KPM Raih Anugerah Emas

KEMENTERIAN Pelajaran menerusi Bahagian Buku Teks (BBT) meraih Anugerah Emas hasil penyertaan julung kalinya dalam Konvensyen Inovative and Creative Circle (ICC) Wilayah Utara 2008, baru-baru ini.

Pengarah BBT, Dr Zahri Aziz, berkata kejayaan itu diperoleh menerusi inovasi sistem Elektronik Mantau Buku Teks (eMATEKS) yang berperanan memantau pembekalan buku teks ke sekolah secara online.

Beliau berkata, pencapaian bermakna itu secara langsung membuktikan kesungguhan kementerian menambah baik kualiti dan keberkesanan sistem penyampaian sedia ada demi kepentingan rakyat, khususnya pelajar.

Lebih-lebih lagi, katanya, konvensyen anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) itu turut disertai 53 organisasi lain dari kedua-dua sektor awam dan swasta.

Beliau berkata, antara syarikat gergasi terbabit ialah Hicom Honda Manufacturing (M) Sdn Bhd, Intel Products (M) Sdn Bhd, Petronas Dagangan Bhd, Toshiba Electronics (M) Sdn Bhd dan Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad, sekali gus meningkatkan persaingan tahap penanda arasan.

“Penyertaan BBT sebagai wakil pembabitan julung kali Kementerian Pelajaran dalam Konvensyen ICC ini adalah atas usul Ketua Setiausaha, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang.

“Ini kerana inovasi eMATEKS pernah memenangi beberapa anugerah lain, iaitu johan Kategori Teknikal yang menerima Anugerah Menteri Pelajaran dalam Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) anjuran Kementerian Pelajaran pada 2006.

“Selain itu, muncul johan Kategori Teknikal dalam Konvensyen KMK Sektor Awam Peringkat Wilayah Persekutuan dan juga memenangi Anugerah Ketua Pengarah Mampu bagi Kategori Teknikal dalam Konvensyen KMK Sektor Awam Peringkat Kebangsaan, tahun lalu.

“Justeru pengiktirafan terbaru melalui penerimaan Anugerah Emas dalam Konvensyen ICC Wilayah Utara 2008 di Pulau Pinang, 28 dan 29 Jun lalu, sekali lagi membuktikan sistem eMATEKS memenuhi standard kualiti tinggi ditetapkan panel penilai yang dilantik MPC,” katanya kepada Berita Harian di Putrajaya.

Berikutan itu, Zahri berkata, BBT kini menunggu keputusan pemilihan di kalangan kelompok penerima Anugerah Emas Konvensyen ICC Wilayah Utara 2008, untuk mara membawa cabaran ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur, bulan depan.

Smber Berita : Berita Harian

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 10 Julai 2008, in Keratan Akbar, PENDIDIKAN. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: