Kenapa Bunga Raya dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan ?

Bismillahirrahmanirrahim…

Salam ukhwah buat semua pengunjung Kalam Abu Musaddad, semoga kita semua sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah SWT. Hari ini kalam ini ingin berkongsi dengan pengunjung sekalian berkaitan dengan bunga raya (bunga kebangsaan), tahukah anda kenapa bunga raya dipilih sebagai bunga kebanggsaan negara kita ? Bukankah bunga-bunga lain masih banyak dan lebih cantik untuk dipilih ? Kenapa tidak dipilih bunga ros atau bunga matahari dan lain-lain lagi, kenapa ? Cuba anda berfikir sejenak…he he he…

Sempena bulan kemerdekaan ini kalam ini ingin berkongsi info dengan pengunjung budiman berkaitan bunga kebangsaan, ini kerana sepanjang pengamatan penulis, bunga raya tidak lagi popular berbanding bunga-bunga lain. Cuba anda tengok sendiri dihalaman-halaman rumah jiran anda, berapa banyak pokok bunga raya ditanam jika dibandingkan dengan bunga-bunga lain. Pernah penulis bertanya kepada seseorang, kenapa tidak menanam bunga raya ? Katanya saya tidak minat, lagipun bunga raya tidak cantik seperti bunga-bunga lain. Ya…Minat dan citarasa memang berbeza.

Apa yang merisaukan kita adalah generasi akan datang, mungkin mereka tidak lagi mengenali bunga kebangsaan negara kita. Hal ini tidak mustahil akan berlaku sekiranya kita tidak mengambil serius tentang hal ini. Mungkin generasi akan datang datang tidak mengenali sama sekali apa itu bunga raya, kenapa dia dipilih menjadi bunga kebangsaan, apa kepentingannya dan apakah maksud yang tersirat disebalik kemerahan bunga raya itu ?

Bunga Raya atau Hibiscus Rosa dipilih sebagai sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.

Selain itu, bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai “Queen Tropical Flowers” ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan.

Manakala kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. Warna merah pula bermaksud kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa.

Justeru itu, dengan penulisan ringkas ini harapan penulis agar dapat memberi sedikit info yang bermanfaat kepada semua pengunjung kalam ini supaya semangat cintakan negara terus kekal di dalam hati sanubari kita. Akhir kalam..Salam Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia…MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!

Sekiranya pengunjung budiman ingin berkata sesuatu sama ada komen, pendapat dan pandangan…Ya..Silakan taip diruangan komen di bawah ini….Syukran…

KalamAbu Musaddad / 21 Ogos 2008
https://ibnismail.wordpress.com
Advertisements

56 Responses to Kenapa Bunga Raya dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan ?

  1. aziem berkata:

    apelah.takdapatlah gua masuk dalam folio gua sebab ada nama lu.

    Like

  2. nor mariah berkata:

    oooo…baru tahu..hehe

    Like

  3. Bikir Perak berkata:

    Dalam kiraan tujul muluk bunga raya…tak beberapa cantik..entah ler

    Like

  4. tinus bin osman berkata:

    sy cuma nak tahu mengenai logo dan lambang bunga RAYA

    Like

  5. siti berkata:

    hurm.ok la ni.bole masuk folio.ade huraian lain psl bnge raye ni tak?kalau boleh,mane nk carik lgi ea huraian psl bunga raye ni?

    Like

  6. nasz berkata:

    betul ap yg d’ktakn…
    kite spatutnye menanm bunga kebgsaan kite utk dijdikn sbgai peringatn…

    Like

  7. Syahida berkata:

    sy nk tahu maksud bunga raya yg sebetulnya.

    Like

  8. APA MAKSUD 5 KELOPOK?

    Like

  9. saya hendak tahu lima kepentingan pasal bunga raya?

    Like

  10. sofia berkata:

    tima kasih sbab bagi info ni.

    Like

  11. Ani berkata:

    Terima kasih atas info tsb.

    Like

  12. puteri berkata:

    saya nak buat brosher tentang bunga raya.apa lagi maklumat yang boleh saya masukkan

    Like

  13. RAHIM berkata:

    SAYA NAK TAHU APA MAKNA LIMA KELOPAK BUNGA RAYA DAN JUGA ANGGOTA LAIN.

    Like

  14. Ingin tahu berkata:

    Sy agak keliru dgn salah satu faktor pemilihan bunga raya sbg bunga kebangsaan iaitu bilangan kelopak bunga ini sama dengan bilangan rukun negara sedangkan rukun negara hanya diisytiharkn pd 31 Ogos 1970,iaitu kira2 10 tahun slps bunga raya dipilih..cemana tu?

    Like

  15. adawiyah berkata:

    oh…..cam 2……baru sye tau………emmmm,,,sye agak hairan lh,,,,,knp ramai yg x suke bunga raya ni…….cantik pe…….n lg pun,bunga raya ni banyk kelebihan,betol tak……….skrg,sye jarang tgk bunga raya ni……..ape lg generasi akn dtg……..hrp,kte smua(masyarakat Malaysia) dpt melihat n menilai d sebalik keunikan bunga raya………..semoga bunga raya akan terus menjada bunga kesayang n kebanggaan kte semua………sye suke bunga raya……kalo boleh,,,,sye nk tau lebih banyak lg tentang segala hal yg berkaitan dgn bunga raya ni…………….

    Like

  16. elnyz berkata:

    yela tu hampa ni macam2 la.owg dh bagi bnyk songeh lak.tkpelah bye

    Like

  17. sekarang saya baru tahu mengapa bunga hibiscus rosa dipilih sebagai bunga kebangsaan terima kasih banyak banyak kerana memberi info yang menarik tentang bunga raya ini

    Like

  18. Uswah berkata:

    ak juga sangat mnyayangi bunga itu aku suka bangat halaman rumahku juga ada klo’ aku igat bunga itu aku pngan cepat2 pulang indonesia

    Like

  19. fitri berkata:

    assalamualaikum semua

    Like

  20. aza nufa berkata:

    alhamdulillah dapat sikit pengetahuan………

    Like

  21. Tanpa Nama berkata:

    saya tak faham ape yg dimaksudkan dengan kepelbagaian bunga raya??? dari segi warna? dari segi bentu? dari segi ukuran?

    Like

  22. Eiyna berkata:

    . mkasey ,akhirnya aku dpat jga isi untk buat folio .
    hheee :p

    Like

  23. aisyah berkata:

    terima kasih atas semua pengetahuan itu sekarang senang skit nk buat kerja nie

    Like

  24. Tanpa Nama berkata:

    wah banyaknya komen

    Like

  25. Tanpa Nama berkata:

    SAYA NAK JADI PERDANA MENTERI YANG TERAKHIR

    Like

  26. haslinda berkata:

    Iya aku pun na tau tetan bunga raya ni

    Like

  27. nisanthini berkata:

    huraikan tentang bunga raya<3<3<3

    Like

  28. Tanpa Nama berkata:

    kalau diperbanyakkan lagi info bunga raya mesti menarik….

    Like

  29. cheguman berkata:

    Terima kasih atas maklumat ini.

    Like

  30. aufa nur nabila berkata:

    lagi2….huhuhu bestnyew…

    Like

  31. aufa nur nabila and friends berkata:

    huhuhu….kenapa bnyak org yang tak sukew bunga raya yew…..cer cite??

    Like

  32. mat berkata:

    Hmmmmmmm

    Like

  33. yana berkata:

    assalamualaikum, saya tengah mencari artikel berkenaan dengan sifat tidak menghormati identiti negara, salah satu nya bunga raya. boleh bantu tak?

    Like

  34. Muhd Iqmal berkata:

    assalamualaikum, mengapakah bungaraya digunakan dalam urusan rasmi?

    Like

    • SYASYA berkata:

      hei balas la bukak la internet nak try chating ngan hang …….tengok nama dah tau hang hensem kan
      rasa macam dah suka dekat you iqmal……

      Like

  35. SYASYA berkata:

    MANA NAK TAU . CARI DALAM INTERNET. TEKNOLOGI KOTTTTT.KITA ZAMAN MODEN.DAH AAA…
    SAMBUNG NANTI . AAA.
    BYE
    .

    Like

  36. masselindahwati berkata:

    Bunga raya kebangsaan kita , terdapat banyak bunga raya ialah king kakalua,bunga raya peper’s ping,berbagai macam macam bunga raya yang cantik
    Nama saya : masselindahwati binti bahrim
    Nama mama saya :: maslenah binti aini
    Kelas. ::: 5mutiara
    Nama sekolah saya :::: sekolah kebangsaan sungai bedaun wilayah persekutuan labuan malaysia

    Like

  37. Tanpa Nama berkata:

    siapa yg memberi nama yg bunga raya sebagai rukun Negara erk

    Like

  38. Tanpa Nama berkata:

    I

    Like

  39. Tanpa Nama berkata:

    wow cantik bunga raya ny…..

    Like

  40. Tanpa Nama berkata:

    ty6ry

    Like

  41. Awien berkata:

    Kenapa is dipilih?tak faham lahh😂

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: