RAHSIA DUIT : Kebahagiaan dan Kejayaan

Bila kita bercerita pasal duit, semua orang tertarik untuk mendengarnya dan mengetahuinya. Malah sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan duit. Sama ada halal atau haram itu belakang kira, janji dapat duit. Itulah kuasa duit.

Adakah duit itu penting dalam kehidupan kita ? Ada pendapat mengatakan hidup tidak bahagia sekiranya kita tidak mempunyai duit yang banyak. Bagi pendapat ini duit adalah segala-galanya dalam kehidupan. Jika difikir-fikirkan betul juga pendapat ini. Mana mungkin kita dapat hidup sekiranya tidak berduit. Apatah lagi zaman kenaikan harga minyak seperti yang kita hadapi sekarang. Semua barang naik harga termasuklah barang keperluan asasi seperti beras dan sebagainya . Dengan kenaikan ini maka ramai yang mengeluh dan pening kepala sebab perbelanjaan keluarga pun meningkat daripada kebiasaannya.

Maka pada penulisan kali ini, kalam ini ingin mendedahkan rahsia duit dan bagaimana duit boleh membuatkan seseorang menjadi orang yang hebat dan berjaya dalam kehidupannya. Tidak kira apa jua bidang yang diceburi. Sekiranya mengguna pada tempatnya dengan bijaksana pasti kejayaan bertamu jua kepada sesiapa sahaja yang pandai mengurus dan menggunakannya.

Tahukah anda setiap huruf dalam ejaan “duit” itu mempunyai maksudnya yang tersendiri. Apabila kita pecahkan perkataan “duit” itu ia akan menjadi ( D – U – I – T ). Maka :

D – Doa

Doa adalah memohon atau meminta suatu yang bersifat baik kepada Allah SWT seperti meminta keselamatan hidup, rezeki yang halal dan keteguhan iman. Sebaiknya kita berdoa kepada Allah SWT setiap saat kerana akan selalu didengar olehNya.

Antara waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa ialah ketika membaca al-Quran, setelah solat wajib, pada saat tengah malam setelah solat tahajjud, saat melaksanakan ibadah haji dan saat berpuasa wajid atau sunat.

Oleh itu, untuk menciptakan kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup kita dituntut agar sentiasa berdoa kepada Allah SWT pada setiap saat dan masa. Memohonlah kepada-NYA agar kita sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang serta diri sentiasa dekat dengan-NYA.

U – Usaha

Perlu diingatkan ! Untuk melakar kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup kita tidak boleh mengharapkan kepada berdoa semata-mata tanpa ada usaha. Selain berdoa, kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya apa yang kita cita-citakan menjadi kejayaan. Mustahil kebahagiaan dan kejayaan akan dicapai sekiranya kita tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Sebagai contoh seorang nelayan hendak menangkap ikan dilaut. Adakah dia hanya perlu pergi ke tepi laut dan berdoa agar ikan itu datang kepadanya tanpa ada usaha untuk menangkap ? Mustahil ikan itu datang kepada nelayan tersebut bergolek-golek kecualilah nelayan itu berusaha bersungguh-sungguh untuk menangkapnya sama ada menggunakan pukat, pancing dan sebagainya.

Justeru itu, kita hendaklah sentiasa berdoa dan berusaha semoga kebahagiaan dan kejayaan menjadi milik kita. Berfikiran positif, tidak mudah putus asa, proaktif, berwawasan dan bijaksana adalah antara resipi untuk kita melakar kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup.

I – Ikhtiar

Selain berusaha, kita hendaklah sentiasa berikhtiar untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan. Ikhtiar di sini boleh diertikan sebagai starategi atau cara. Bagaimana ikhtiar kita untuk mencapai sesuatu yang dicita-citakan itu. Sebagaimana contoh nelayan di atas tadi, menggunakan pukat, pancing dan alat-alat penangkapan yang lain adalah salah satu ikhtiar atau cara bagaimana untuk mendapatkan ikan tersebut.

Oleh itu, ikhtiar juga amat penting di dalam kita melakar kebahagiaan dan kebahagiaan. Dengan berdoa dan berusaha tanpa ada ikhtiar adalah tidak bermakna. Kalau kita seorang pelajar yang lemah dalam matapelajaran matamatik, apakah iktiar-ikhtiar kita agar kita setanding dengan pelajar-pelajar lain. Kita sudah berdoa dan berusaha bersungguh-sungguh tetapi hasilnya kurang memuaskan serta tidak mencapai target yang kita inginkan. Kenapa hal ini berlaku ? Tanya pada diri kita. Kenapa ? Kenapa ? dan Kenapa ? Antara puncanya ialah starategi kita adalah kurang tepat. Maka kita mendapat hasil yang kurang memuaskan.

Maka untuk melakar kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup kita hendaklah mengatur starategi atau sentiasa berikhtiar bagaimana untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Setiap manusia Allah SWT memberi kelebihan masing-masing. Maka ikhtiar carilah kelebihan-kelebihan yang ada di dalam diri anda. InsyaAllah anda akan berjaya.

T – Tawakkal

Setelah kita lalui semuanya iaitu berdoa, berusaha dan berikhtiar, maka yang terakhirnya ialah bertawakkal. Maksud tawakkal di sini adalah berserah diri sepenuhnya kepada Allah dalam menghadapi atau
menunggu hasil suatu pekerjaan, atau menanti akibat dari suatu keadaan.

Imam al-Ghazali merumuskan definisi tawakkal sebagai berikut, “Tawakkal ialah menyandarkan kepada Allah swt tatkala menghadapi suatu kepentingan, bersandar kepadaNya dalam waktu kesukaran, teguh hati tatkala ditimpa bencana disertai jiwa yang tenang dan hati yang tenteram.

Tawakkal adalah suatu sikap mental seorang yang merupakan hasil dari keyakinannya yang bulat kepada Allah, kerana di dalam tauhid ia diajari agar meyakini bahwa hanya Allah yang menciptakan segala-galanya, pengetahuanNya Maha Luas, Dia yang menguasai dan mengatur alam semesta ini. Keyakinan inilah yang mendorongnya untuk menyerahkan segala persoalannya kepada Allah. Hatinya tenang dan tenteram serta tidak ada rasa curiga, kerana Allah Maha Megetahui dan Maha Bijaksana.

Dengan demikian, setelah kita berdoa, berusaha dan berikhtiar, kita hendaklah menyerahkan segala urusan itu kepada Allah SWT. Kerana Allah SWTlah yang berhak menentukannya. Oleh itu kita hendaklah menerima sesuatu keutusan itu dengan hati yang redha. Allah SWT Maha Mengetahui segala sesuatu itu dan insyaAllah Kebahagiaan dan Kejayaan menjadi milik anda. Yakinlah dengan ketentuan Allah yakni Qada’ dan Qadar Allah SWT.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: