Kenal Diri dan Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

PERTAMA sekali terima kasih KAM ucapkan kerana kesudian anda menjadi pengunjung tetap laman ini. Hari ini KAM ingin berkongsi dengan kekawan, saudara dan saudari yang budiman sekalian tentang bagaimana proses kejadian manusia (kita) menurut Al-Quran. Bagaimana Allah SWT menciptakan manusia daripada setitis air mani sehinggalah menjadi seorang manusia. Masyaallah hebatnya Allah SWT. DIAlah yang Maha Berkuasa.

Sebelum KAM menghuraikan proses kejadian manusia sepertimana yang dirakamkan oleh Allah SWT di dalam kitab suci al-Quran, anda perhatikan video ini terlebih dahulu. Berfikirlah sejenak tentang kehebatan dan kekuasaan Allah SWT. Mudah-mudahan kita menjadi seorang insan yang sentiasa muasabah dan mengenali diri.

Proses kejadian manusia mempunyai beberapa peringkat iaitu :

PERINGKAT PERTAMA :

NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Insan : 2 yang bermaksud :

” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat “

sperma

Sperma Sperma menembusi ovum

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran.

Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

PERINGKAT KEDUA :

‘ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Firman Allah SWT yang bermaksud :

” Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah”. Surah al-Mukminun : 14

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :

  • sesuatu yang bergantung atau melekat
  • pacat atau lintah
  • suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.

PERINGKAT KETIGA :

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14. Firman Allah yang bermaksud

“lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging”. Surah al-Mukminun : 14

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

PERINGKAT KEEMPAT :

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Mukminun : 14 yang bermaksud :

“Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging”

janin1

Janin berusia 12 minggu

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

PERINGKAT KELIMA :

NASY’AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

janin2

Janin mendapatkan makanan melalui uri

PERINGKAT KEENAM :

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah SWT melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A’raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah SWT.

Kesimpulannya dengan paparan ringkas ini kita dapat mengetahui bagaimana proses kejadian manusia dan membuktikan Kekuasaan dan Kehebatan Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua menjadi insan yang sentiasa mengenali diri dan mengetahui asal-usul kejadiannya. Agar kita juga tidak menjadi manusia yang mudah lupa diri dan asal-usul siapakah sebenarnya diri kita. Wallahu A’lam…

Rujukan : http://lailizah.tripod.com/

Tanjong Manis, Sarawak.
03 Ogos 2009 / 12 Sha’ban 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com


37 Responses to Kenal Diri dan Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran

  1. muslihah berkata:

    subhaanallah…

    Like

  2. ziehan berkata:

    sentiasa akui kebesaran Allah

    Like

  3. fitri berkata:

    allah hu akbar keajaiban yang luar biasa

    Like

  4. comel berkata:

    salam..minta izin copy ya..

    Like

  5. norshakira berkata:

    agungnya ciptaan allah swt..

    Like

  6. Iskandar berkata:

    Allah Hu Akhbar….. Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri kita, anak kita, isteri kita, adik beradik kita, ibu bapa kita, saudara mara kita, sahabat-sahabat kita, dan semua muslimin dan muslimat di mana jua berada. Allah Hu Akhbar…

    Like

  7. Muhamad azlan berkata:

    assalamualaikum..
    sy diberi tugasan untok menerangkan proses kejadian manusia kepada seorang non muslim.
    adakah penerangan di atas menggambArkan seluruh aspek??
    maksod saya saya was2 untuk mnerangkn perkara ini pada dia(non muslim)..
    sy takot dia akan membangkang penerangan ini dengan mngatakan yg manusia adalah same sahaja..
    dan mungkin die percaya akan kelahiran semula..
    apakah surah ataw hadith yg bleh menerangkan hal ini

    Like

    • Abu Musaddad berkata:

      Waalaikummussalam wbt….saya rasa penerangan di atas sudah jelas berkaitan dgn kejadian manusia. Manakala ayat-ayat al-Quran dan surah2 telah pun disebut di atas. Namun nasihat saya, sekiranya anda masih lagi ragu2, perbanyakkan membuat rujukan terutama kitab2 yg muktabar sebelum anda memberi penerangan dan melaksanakan tugasan anda itu……Semoga BERJAYA.

      Like

  8. ahmadsimbol berkata:

    alhamdulillah, sebuah artikel yang sememangnya berlandaskan al-quran. Maka ianya sangat kukuh pembuktiannya.
    Sebagai Muslimin dan Muslimah, kita bertanggungjawab dalam menyebar kebenaran Allah SWT dalam Al-Quran. Berdosa kita jika tidak berkongsi ilmu pada mereka yang lain, supaya mereka tidak keliru dan semakin percaya dan yakin pada wahyu ALLAH SWT. Wallahualam.

    Like

  9. Tanpa Nama berkata:

    kenapa tak terangkan macam mana manusia terjadi

    Like

  10. nopi arisanti berkata:

    Sungguh manusia selalu ingkar dan sombong di muka bumi ini.Padahal ALLAH MAHA BESAR dari segala galanya

    Like

  11. hambanya berkata:

    kejadian diri (asal manusia dari tanah dan kejadian manusia dari mani) mgkn asas dlm mengenali diri tp mengenali diri melalui 3 cara yang terbaik adalah melalui guru yang membukanya, belajar untuk membukanya dan terbukanya dengan sendiri melaui diri sendiri, wallhualam………….

    Like

  12. ARFASLELA berkata:

    Boleh tak ustaz terangkan tentang kejadian manusia ini dng lebih terperinci lg.

    Like

  13. ros berkata:

    assalamualaikum..
    sy nk tya soaln….
    kejadian manusia bmula dgn turunnya nabi adam a.s ke bumi..di situ bmula nya pkembangan manusia di atas muka bumi smpai k zaman skrg..y sy musykil dr mn wujudnya manusia zaman batu atau purba..mereka tak bpakaian sdgkn nabi adam turun k bumi sdh pakai pakaian..
    adakah kwjdan manusia y kita bljar dlm sejarah adlah mitos semata2?ari 2 sy ada tgk video bl d fikirkn blk bru sy sedar ape y kta bljar n dgn ayt2 Quran y ade x sm..bleh tak ustaz jwb soalan sy ni..jd bleh la sy pbetulkan ape y slah ttg fahaman utk diri sdiri dan org lain..
    wasalam..
    terima kasih.

    Like

    • hamba ALLAH berkata:

      salam alaik…
      mmg betul..fakta yg kita pelajari dlm bku2 teks sejarah peringkt sekolah bnyk
      prcnggahan dgn fakta yg tercatat dlm ql-quran..hal ini kerana fakta-fakta tersebt kbnyakannya adalah ciptaan musuh2 islam..jika diteliti rujukan2 bku teks yg ada brdasarkan bku2 yg dikarang oleh msuh2 islam (barat)…oleh sbb itu, bnyak fakta yg brcanggah dgn al-quran…namun,,jika kita mengkaji sejarah itu seiring dgn al-quran maka kita akan temui kbnran..dan nasihat sy apbila trdpt fkta yg brcggah dgn al-quran berbaliklah kpd al-quran krn ia adalah kalam Allah yg sempurna sdgkan buku2 itu adalah krgn manusia yg sukar utk dipastikan kesahihannya…wallahualam…

      Like

  14. faisal berkata:

    Bagus information ni tpi,Ade proses xde ayat alquranla…ha satu lgi nme surah..

    Like

  15. hafiz berkata:

    minta izin copy…..

    Like

  16. denny berkata:

    terlalu ringkas dan tidak seberapa padat,,yg lebih penting nama penulis,,,terima kasih..

    Like

  17. Masya Allah Tabarokallah.ilmu yang sangat berguna, dalam memahami tentang makna kita beragama islam Hendaklah manusia itu mengetahui dari apa dia diciptakan

    Like

  18. nur berkata:

    salam…minta izin copy yer..???nak dikongsi dengan yang lain…

    Like

  19. nana lasmo berkata:

    subhanalloh

    Like

  20. […] otak, kita dapat, antaranya, mendengar dan melihat umtuk membaca tarbiahNya (Kitab) di Alam ini. Firman Allah dalam surah al-Insan : 2 yang bermaksud : ” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada […]

    Like

  21. hakim berkata:

    saya mintak izin copy

    Like

  22. mohammad subki berkata:

    salam……….unik sekali kejadian manusia..ley saya ikut serta..?

    Like

  23. Tanpa Nama berkata:

    Subhanallah,….sunggup hebat sempurna ciptaan Allah S.W.T

    Like

  24. Tanpa Nama berkata:

    salam.mintak izin copy yer

    Like

  25. Tanpa Nama berkata:

    ini lah kekuasaan allah swt dan kita sekali2 jng lupa dimana pun jua allah melihat atas perbuatan manusia baik di wah langit atau di atas langit semua nya allah yang punya dan hari2 lah kita memuji nya ya itu allah yang esa amin

    Like

  26. ulamak berkata:

    Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri: “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar, kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah LALAI tentang ini” (7:172)

    “LALAI”…. suatu “memori roh” yang telah lupa janji pada Tuhannya….. Oleh itu, kenal diri berkaitan dengan “memori roh”….. yang berjumpa dengan Tuhannya… dan jika dihilangkan segala kehendak diri, maka hanya setelah itu kembalilah memori itu satu persatu sehingga memori roh yang ke-7…. dan bermulalah Israk dan Mikraj dalam solatnya……

    Selamat mencari diri……..

    Like

  27. Tanpa Nama berkata:

    salam minta izin copy ya..

    Like

  28. Nazri berkata:

    Assa Sya igin tanya carta bermula dari nabi adam hingga nabi kita. Harap dapat tolong.tq wassalam.

    Like

  29. mencari jln.. berkata:

    apa yg dimaksudkan mengenal diri..dan apa yg dikata..kenallah aku cari la aku..aku berdiri ditengah terang..usul ini ada di ajukan oleh guru tua..yg ingin sama2 mencari jln yg ada utk setiap insan..wallahhuallam..

    Like

  30. hamba allah berkata:

    assalam.. maaf mengganggu.. sy ucpkn terima kasih ttgproses kejadian manusi ini sedikit sebanyak membantu sy dlm menyiap kn assgment.. tp sy ada stu coment.. mnta tlg ilngkn orng yg muncul tpi kiriini yg ahlan wasahlan ini.. menyusah kn utk mmbaca

    Like

  31. Robby Rahman Kusuma berkata:

    bagus nih buat tugas sekolah,,
    izin copy yyah sob….

    Like

  32. pEtuaLanK berkata:

    Subhanallah …

    Like

Tinggalkan komen