Adakah Solat Itu Mudah Untuk Dikerjakan?

Bismillahirrahmanirrahim…

Solat dalam Islam tidak membebankan keupayaan semulajadi manusia. Malah merupakan satu amalan yang digemari. Selain dari ibadah menyembah Tuhan, solat juga mempunyai rahsia-rahsia yang tersembunyi untuk kesihatan seorang individu itu.

Solat dalam Islam merupkan mahkota orang-orang muslim, solat adalah ikatan yang terkuat antara hamba dengan Tuhannya. Mengerjakan solat lima waktu sehari semalam akan mendamaikan hati dan ketenangan akan tercapai dengan solat yang khusyuk.

Oleh itu, tidak perlu dipertikaikan lagi mengapa solat itu diwajibkan dalam Islam. Dengan mengerjakan solat setiap muslim itu akan dapat mendekatkan dirinya pada Tuhan, bermohon dan bersyukur dengan apa yang Tuhan kurniakan kepada hamba-hambanya.

Solat boleh memberi beberapa manfaat kepada orang yang mengerjakannya. Antaranya ialah :

  • Membiasakan diri mengamalkan kebersihan
  • Melatih daya memusatkan fikiran
  • Melatih menenangkan fikiran
  • Melatih diri ke arah menghargai waktu.
  • Melatih diri untuk membuat sesuatu yang tepat.
  • Solat berjamaah boleh menanamkan rasa muhibbah antara sesama insan.
  • Memberi kerehatan saraf.
  • Memberi pengakuan terhadap Maha Pencipta dan mengabdikan diri terhadap Allah SWT.

Solat adalah ibadah yang mudah untuk dikerjakan, ia tidak membebankan sama sekali bagi muslim yang ingin mengerjakannya.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah, ayat 286 yang bermaksud :

Allah tidak memberati seseorang itu melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia akan mendapat pahala dengan apa yang diusahakannya. Dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”

Dalam dunia moden hari ini, setiap orang mempunyai tugas yang tertentu, yang mana kadangkala menimbulkan kesukaran untuk seseorang itu menunaikan solat yang tepat pada waktunya.

Walaupun solat di awal waktu itu lebih afdhal tetapi kerana hal-hal tertentu menyebabkan seseorang itu terlewat mengerjakan solat. Hal ini terjadi mungkin disebabkan sesuatu urusan yang penting dalam pekerjaan. Dlam kesibukan-kesibukan tertentu, Islam tidak pula menghalang kepada perkembangan zaman moden, kerana tugas ibadah itu boleh dilakukan dengan mudah iaitu :

  • Anda boleh solat dengan pakaian yang ada pada badan anda, asalkan bersih dan menutup aurat.
  • Anda boleh melakukan solat di mana-mana penjuru bilik yang bersih dan tidak ada najis, asalkan tentu arah kiblatnya.
  • Wudud (air sembahyang) juga boleh diambil di mana-mana kerana air tidak menjadi masalah dalam dunia moden sekarang ini. Di mana-mana ada paip air.
  • Jika anda menghadapi masalah tentukan arah kiblat, anda boleh berpandukan arah matahari terbenam. Tetapi jika anda berada ditengah-tengah hutan dan tempat-tempat yang gelap, anda boleh menentukan arah mana kiblat yang anda fikir sesuai dengan yakin.
  • Walaupun air tidak menjadi masalah, tetapi sekiranya anda berada di kawasan yang tidak berair, anda boleh melakukan tayammum.

Justeru itu, tidak ada alasan bagi kita sebagai seorang individu muslim untuk meninggalkan solat. Kerana solat itu sangat mudah untuk dikerjakan dan tidak membebankan.

Bagaimana pula menurut anda ?

Kalam Abu Musaddad / 22 Ogos 2008
https://ibnismail.wordpress.com
Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 22 Ogos 2008, in ARTIKEL, Bicara Agama, Tazkirah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: