Penerbangan Sulung MASwings : KUCHING-TANJUNG MANIS-KUCHING

05 April 2008 (Sabtu) TANJUNG MANIS : Hari ini Majlis Pelancaran Penerbangan Sulung Perkhidmatan MASwings ( Kuching-Tanjung Manis – Kuching ) telah di adakan di Lapangan Terbang Bandar Baru Tanjung Manis, Mukah. Ana juga turut hadir dalam majlis tersebut sebagai tetamu terhormat. MASwings merupakan anak syarikat penuh milik Malaysia Airlines yang dilancarkan 1 Okt tahun lepas yang menyediakan 451 penerbangan seminggu ke 22 destinasi ke Sabah, Sarawak dan Labuan.

Majlis Perasmian & Pelancaran Penerbangan Sulung Perkhidmatan MASwings tersebut telah di sempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr George Chan di lapangan terbang Tanjung Manis. Perkhidmatan itu yang menggunakan pesawat Twin Otter 19 tempat duduk, menghubungkan Tanjung Manis dengan Kuching pada setiap Selasa, Khamis dan Sabtu. Untuk keterangan lanjut dan tempahan tiket, sila klik di sini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Tuan Haji Hamden bin Haji Ahmad selaku Menteri Muda Hal Ehwal Belia dan Menteri Muda Pelancongan Negeri Sarawak, YB Datuk Amar Wilson Baya Dandot (Setiausahasa Negeri Sarawak), YBhg. Dato’ Wan Alwi Dato’ Sri Wan Hashim, YBhg. Prof. Datuk Dr. Yusuf Hadi, YBhg. Dr. Amin Khan ( Pengarah Urusan MASwings) dan Pengurus Besar PUSAKA ( Sarawak Timber Industry Development Copration ) Yang Berbahagia Dato’ Haji Len Latif Salleh.

Tuan Haji Hamden bin Haji Ahmad selaku Menteri Muda Hal Ehwal Belia dan Menteri Muda Pelancongan Negeri Sarawak dalam kenyataannya berkata ini adalah hasil kerjasama antara PUSAKA dengan MASwings. PUSAKA merupakan badan yang menguruskan dan mengendalikan Lapangan Terbang Tanjung Manis. Dengan pelancaran sulung penerbangan MASwings hari ini kawasan Bandar Baru Tanjung Manis ini akan menjadi satu lagi tumpuan destinasi pelancongan dalam dan luar negara. Di mana dengan wujudnya perkhidmatan penerbangan ini akan memudahkan pelancong-pelancong datang ke Bandar ini. Dan ditambah pula pembinaan jalanraya Sibu – Tanjung Manis giat dijalankan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada hujung tahun 2009 nanti. Ini akan menjadikan Bandar Baru Tanjung Manis menjadi pusat pelabuhan, perikanan dan sebagainya.

Berkata beliau lagi, keadaan ini akan menguntungkan serta meningkatkan ekonomi penduduk setempat. Di mana penduduk-penduduk setempat akan dapat memasarkan dan menjual produk-produk mereka seperti payak kering, ikan terbuk masing dan sebagainya kepada pelancong-pelancong dalam mahu pun luar negara yang datang ke Bandar ini.

Selain itu, YBhg Dr. Amin Khan Pengarah Urusan MASwings juga berkata dalam ucapannya pihak MASwings akan memberi perkhidmatan yang terbaik dan kadar tambang yang berpatutan. Dalam masa 6 bulan ini, pihaknya telah mengadakan promosi iaitu dengan kadar tambang rm90 (Bandar Baru Tanjung Manis-Kuching).

Kemudian di akhir majlis tersebut di meriahkan lagi dengan cabutan bertuah kepada mereka yang hadir untuk menyaksikan majlis tersebut dan TAHNIAH kepada beberapa orang yang bernasib baik termasuk Ustaz Adenie ( Tuan Imam Masjid Bandar Baru Tanjung Manis ) yang mendapat tiket percuma pergi balik Tanjung Manis-Kuching.

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 6 April 2008, in Perkhidmatan, Tanjung Manis. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: