Urusan Temuduga SPP

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

ALHAMDULILLAH segala puji dan syukur kepada Allah SWT kerana sekali lagi kita dipertemukan diruangan maya ini semoga para pengunjung setia Kalam Abu Musaddad semuanya berada di dalam keadaan sihat wafiat dan bahagia selalu..Ameen…

Hampir seminggu kalam ini tidak berbicara bersama teman-teman sekalian. Sebenarnya minggu lepas KAM pergi ke Mukah untuk urusan temuduga SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) di Pusat Kegiatan Guru Mukah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Di sini juga KAM ingin memohon jutaan kemaafan sekira ada di antara komen-komen dan pertanyaan anda di dalam laman ini KAM tak reply. Mungkin terlepas pandang dan sebagainya. HARAP MAAF.

Di kesempatan ini, kepada para pelajar sama ada di semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak, KAM rasa masih tidak terlambat untuk mengucapkan “Selamat Menghadapi Ujian Percubaan UPSR” yang bermula pada isnin (minggu lepas) bagi pelajar seluruh negeri Sarawak, semoga anda semua dapat menjawab semua soalan yang diajukan dengan baik. KAM doakan anda semua akan berjaya di dalam ujian sebenar nanti. InsyaAllah…

KAM rasa cukup setakat ini dahulu buat kali ini, moga-moga Allah SWT sentiasa merahmati kita semua. Jumpa lagi…

Wallahu A’lam…

Tanjong Manis, 01 Ogos 2009 / 10 Sha’ban 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

1 Responses to Urusan Temuduga SPP

  1. AL HAZIM BIN AZMY berkata:

    Salam… KAM pergi ke Mukah sebagai penemuduga ke? Saya guru yang bertugas dari SK Kampung Tanam, Dalat, Mukah dan akan ditemuduga SPP pada hari Khamis ini 15hb Oktober 2009. Boleh ke KAM beri sedikit tips untuk saya agar dapat saya gunakan semasa temuduga nanti. Segala jasa baik KAM didahulukan dengan ucapan terima kasih.

    ****KAM : wslm…em bukan penemuduga, tapi telah ditemuduga..he he..Saya ngajar SK tanjong Manis. Ye ke…takde ape yang perlu dirisaukan…em soalan yang mashur ditanya berkaitan dgn PIPP, isu semasa, kemudian tentang jurusan yg kita ambil semasa di U dulu…Yang paling penting cara kita berkomunikasi. Bila ditanya, berusahalah untuk menjawabnya, jangan senyap dan jangan bag jawapan “tidak tahu” dan sebagainya. Penemuduga hanya ingin melihat cara kita berkomunikasi dan pengetahuan kita di dalam bidang masing2…Insyaallah boleh jawab tuh…he he he…****

    Like

Tinggalkan komen