Apabila Remaja Ketandusan Adab Sopan dan Nilai-Nilai Murni

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt…

Adab sopan ialah tingkah laku serta tutur kata yang halus. Setiap muslim hendaklah menjaga adab sopan yang telah ditetapkan supaya kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat dapat dijaminkan.

Adab sopan dapat membezakan di antara manusia dengan haiwan. Penyair arab ada berkata : “Ketinggian umat bergantung kepada ketinggian akhlak dan adab sopannya. Sebaliknya jika akhlak umat itu runtuh maka runtuhlah umat tersebut.”

Dalam kehidupan seorang muslim, ia perlu memelihara adab sopan, akhlak dan nilai-nilai murni, sama ada ketika berada di rumah, di sekolah, atau di mana-mana sahaja.

Di rumah, kita merupakan anak dan saudara kepada adik-beradik yang lain. Dalam keadaan ini kita hendaklah patuhdan hormat kepada ibu, ayah dan orang yang lebih tua daripada kita.

Tetapi apa yang berlaku di dalam sebuah keluarga, ada anak-anak yang tidak patuh dan hormat kepada ibu, ayah serta orang-orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka berani melawan cakap ibu dan ayah ketika mereka memberi nasihat dan teguran yang membina.

Sedarkah anda bahawa perbuatan tersebut merupakan perbuatan menderhakai ibu bapa ? Apakah akibat dan kesannya kepada orang yang menderhakai ibu bapa ? Begitu juga ketika bersama-sama dengan adik-beradik yang lain. Kadang-kadang kita bertengkar dan bercakap dengan suara yang tinggi tanpa merasa malu kepada ayah dan ibu serta jiran. KIta tidak menghiraukan lagi adab sopan dan hak orang lain.

Manakala di sekolah pula, kita sentiasa berhadapan dengan guru-guru serta rakan-rakan. Guru telah banyak mengajar, mendidik dan membimbing kita ke arah kejayaan. Mereka sepatutnya dihormati dan disayangi oleh setiap pelajar.

Tetapi hari ini, apa yang berlaku ? Ada sesetengah pelajar yang tidak menghormati guru. Mereka menjadi sombong, mereka berani melawan cakap guru, menyakiti hati dan memukul guru.

Tingkah laku mereka ini bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan nilai kemaanusiaan. Akibatnya ilmu yang mereka perolehi tidak mendapat berkat. Lantaran mereka menjadi pelajar yang rugi, gagal menghadapi peperiksaan.

Justeru itu, sekiranya mereka tidak mengubah sikap dan tingkah laku tersebut, PERCAYALAH !! Mereka akan menjadi pelajar yang bermasalah di sepanjang persekolahan. Mereka akan disisih daripada rakan-rakan serta dikenakan tindakan disiplin seperti dirotan atau dibuang sekolah.

WALLAHU A’LAM…

Apa pandangan anda tentang tingkah laku remaja sekarang ?

Kalam Abu Musaddad / 11 Oktober 2008
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 11 Oktober 2008, in BICARA AKHLAK. Bookmark the permalink. 5 Komen.

  1. Assalamualaikum…
    banyak sekali remaja yang kurang memperhatikan lingkungan sekitarnya sehingga mudah terpengaruh olehnya… oleh karena itu, remaja sekarang haruslah di idik untuk bergaul..

    ****KAM : Wslm…Ya mmg betul..itu adalah salah satu faktornya…****

  2. Yap, mereka perlu contoh nyata; ya dari kita yang buakn remaja lagi. Sekadar renungan: kenakalan remaja itu kecil, yang bahaya kenakalan orang tua he he

    ****KAM : Wahhh…Saya setuju sekali dengan pdpt pak ersis…he he he…kenakalan orang tua emangnya bahaya kok…Tapi tak tahulah kot2 ada pnpdt lain lagi…sila bagi pendapat anda…he he he…****

  3. Assalamualaikum cikgu, lama Kak Aida tak jengok blog ni. Memang takut tengok kelakuan remaja skrg ni. tapi bila perhatikan mereka, kesian jugak, kerana mereka ni sebenarnya terbiar oleh keluarga. Ibubapa memainkan peranan yang penting dlm mendidik anak2. jgnlah kerana kesibukan mencari rezeki, tanggungjawab mendidik diabaikan. ada sekali tu Kak Aida jumpa budak sekolah rendah dah hisap rokok dan minum arak. Kak Aida takutlah…. dlm hati berkata, anak siapalah nie. kalau aku bela, jadi tak macam tu…. ) sedih tengokkan keadaannya. bagaimana makannya, tempat tinggalnya, belanja sekolahnya…. adik2 nya yg lain macamana…. mana pergi mak ayahnya. semuanya tu membuat kita rasa ‘sakit’ tengok. tak ada ke badan2 tertentu yang dapat menyelesaikan masalah ni? habislah orang kita nanti ! Selamat ke generasi kita akan datang nanti bila dah dikelilingi org2 macam nie. minta jauhkan !

  4. Na’udzubillah…
    Saya dulu mengalami hal yang seperti itu.
    Menyia-nyiakan waktu dan tidak melaksanakan amanah dari orang tua.

    Alhamdulillah sekarang mulai sadar, dan semakin giat untuk belajar agama😀

    Ya, generasi muda yang terbaik insyaAllah adalah generasi Rabbani.

  1. Pingback: Tazkirah Jumaat: Adab Sopan Kini.. Sama, Kurang atau Lebih? « On Da Street

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: