Jangan Jadi Hamba Syaitan

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt…

Salam ukhwah buat semua pengunjung laman Kalam Abu Musaddad, setiap manusia mesti akan marah bila mereka dikatakan punca dosa. Seseorang itu berdosa kerana mereka tidak tahu menjaga maruah, maruahlah yang boleh membezakan seseorang itu dalam keadaan baik dan diredhai Allah SWT atau dalam keadaan buruk yang dimurkai oleh Allah SWT.

Oleh itu setiap wanita muslim harus tahu meletakkan dirinya ditempat yang sewajarnya sebagaimana wanita harus dihormati oleh kaum lelaki. Tetapi dalam banyak masalah wanitalah yang dikatakan punca dosa. Rasulullah SAW pernah bersabda :

“Wanita itu perangkap (jaringan) syaitan.” Dari kata-kata itu jelas bahawa wanita itu berkemungkinan diperalatkan oleh syaitan.

Syaitan yang kerjanya menghasut dan ingin melihat umat manusia dihumban ke neraka jahannam bersama mereka. Soalnya mengapa wanita itu pula untuk menjadi budak nafsunya ? Tidak lain adalah kerana wanita mempunyai daya tarikan kepada lelaki yang boleh menyeretkan lelaki ke lembah neraka.

Kerana wanita itu mempunyai sembilan nafsu dan satu akal sedangkan lelaki mempunyai sembilan akal dan satu nafsu. Nafsu yang banyak inilah yang mengajak wanita menghias diri dan bersolek, memakai emas permata, berpakaian terdedah dan cantik, pandai mengoda, gilakan pangkat dan darajat.

Syaitan tahu bahawa wanita mempunai daya tarikan semula jadi untuk memikat kaum Adam, wanita yang mempunyai jelingan yang tajam, suara yang merdu, gaya jalan yang menarik dan goyang punggungnya, hampir keseluruhannya mempunyai kesan yang tertentu pada lelaki.

Syaitanlah yang menghasut agar perempuan bersolek dan mendedahkan aurat, bisikannya yang halus membuatkan perempuan merenung lelaki dengan tajam dan senyumannya yang menawan. Dalam hal ini bila maruah telah tercemar tidak ada gunanya dikesalkan lagi. Wanitalah yang utama menjadi umpan syaitan. Syaitan itu tempatnya didalam neraka dan dilaknati Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda :

“Memandang wanita itu adalah panah beracun dari panah iblis. Siapa meninggalkan kerana takut kepada Allah nescaya dianugerahi oleh Allah iman yang didapati dari kemanisan di dalam hati.”

Dalam hal ini lelaki sering menyalahkan kaum wanita dalam soal membuat dosa, tetapi lelaki juga harus dipersalahkan kerana mereka tidak menjaga pandangan mereka. Oleh itu, setiap lelaki juga harus menjaga maruah mereka dengan mengawal pandangan mereka.

Lemahnya lelaki kerana wanita telah jelas kerana sejaah telah membuktikan, raja terpaksa turun takhta kerana wanita, pemimpin juga hilang kuasa, orang alim juga dianiaya. Akli Abid yang berpuluh tahun beribadah lenyap ibadahnya.

Ulama ada mengatakan : “Engkau setengah dari tenteraku, engkaulah mata pedangku, yang aku lemparkan maka aku tidak salah, engkaulah tempat rahsaku, engkau utusanku pada keperluanku.”

Mengapa wanita mudah dikuasai syaitan ? Mengapa ? Ini adalah kerana sembilan nafsu dan satu akal. Sesungguhnya Nabi telah bersabda dari riwayat Ibnu Umar :

“Wahai kaum perempuan, perbanyakkanlah sedekah, perbanyakkan pula bermohon ampun, sesungguhnya saya melihat kalianlah (orang perempuan) yang terbanyak masuk neraka.”

Perempuanlah yang lebih banyak menjadi penghuni neraka, kerana nafsu perempuan yang lebih dari lelaki. Sepatutnya perempuan akan lebih berhati-hati dalam segala hal, jangan biarkan syaitan bergayut di mulut, di pipi, di punggung, muka, mata, peha dan pada aurat yang terbuka.

Perempuan itu kaya dengan angan-angan dan perasaan, sebab itulah mudah bagi syaitan untuk menghasutnya. Jika seseorang perempuan itu lalai dari mengingati Allah, maka syaitan akan memasukkan belaian ke dalam hatinya, apabila dia mengingati Allah cepat-cepat belaian itu ditariknya semula. Sepertimana kita ketahui,kerja syaitan tidak lain dan tidak bukan hanya untuk merosakkan manusia, hanya manusia saja yang sering lalai dari mengingati Allah SWT. Seperti sabda Rasulullah SAW :

“Syaitan itu meletakkan belaiannya pada hati anak Adam. Apabila manusia mengingati Allah nescaya syaitan itu mengendap. Jikalau ia melupakan Allah nescaya syaitan akan memakan hatinya.”

Oleh itu, jauhkanlah diri dari syaitan dengan mengingati Allah SWT. Jangan biarkan diri terpengaruh dengan keseronokan dunia. Alangkah malangnya hidup di dunia jika menjadi hamba syaitan. Jika anda ada masalah, mengadulah kepada Allah, jangan lalai dengan kenikmatan sementara.

Jangan biarkan hati ditawan oleh bisikan syaitan kerana jika anda tertawan oleh bisikan syaitan, anda akan menjadi hambanya dengan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat.

Para muslimin dan muslimah harus tahu untuk mengelakkan diri dari hasutan syaitan, kerana hasutan syaitan itu sangat halus, hingga anda lalai ntuk mengingati Allah. Jika anda terfikir untuk melakukan sesuatu yang buruk, cepat-cepatlah anda mengingati Allah. Bermohon kepada-NYA agar anda terselamat setiap hari dan waktu dari godaan syaitan.

INGAT!!! Syaitan tidak pernah lupa untuk menggoda manusia, tetapi manusia yang selalu lupa bahawa syaitan itu sentiasa bersedia untuk menyeret manusia bersamanya masuk ke neraka. WALLAHU A’LAM…

Apa pandangan / komentar anda ?

Kalam Abu Musaddad / 18 Oktober 2008
https://ibnismail.wordpress.com

Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 18 Oktober 2008, in Bicara Agama, Tazkirah. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. Ya ya ya … setan itu bersarang dihati manusia, jagalah hati

  2. assalamualaikum…
    ya kita hanya bisa berserah diri saja sambil menguatkan iman kita…

  3. jika kt memungkiri fitrah hidup manusia,maka lenyaplah kt leka dlm ulektannya .subahanallah…

  4. Assalamualaikum.. saya harap saya dapat kongsikan info ini.. pada saya, pandangan lebih kurang la sama.. Hati adalah tmpt yg paling lemah seorg manusia sebab mudah terdedah pada hasutan syaitan.. Bila kemarahan memuncak kita tak dpt mengawal kemarahan kita dan bertindak tanpa berfikir panjang..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: