadian nabi Muhammad s.a.w dengan pelbagai tohmahan. Sekiranya keperibadian nabi Muhammad s.a.w berjaya dirobek, sudah pasti kredibiliti sunah sebagai rujukan dan tafsiran terhadap al-Quran akan tergugat.

    Usaha memburukkan keperibadian nabi Muhammad s.a.w dan kesucian Islam bukanlah suatu perkara baru. Orang Yahudi dan Nasrani sebenarnya tidak berani memerangi Islam secara berdepan dan terbuka. Mereka hanya melawan Islam secara tersembunyi dan kerja-kerja mereka hanya di belakang tabir… tangan-tangan mereka bijak mengatur watak dan jalan cerita (storyboard) . Plotnya tersusun rapi dan ada crescendo sehingga memukau penonton. Watak-watak “kuda tunggangan” Yahudi dan Nasrani ini muncul dalam pelbagai bentuk dan pendekatan yang selalunya bertopengkan kebebasan, demokrasi, hak kemanusiaan, hak kewanitaan dan seribu satu hak lagi. Mereka menyelinap dan menguasai pemikiran manusia seluruh dunia melalui kekuatan konglomerat media.

    Buktinya….siapa tidak kenal Salman Rushdie, yang mendapat pengiktirafan “Sir” daripada kerajaan Britain dengan novel kontroversinya “The Satanic Versus” pada tahun 1988. Novel jelas mempermain-mainkan kebenaran nabi Muhammad s.a.w sebagai utusan Allah sekali gus menghina kesucian Islam.

    Begitu juga dengan Robert Bruce Spencer, seorang penulis warga Amerika yang aktif menulis tentang jihad dan keganasan Islam. Di dalam bukunya bertajuk The Truth about Muhammad, beliau menyimpulkan sikap orang Islam yang secara amnya berkelakuan bertentangan dengan moral dan fahaman moden. Beliau juga mengaitkan tindakan ekstrem dan keganasan di kalangan orang Islam didorong oleh ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran. Seterusnya beliau turut menggesa kerajaan Amerika supaya memperkenalkan beberapa polisi baru untuk dilaksanakan di antaranya seperti tidak menyokong Islam sebuah agama keamanan dan penggubalan rang undang-undang untuk membuang ideologi Jihad.

    Selain itu, penulis konservatif Amerika Syarikat, Ann Coulter juga tidak kurang ajarnya menghina kesucian agama Islam melalui komen dan tulisan-tulisannya di akhbar dan majalah. Antara nama yang masih panas ketika ini ialah Kurt Westergaard, seorang kartunis berketurunan Belanda yang melukis karikatur Rasulallah s.a.w

    Tidak cukup dengan fitnah di media cetak, orang Yahudi dan Nasrani menyerang Islam melalui saluran media elektronik iaitu filem dan drama bersiri. Visi menjatuhkan Islam melalui media elektronik memang sengaja dirancang dengan penubuhan Hollywood oleh tiga orang pendatang Yahudi iaitu Sam Goldwyn, Jack and Harry Warner dan Louis B. Mayer seawal Thomas Edison sedang sibuk mencipta kamera video bergerak.

    Konglomerat hiburan terbesar dunia ketika ini seperti Walt Disney Company dimiliki oleh seorang Yahudi bernama Michael Eisner (CEO). Begitu juga dengan syarikat pengeluar filem seperti Touchstone Pictures, Hollywood Pictures, Caravan Pictures dan Miramax Films semuanya adalah milik orang Yahudi.

    Maka tidak hairanlah sekiranya dakyah menjatuhkan Islam itu wujud dalam filem dan drama bersiri mereka yang digilai oleh orang Islam itu sendiri dengan alasan “hanya sekadar hiburan”. Filem True Lies (1994), The Siege (1988), Rendition (2007), The Kingdom (2007) dan rancangan siri popular 24 antara sebahagian filem dan drama yang mengaitkan fahaman Islam dan keganasan.
    Musuh-musuh Islam ini percaya dengan peranan media sebagai “agen perubahan” minda dan pemikiran masyarakat. Memang benar…terbukti jelas bahawa mereka mampu untuk memanipulasi kebenaran sesebuah berita untuk kepentingan mereka. REUTERS, American Broadcasting Companies (ABC), Columbia Broadcasting System (CBS), National Broadcasting Company (NBC), dan Cable News Network (CNN) adalah agensi yang menawarkan liputan berita sedunia dan umat Islam bergantung kepada mereka untuk sebaran maklumat akhbar dan TV. Hari ini, dua per tiga daripada TV utama dan pengarah filem di dunia terdiri daripada orang Yahudi.

    Kisah Wilder dengan “filem” Fitna nya bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana sebelum sudah ramai dan banyak hasil karya seperti itu dihasilkan. Antaranya seperti Theo Van Gogh, seorang pengarah filem, produser TV dan pelakon. Beliau memburuk-burukkan Islam melalui kerjaya seni dengan tumpuan kepada penderaan kaum wanita Islam di Eropah. Filem pendeknya Submission (submission adalah maksud literal Islam) (http://www.youtube. com/watch? v=SXGZBs65qMs) jelas mempersendakan Islam dan menjadikan penderaan wanita sebagai kempen provokasinya. Akibat daripada tindakannya itu, beliau akhirnya mati dibunuh pada November 2004.

    Pengajaran yang boleh kita cerap daripada keterangan di atas tadi ialah umat Islam seharusnya matang dan rasional menangani provokasi daripada orang Yahudi dan Nasrani. Islam menggariskan panduan supaya kita bertindak dengan berhikmah dan berbahas dengan baik.

    Semenjak peristiwa pengeboman bangunan WTC, umat Islam seluruh dunia telah diserang hebat dari pelbagai sudut oleh Yahudi dan Nasrani dan mereka berjaya memasukkan terma Islamophobia ke dalam pemikiran masyarakat sedunia seterusnya menjelaskan garisan harmoni antara Islam dan bukan Islam. Kesannya, orang Islam dipandang prejudis di semua tempat, masa dan keadaan …

    Untuk menentang Wilders dan mempertahankan kesucian Islam, kita patut membuat homework terlebih dahulu bagi memahami fakta keseluruhan senario yang berlaku dan kemudian barulah kita akan nampak ruang-ruang untuk bertindak.
    Pertama, kita patut sedar bahawa Geert Wilders ialah seorang ahli politik dan lumrah dunia politik…ahli politik yang berjaya mestilah kreatif membuat “kejutan ala Akademi Fantasia” untuk memancing perhatian pengundi dan seterusnya mengekalkan popularity …dalam erti kata lain, mereka ini mesti menunjukkan yang mereka “always presence” dan peka dengan masalah penyokongnya. Isu bukan jadi topik perbahasan mereka selagi ia boleh mencapai matlamat kerjaya politik yang diidamkan…end justify means.

    Kedua, seterusnya sepanjang 25 tahun ini Wilders dikatakan hampir 40 kali berulang alik ke negara Israel dan pernah membuat perjumpaan peribadi bersama Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon dan Ehut Olmert. Beliau sendiri mengaku mempunyai hubungan baik dengan Mossad. Wilders juga pernah menyuarakan bahawa beliau “jatuh cinta” dengan Israel dan dalam lapan tahun perkhidmatan beliau dalam parlimen Belanda, Wilders bertindak menyokong Israel dan “menyerang” mana-mana kumpulan, pertubuhan dan negara yang menjadi musuh Israel . Ramai yang percaya termasuk di kalangan ahli parlimen Belanda yang Wilders sebenarnya adalah boneka Israel .

    Ketiga, populasi penduduk beragama Islam di Belanda begitu pesat berkembang dan naik secara mendadak. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Central Bureau of Statiscs (CBS) di Belanda, populasi orang Islam sehingga 1 Januari 2004 dianggarkan berjumlah 945,000 (5.8%) daripada jumlah keseluruhan populasi negara Belanda dan angka ini bertambah dua kali ganda pada tahun 1990. Pada tahun 2006, anggaran jumlah orang Islam di Belanda akan mencecah seramai 1 juta orang. Wilders, sebagai seorang ahli politik dan juga boneka Israel , sudah tentu tidak senang dengan perkembangan ini. Beliau pernah menyuarakan perasaannya tentang Islam di Belanda, “take a walk down the street and see where this is going. You no longer feel like you are living in your own country. There is a battle going on and we have to defend ourselves. Before you know it there will be more mosques than churches!”

    Wilders terus bertindak mengecam orang Islam di Belanda supaya mengoyakkan sebahagian kandungan Al-Quran sekiranya mereka ingin tinggal di negara itu kerana baginya Al-Quran hanya mengandungi perkara yang buruk dan pengikut Nabi Muhammad hanya dikenali sebagai pengganas. Usaha Wilders untuk memburukkan Islam membuatkan beliau cuba mengarah “filem” dan hasilnya FITNA…satu manifestasi kebencian terhadap Islam mengikut telunjuk Yahudi.

    Tindakan Geert Wilders dengan filem Fitna nya memang sengaja mengundang kemarahan orang Islam sedunia. Tanpa diberitahu pun Wilders sedar dan sudah menjangkakan respond orang Islam sedunia terhadapnya. Umat Islam patut rasional dan bersikap matang menangani perkara-perkara sebegini. Demonstrasi sebagai bantahan bukanlah satu jalan penyelesaian yang mutlak. Demonstrasi kadangkala boleh bertukar menjadi ganas jika tidak dikawal secara baik dan tindakan ini boleh dimanipulasikan oleh mereka untuk mengatakan bahawa orang Islam sememangnya terbukti ganas. Jangan cepat melatah dan terus membuat tindakan membabi buta…belajar daripada sejarah. Kita patut menanganinya secara hikmah dan melihat perkara ini dari sudut positif.
    Di dalam Al-Quran, Surah Al-Nahl, ayat 25, Allah berfirman;

    “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”

    Daripada potongan ayat di atas, beberapa panduan atau cara dapat dikutip untuk umat Islam menangani dan bertindak balas dengan Geert Wilders dan “filem” Fitna. Pertama, bersikap RECEPTIVE AND NOT AGGRESSIVE. Bukan bermaksud kita menerima penghinaan mereka bulat-bulat tetapi bersikap terbuka untuk berbincang dengan penuh hikmah dan bijaksana. Sewaktu Wilders tidak mendapat kerjasama daripada mana-mana stesen television Belanda untuk menyiarkan “filem” pendeknya, Dutch Muslim Broadcasting Association (NMO) menawarkan untuk menyiarkan “filem” tersebut dalam saluran mereka dengan syarat Wilders bersetuju untuk duduk berdepan dalam satu debat terbuka bersama penganjur selepas tayangan umum. Bagaimanapun Wilders tidak berani menyahut cabaran dan menolak tawaran tersebut. Tindakan NMO sewajarnya dipuji dan patut dicontohi oleh mana-mana organisasi, NGO, institusi mahupun negara Islam yang lain. NMO dalam e-mail nya kepada penulis menyatakan “There was a lot of discussion going on here before the offer was made. The offer was made mainly to pin Geert Wilders down for an interview, but it was not to be. However, we think dialogue is the only way to go forward, even if your enemy is some Muslim basher as Wilders. It seems though that as a result of the upheaval, Muslims have got more resilient and outspoken in this country. We can only hope this effect will last”.

    Sikap receptive (menerima) dengan penuh hikmah dan bijaksana ini begitu “cool” umpama memikat burung tekukur. Kita meletakkan kekuatan media untuk menentang dakyah kotor media mereka. Malangnya, media kita pada hari ini “lesu” dengan roh Islam dan hanya penuh dengan hiburan yang merosakkan.

    Begitu juga usaha besar yang dilakukan oleh sebuah TV stesen Arab Saudi sewaktu dunia Islam gempar dengan karikatur Nabi Muhammad s.a.w ciptaan Kurt Westergaard. Mereka telah menghasilkan tiga buah Public Service Announcement (PSA) untuk edaran dan tayangan percuma ke seluruh stesen TV Islam dunia. Kualiti pembikinan PSA tersebut memang mantap dan patut dipuji kerana ketelitian dari sudut treatment, lighting, angle dan juga mesej. Cutting point nya juga hebat memenuhi ciri-ciri sebuah commercial. Sila rujuk capaian berikut untuk video PSA tersebut ;

    http://www.youtube. com/watch? v=fUWPKxKZZwc
    http://www.youtube. com/watch? v=63dgZUJ3Dcc
    http://www.youtube. com/watch? v=wa22rODcf_ 4

    Seterusnya Islam menggariskan sekiranya kita berpeluang untuk berbahas dengan golongan ini, maka kita hendaklah berbahas dan melontarkan kata-kata dengan cara yang baik. Kata -kata kesat, cercaan dan maki hamun tidak akan menguntungkan dan menyelesaikan masalah. Bahkan, sikap agresif dan terburu-buru kita hanya akan menyebabkan perbalahan yang lebih besar dan mungkin mendedahkan ruang lain kepada musuh untuk menentang kita. Dalam surah Al-Anam ayat 109, Allah berfirman;

    “Dan janganlah kamu mencerca mereka yang mengajak kepada selain Allah nescaya mereka juga akan mencerca Allah dalam keadaan permusuhan tanpa sebarang ilmu

    Pihak berkuasa dan badan-badan, organisasi, NGO mahupun individu yang terlibat haruslah proactive menganjurkan colloquium dan majlis penerangan mengenai ayat-ayat Al-Quran yang diperbincangkan dalam FITNA. Mereka yang terlibat juga boleh mengadakan Road Show Islam & Al-Quran. Tidak ada apa yang kelakarnya untuk mengadakan Road Show Islam & Al-Quran untuk menjelajah setiap pelosok kampung di Malaysia dan juga mungkin seluruh dunia. Jika kita boleh mengusung kereta F1 ke sana ke mari, adakah kita berasa malu atau berasa tidak commercial untuk menjunjung nama Islam dan mengusung Al-Quran di samping mengadakan majlis penerangan untuk semua kaum? Kandungan Road Show tersebut hendaklah bersifat layman dan mempunyai ciri-ciri edutainment untuk orang Islam khususnya dan juga orang bukan Islam amnya sebagai satu dakwah.

    Berfikirlah secara positif, musibah yang diturunkan oleh Allah itu mungkin di sebaliknya tersembunyi nikmat. Peristiwa-peristiwa begini boleh menjadi “turning point” atau “reverse psychology” di kalangan orang bukan Islam. Ia pernah terjadi selepas peristiwa 9/11 di mana berlaku peningkatan mendadak jumlah penganut agama Islam di negara barat. Setelah Islam ditekan dan difitnah dengan pelbagai rupa, mereka yang berfikiran cuba mencari jawapan dan tertanya-tanya tentang kebenaran Islam. Akhirnya ramai di antara mereka ini memeluk agama Islam dengan hidayah Allah.

    Berfikirlah secara lateral, Wilders sudah begitu sifat dan perlakuannya dan apa yang lebih penting lagi ialah tentang pemahaman orang Islam di negara kita sendiri…mungkin sedikit sebanyak ada yang terpengaruh dengan pemikiran Wilders. Kita tidak mahu suatu hari nanti wujud seorang lagi seperti Wilders dari kalangan kita di Malaysia atau negara-negara Islam yang lain. Fikir dan renungkanlah…

    Hanya sebagai pandangan dan pendapat….

    SYUKRAN JAZILAN DAN TERIMA KASIH DI ATAS KESUDIAN PERKONGSIAN PANDANGAN & PENDAPAT TENTANG ISU FITNA INI. KITA TIDAK BOLEH MEMANDANG REMEH TEMEH TERHADAP ISU INI. INI ADALAH SATU PENGHINAAN TERHADAP AL-QURAN KITAB SUCI PENGANGAN KITA. MEREKA (MUSUH2 ALLAH ) INI SENGAJA MEMUTAR BELITKAN FAKTA UNTUK MENJATUHKAN MARUAH ISLAM. ANA PERCAYA MEREKA MENGETAHUI FAKTA YG SEBENARNYA,TAPI MEREKA SENGAJA MELAKUKAN PKR INI UNTUK MEMBERITAHU KPD DUNIA BAHAWA ISLAM ITU ADALAH TERORIS. INILAH AGENDA MEREKA UNTUK MENJATUHKAN ISLAM. SEDANGKAN ISLAM ITU MENGANJUR KEPADA KEDAMAIAN & KESEJAHTERAAN. SELAIN ITU, MEREKA PEJAM RAPAT2 KEDUA BELAH MATA MEREKA DENGAN APA YANG BERLAKU THDP SAUDARA KITA DI PALESTIN DAN IRAQ SEKARANG INI. SIAPA PENGGANAS SEBENARNYA…SEMOGA ALLAH MELAKNATI GOLONGAN INI.
    APA YG PENTING BAGI KITA (UMAT ISLAM) SEKARANG INI ADALAH MEMBERI PENJELASAN & PENERANGAN SERTA MENANGKIS FITNAH2 YG TELAH DILONTARKAN OLEH PUAK YG TDK BERTANGGUNGJAWAB INI TENTANG ISLAM YG SEBENARNYA. DI HARAPKAN PARA ULAMA, PEMERINTAH DAN SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA INI BANGKIT UNTUK MENENTANG & MENJELASKAN ISLAM YG SEBENARNYA. SAMA2 KITA BERDOA AGAR ISLAM TERHINDAR DARI SEGALA FITNAH INI & KEMBALI BERSINAR. ISYAALLAH….TAKBIR!!!! ALLAHU AKBAR !!!!

  3. he likes all the hockey blogs on the web.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 142 other followers

%d bloggers like this: