Kenapa Bunga Raya dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan ?

Bismillahirrahmanirrahim…

Salam ukhwah buat semua pengunjung Kalam Abu Musaddad, semoga kita semua sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah SWT. Hari ini kalam ini ingin berkongsi dengan pengunjung sekalian berkaitan dengan bunga raya (bunga kebangsaan), tahukah anda kenapa bunga raya dipilih sebagai bunga kebanggsaan negara kita ? Bukankah bunga-bunga lain masih banyak dan lebih cantik untuk dipilih ? Kenapa tidak dipilih bunga ros atau bunga matahari dan lain-lain lagi, kenapa ? Cuba anda berfikir sejenak…he he he…

Sempena bulan kemerdekaan ini kalam ini ingin berkongsi info dengan pengunjung budiman berkaitan bunga kebangsaan, ini kerana sepanjang pengamatan penulis, bunga raya tidak lagi popular berbanding bunga-bunga lain. Cuba anda tengok sendiri dihalaman-halaman rumah jiran anda, berapa banyak pokok bunga raya ditanam jika dibandingkan dengan bunga-bunga lain. Pernah penulis bertanya kepada seseorang, kenapa tidak menanam bunga raya ? Katanya saya tidak minat, lagipun bunga raya tidak cantik seperti bunga-bunga lain. Ya…Minat dan citarasa memang berbeza.

Apa yang merisaukan kita adalah generasi akan datang, mungkin mereka tidak lagi mengenali bunga kebangsaan negara kita. Hal ini tidak mustahil akan berlaku sekiranya kita tidak mengambil serius tentang hal ini. Mungkin generasi akan datang datang tidak mengenali sama sekali apa itu bunga raya, kenapa dia dipilih menjadi bunga kebangsaan, apa kepentingannya dan apakah maksud yang tersirat disebalik kemerahan bunga raya itu ?

Bunga Raya atau Hibiscus Rosa dipilih sebagai sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.

Selain itu, bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai “Queen Tropical Flowers” ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan.

Manakala kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. Warna merah pula bermaksud kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa.

Justeru itu, dengan penulisan ringkas ini harapan penulis agar dapat memberi sedikit info yang bermanfaat kepada semua pengunjung kalam ini supaya semangat cintakan negara terus kekal di dalam hati sanubari kita. Akhir kalam..Salam Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia…MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!

Sekiranya pengunjung budiman ingin berkata sesuatu sama ada komen, pendapat dan pandangan…Ya..Silakan taip diruangan komen di bawah ini….Syukran…

KalamAbu Musaddad / 21 Ogos 2008
http://ibnismail.wordpress.com
About these ads

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 21 Ogos 2008, in ARTIKEL, Isu Semasa. Bookmark the permalink. 44 Komen.

  1. apelah.takdapatlah gua masuk dalam folio gua sebab ada nama lu.

  2. oooo…baru tahu..hehe

  3. Dalam kiraan tujul muluk bunga raya…tak beberapa cantik..entah ler

  4. tinus bin osman

    sy cuma nak tahu mengenai logo dan lambang bunga RAYA

  5. hurm.ok la ni.bole masuk folio.ade huraian lain psl bnge raye ni tak?kalau boleh,mane nk carik lgi ea huraian psl bunga raye ni?

  6. betul ap yg d’ktakn…
    kite spatutnye menanm bunga kebgsaan kite utk dijdikn sbgai peringatn…

  7. sy nk tahu maksud bunga raya yg sebetulnya.

  8. saya hendak tahu lima kepentingan pasal bunga raya?

  9. tima kasih sbab bagi info ni.

  10. Terima kasih atas info tsb.

  11. saya nak buat brosher tentang bunga raya.apa lagi maklumat yang boleh saya masukkan

  12. SAYA NAK TAHU APA MAKNA LIMA KELOPAK BUNGA RAYA DAN JUGA ANGGOTA LAIN.

  13. Sy agak keliru dgn salah satu faktor pemilihan bunga raya sbg bunga kebangsaan iaitu bilangan kelopak bunga ini sama dengan bilangan rukun negara sedangkan rukun negara hanya diisytiharkn pd 31 Ogos 1970,iaitu kira2 10 tahun slps bunga raya dipilih..cemana tu?

  14. oh…..cam 2……baru sye tau………emmmm,,,sye agak hairan lh,,,,,knp ramai yg x suke bunga raya ni…….cantik pe…….n lg pun,bunga raya ni banyk kelebihan,betol tak……….skrg,sye jarang tgk bunga raya ni……..ape lg generasi akn dtg……..hrp,kte smua(masyarakat Malaysia) dpt melihat n menilai d sebalik keunikan bunga raya………..semoga bunga raya akan terus menjada bunga kesayang n kebanggaan kte semua………sye suke bunga raya……kalo boleh,,,,sye nk tau lebih banyak lg tentang segala hal yg berkaitan dgn bunga raya ni…………….

  15. yela tu hampa ni macam2 la.owg dh bagi bnyk songeh lak.tkpelah bye

  16. sekarang saya baru tahu mengapa bunga hibiscus rosa dipilih sebagai bunga kebangsaan terima kasih banyak banyak kerana memberi info yang menarik tentang bunga raya ini

  17. ak juga sangat mnyayangi bunga itu aku suka bangat halaman rumahku juga ada klo’ aku igat bunga itu aku pngan cepat2 pulang indonesia

  18. assalamualaikum semua

  19. alhamdulillah dapat sikit pengetahuan………

  20. saya tak faham ape yg dimaksudkan dengan kepelbagaian bunga raya??? dari segi warna? dari segi bentu? dari segi ukuran?

  21. . mkasey ,akhirnya aku dpat jga isi untk buat folio .
    hheee :p

  22. terima kasih atas semua pengetahuan itu sekarang senang skit nk buat kerja nie

  23. wah banyaknya komen

  24. SAYA NAK JADI PERDANA MENTERI YANG TERAKHIR

  25. Iya aku pun na tau tetan bunga raya ni

  26. huraikan tentang bunga raya<3<3<3

  27. kalau diperbanyakkan lagi info bunga raya mesti menarik….

  28. Terima kasih atas maklumat ini.

  29. aufa nur nabila

    lagi2….huhuhu bestnyew…

  30. aufa nur nabila and friends

    huhuhu….kenapa bnyak org yang tak sukew bunga raya yew…..cer cite??

  1. Pingback: Bunga Raya a.k.a Hibiscus Bukan Sekadar Bunga | Blog Yusri

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 860 other followers

%d bloggers like this: