Imej wajah manusia dalam pokok – Bukti Kekuasaan Allah SWT

PELIK: Ernest Ward menunjukkan kepingan kayu pokok oak yang memaparkan imej wajah manusia yang ditemuinya di sebuah tanah perkuburan di Maryville, Amerika Syarikat.

WASHINGTON: Seorang rakyat Amerika Syarikat, Ernest Ward juga penjaga kubur di Maryville, terkejut apabila mendapati potongan batang pokok digergajinya, memaparkan imej wajah manusia.

Imej itu antara lain memaparkan lakaran muka, lengkap dengan mata, hidung dan mulut.

Bagi membuktikan penemuan peliknya itu, Ward membawa kepingan kayu berkenaan ke pejabat akhbar Daily Times.

Berikutan itu timbul pelbagai andaian berhubung lakaran pada kepingan pokok oak berkenaan, termasuk kemungkinan ia wajah hantu atau jelmaan roh disebabkan kedudukan pokok yang terletak di Tanah Perkuburan Magnolia.

Kehadiran Ward di pejabat akhbar itu turut mencetuskan kekecohan. Malah, ada yang mencadangkan supaya Ward menjual kepingan kayu itu di laman web lelong internet, eBay. – Agensi

Sumber Berita : Berita Harian

4 Responses to Imej wajah manusia dalam pokok – Bukti Kekuasaan Allah SWT

  1. Amin berkata:

    Bodoh! Ade ke kaitan dengan Allah SWT? Bodoh betul! Orang tu bukannya muslim! Bodoh bodoh bodoh!!!!

    ****KAM : Kita perlu tahu bahawa setiap kejadian itu adalah dibawah penjagaan dan kekuasaan Allah..Allah boleh jadikan apa sahaja mengikut kehendak dan kemahuan-NYA, segala2nya hanya Allahlah yang berkuasa…Benda2 yang aneh sepert ini sepatutnya kita mengambil pengajaran bahawa itu buktinya kekuasaan yang Maha Pencpta…Agar diri kita lebih dekat lagi dengan-NYA. Muslim or bukan muslim itu bukan persoalannya, yang penting kita mengambil pengajaran setiap kejadian yang berlaku. Itu buktinya kekuasaan Allah…Mudah2an diri kita sentiasa dekat dengannya….****

    Like

  2. syarina berkata:

    pebender ar amin ni….jelas menunjukkan dia yang sebenarnya yang bo***..

    Like

  3. Cima berkata:

    ape la … setiap yang ada di dunia ni,kalau allah swt tak mengizinkan benda ni semua takkan berlaku…

    Like

  4. Tanpa Nama berkata:

    hai cn fren

    Like

Tinggalkan komen