Kenali Ajaran Sesat…

Bismillahirrahmanirrahim…

Sebelum ini kalam ini pernah membicarakan tentang kesan-kesan ajaran sesat terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

Emm..Ketika makan malam tadi bersama kawan-kawan di warung Pak Wardut, ada seorang hamba Allah bertanya tentang ajaran sesat..Beliau bertanya, “ustaz…bagaimana kita nak mengenali sesuatu ajaran itu sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar ?, Kalau kita lihat mereka yang terlibat dengan ajaran sesat bukannya dari orang sebarangan, mereka adalah orang yang kuat dan tinggi ilmu agamanya. Malah golongan profesional pun ada yang tersesat dan terpengaruh”… Inilah soalan yang ditanya kepada saya…

Jadi…Apakah sebenarnya yang dikatakan sesuatu ajaran itu sesat dan menyeleweng itu ? Ajaran sesat sebenarnya merujuk kepada ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan ia bercanggah dengan isi kandungan al-Quran dan sunnah.

Untuk mengenali sesuatu ajaran itu sesat dan menyeleweng, menurut seorang Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dilaman blog persatuan tersebut http://peguamsyarie.blogspot.com/ ia mempunyai beberapa ciri perlu kita fahami antaranya:

  • Mencemarkan kesucian al-Quran dan hadis seperti memansuhkan, mengubah, mempertikai atau membuat satu tafsiran menyeleweng terhadap al-Quran dan hadis. Contohnya mengatakan bahawa ayat al-Quran mengenai sembahyang tidak ada dan telah dimansuhkan. Atau mengatakan bahawa Nabi Muhamad adalah bukan seorang yang terpuji, bukan Nabi terakhir dan ada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad.
  • Mengubah prinsip asas dalam akidah Islam seperti ajaran yang menggabungkan Islam dengan agama lain sehingga menjadi satu ajaran yang sangat pelik dan terasing. Atau mengatakan semua agama tidak berbeza dan sama taraf serta datang dari Tuhan yang sama.
  • Memuja dan mendewakan ketua ajaran sehingga ke tahap mengatakan ketuanya suci dari dosa, menjadi Nabi, menjadi jelmaan Tuhan di dunia ini dan boleh mencipta dan membuat mukjizat seperti Nabi terdahulu. Apabila sampai ke tahap memuja, pengikut akan berusaha melakukan segala perkara untuk ketuanya sehingga kepada memberikan keseluruhan harta, mencium kaki, meminum air basuhan kaki pemimpin, meminta syafaat dari pemimpin serta pelbagai perkara yang tidak ada dalam ajaran Nabi Muhammad.
  • Menolak perkara yang mutlak (qat’ie) dalam Islam. Contohnya mengatakan berkahwin secara batin tanpa saksi adalah sah, ketua ajaran dan pengikutnya boleh berkahwin dengan seberapa ramai yang dikehendaki. Ketua dan ahlinya sudah bebas dari hukum-hakam agama dan tidak perlu mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya. Atau pun mengajarkan bahawa solat tidak perlu mengerjakan dengan perbuatan, sebaliknya memadai dilakukan dengan niat sahaja.
  • Mengubah konsep pahala dan dosa seperti memberi kuasa pengampunan dosa kepada ketua ajaran. Ketua boleh memberi pahala dan menjamin pengikutnya masuk ke syurga atau pun semua yang mengikutnya tidak akan dihisab amalannya di akhirat kelak.
  • Mendakwa boleh melakukan sesuatu yang pelik yang bersangkutan dengan perkara ghaib. Contohnya ketua ajaran mengatakan dia boleh bercakap dengan Tuhan, boleh memanggil roh simati termasuklah boleh berinteraksi dengan Nabi, Malaikat atau pun mengatakan syaitan tidak berani menggodanya kerana maqamnya terlalu tinggi dan sebagainya.
  • Mendewakan sesuatu yang lain selain Allah atau mensyirikkan Allah dengan sesuatu sembahan yang lain. Ini termasuklah meminta bantuan bukan daripada Allah tetapi menyeru nama-nama jin, makhluk halus dan sebagainya.
  • Menolak hadis Nabi serta membenci semua yang diriwayatkan dari Nabi Muhammad SAW.

Justeru itu, apabila sesuatu ajaran itu bertentangan dengan prinsip asas Islam, maka setiap yang beriman perlu menjauhinya dan berusaha menyelamatkan orang lain daripada terpengaruh dengan ajaran sebegini.

Apa pandangan anda ?

Kalam Abu Musaddad / 07 Ogos 2008

Advertisements

5 Responses to Kenali Ajaran Sesat…

  1. Achmad Sholeh berkata:

    Dalam beragama kita harus selalu berhati-hati, sekecil apapun penyelewengan dari ajaran Qur’an dan Sunnah nabi adalah sesat dan menyesatkan untuk itu harus kita jauhi atau hindari, trimakasih telah mampir di blog saya semoga silaturrahmi tetap terjalin ….salam sejahtera dan sukses menyertai kita

    KAM : Saya sangat setuju dengan pendapat saudara Achmad,
    di mana Rasulullah SAW telah bersabda :

    “Telah aku tinggalkan bagi kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya jika kamu berpegang teguh atau berpandukan kepada keduanya iaitu al-Quran dan sunnah Rasulnya.”

    Mudah-mudahan al-Quran dan sunnah Rasul menjadi panduan hidup kita…

    Like

  2. sapimoto berkata:

    Kajian yang sangat berat bagi saya, semoga berguna bagi banyak kalangan yang membutuhkan…

    KAM : Insya Allah…

    Like

  3. sitijenang berkata:

    mungkin ada baiknya Anda jabarkan dulu apa yg dimaksud dengan Islam. setelah itu barulah dibedakan antara Islam dan bukan Islam.

    KAM : Saya sangat setuju dengan pendapat saudara…Syukran kerana sudi bertamu di laman Kalam Abu Musaddad…Mudah-mudahan semuanya sucses…

    Like

  4. danial berkata:

    ye kita tahu tiada selepas nabi muhammad saw..tp adakah percaya kewujudan imam mahdi???msti tiada seorang percaya??sedangkan tiada siapa tahu?kalam!!saya nk tanya adakah kamu sendiri percaya @ karut.tp percaya atas kepercayaan ajarn islam..TAPI adakah KAMU TAHU yang sebenarnya??kenalkah kamu??kenapa mudah meletakkn hukum dgn senang2..bukan kah itu fitnah??walau seset mana pun,kita hanya hamba ALLAH..atas sifat yang lemah tiada berdaya.jadi tiada sempurna walaupun ulamak!!tidak kira ustaz mahupun sesiapa,kenal lah dulu siapa kita nk letakkan hukum!fikirlah dulu………………

    KAM : Syukran jazilan saya ucapkan kepada saudara danieal kerana sudi bertamu di laman yang sederhana ini…Mudah-mudahan apa yang terkandung di laman ini boleh dimanfaatkan…

    Emm berkaitan soalan saudara itu, terlebih dahulu saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak menuduh, apatah lagi nak fitnah seseorang. Dan saya juga tidak menghukum sesiapa pun sama ada dia sesat atau tidak. Artikel di atas adalah cuma membincangkan bagaimana untuk mengenali sesuatu ajaran itu sesat atau tidak, dan di samping itu juga saya sertakan ciri-cirinya agar kita dapat membezakan antara yang benar atau sebaliknya.

    Ya..Memang kita hamba Allah yang lemah lagi dhaif, sekiranya kita mengetahui sesuatu ajaran itu telah menyeleweng dan sesat dari ajaran yang sebenar, adakah kita biarkan diri kita berterusan begitu tanpa ada usaha untuk menghindarinya ??

    Percayalah…Selagimana kita berpegan teguh dengan ajaran al-Quran dan hadis Rasulullah SAW kita tidak akan tersesat…Insya Allah…Saya harap saudara danieal berpuas hati dengan penjelasan saya ini..Wallahu A’lam…

    Like

  5. ariefdj™ berkata:

    Untuk mengenali-nya secara singkat, apakah merupakan ajaran sesat, kenali dulu berdasarkan konsep Rukun Iman dan Rukun Islam.

    ****KAM : he..he..he..Ya betul Pak..saya sangat setuju…Ma kasih ya sudi mampir…nanti mampir lagi ya..kih..kih…****

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: