FITNA : Satu Penghinaan Terhadap Islam

fitna.jpg
Isu penghinaan terhadap Islam, al-Quran dan Nabi Muhammad SAW ini sebenarnya telah berlarutan sejak dahulu lagi. Sebelum filem FITNA, dunia hangat membicarakan tentang sebuah akhbar arus perdana Denmark yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW. Penerbitan karikatur tersebut menyebabkan seluruh masyarakat Islam seluruh dunia membantah tindakan itu.
FITNA merupakan judul filem pendek selama 15 minit yang dihasilkan oleh seorang ahli parlimen Belanda, Geert Wilders yang dikatakan filem tersebut menghina Islam, al-Quran dan Nabi Muhammad SAW dengan memetik beberapa ayat al-Quran dengan imej latar serangan pengganas.Filem 15 minit itu disiarkan dalam satu laman web bermula beberapa hari lepas dan disusuli kemudian penyiaran secara segmen oleh beberapa saluran televisyen Belanda. Penyiaran filem tersebut bakal mencetuskan kemarahan masyarakat Islam seluruh dunia sepertimana yang berlaku semasa penerbitan kartun yang menghina Nabi Muhammad SAW dahulu.Filem tersebut dikatakan memaparkan kenyataan dari beberapa ulama’ dan petikan ayat2 al-Quran yang berlatarkan imej serangan 11 september 2001, serangan kereta api di Sepanyol pada tahun 2004 dan pembunuhan pengarah filem Belanda pada tahun 2004. Kemudian filem tersebut diakhiri dengan karikatur Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan Islam itu dilabelkan sebagai pengganas. Apakah motif sebenar filem seperti ini dihasilkan?? Mesti ada sesuatu yang ingin disampaikan melalui penerbitan filem tersebut.Dengan penyiaran filem seperti ini menyebabkan kemarahan umat Islam. Dilaporkan kerajaan Belanda cuba meredakan kemarahan umat Islam selepas penunjuk perasaan membakar bendera Belanda di Afghanistan dan Pakistan dikatakan telah menyekat laman web YouTube berhubung isu ini.Manakala Wisma Putra pula turut membantah tayangan filem itu. Kenyataan yang dikemukan menyatakan tindakan itu tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam.

mahathir.jpgSelain itu, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad pula mahu umat Islam memulau barangan keluaran Belanda. Jika semua masyarakat Islam berbuat demikian, ia akan memberi impak kepada jualan barangan Belanda. Bilangan 1.3 bilion masyarakat Islam seluruh dunia mampu memberi kesan jika pemulauan itu dilaksanakan.

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 30 Mac 2008, in Isu Semasa and tagged , , . Bookmark the permalink. 7 Komen.

  1. Assalamualaikum. Sewajarnya inilah masa untuk Umat Islam Malaysia, bangun untuk menentang ke’BIADAB’an Belanda dan musuh-musuh Islam ini.

    Pemulauan dan Boikot sepenuhnya barangan dari Israel dan yahudi ini perlu dilakukan secara bersama oleh seluruh Negara Islam yang bernaung dibawah OIC.

    Inilah isu antarabangsa yang menyentuh jiwa kita sebagai yang bergelar Muslim!

    WSLM..SYUKRAN DI ATAS PENDAPAT ANDA.

  2. Kalau boikot bermakna semua perkakasan militari kita kena dibuang…

    Ada kawan yang bertanya kenapa kaum Muslim begitu sensitif dan biasa bertindak melulu. Tapi yang ku tahu, kebanyakan kaum Muslim aman dan tidak keterlaluan.

    Boleh tak kaum Muslim yang aman mengadakan ‘out reach’ dengan secara rasional untuk cuba menyelami sebab-sebab ketakutan kaum bukan Muslim?

  3. Cuba baca petikan dpd Bhrian ni:
    THE HAGUE: Badan perniagaan utama di Belanda mengancam menyaman ahli Parlimen negara itu, Geert Wilders jika perniagaan mereka terjejas berikutan penyiaran filem pendek arahan ahli politik berkenaan yang menggambarkan al-Quran sebagai menggalakkan keganasan.

    “Jika pengguna Muslim memutuskan untuk memulaukan barang keluaran Belanda, ia sudah tentu menjejas eksport negara ini,” kata pengerusi pertubuhan majikan Belanda, Bernard Wientjes kepada akhbar Denmark, Het Financieel Dagblad.

    “Syarikat seperti Shell, Philips dan Unilever memang dikenali sebagai syarikat Belanda.”

    Jom boikot!!!

  4. Yeah!… aku sokong boikot mereka! TAKBIR ALLAHU AKBAR!

    JOMM!! SAMA2 KITA BOIKOT…ALLAHU AKBAR!!

  5. EMILIA ISMAIL

    MARILAH KITA SAMA-SAMA MENEGAKKAN AGAMA ISLAM KITA…ALLAHU AKBAR!!

  6. If we react violently to this (cheap) movie, then Wilders would be very pleased because that is what he wants, to see Muslims act violently and destructively which is about to confirm his opinion that Muslims around the world are nothing but violence!

    So I think all we have to do is to stay calm, yes you can be angry, it is very natural, but please don’t overreact because any excessive reaction from us will only satisfy his ill desire!

  7. syaiful ami bin sidek

    barangan yang memburukkan imej agama,atau mempunyai unsur penghinaan harus dicegah..barangan yang boleh menjamin kesejahteraan atau didikan kpda oengguna boleh dterima..krana kita sesama manusia memerlukan ilmu teknologi untuk mncapai sesuatu..gunakan majlis ASYURA untuk menyelesaikannya..insyaAllah semuanya baik..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: