Peperiksaan Percubaan UPSR Pendidikan Utusan bermula

Foto : Portal Pendidikan Utusan Malaysia

Kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini, anda boleh mengikuti peperiksaan percubaan secara online pada setiap Isnin sepanjang Ogos ini, Unit Pendidikan Utusan akan menerbitkan set kertas Peperiksaan Percubaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam sisipan ADaP dan juga di Portal Pendidikan Utusan. Sila klik di sini.

Terdapat dua set untuk setiap mata pelajaran. Set 1 untuk Bahasa Malaysia dan Matematik disiarkan pada hari ini (4 Ogos) dan diikuti oleh Set 1 Bahasa Inggeris dan Sains pada minggu hadapan (11 Ogos).

Kemudian Set 2 untuk Bahasa Malaysia dan Matematik pada 18 Ogos, dan seterusnya Set 2 Bahasa Inggeris dan Sains pada 25 Ogos nanti.

Buat pertama kalinya, soalan untuk kertas Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.

Hal ini sejajar dengan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk kedua-dua subjek berkenaan oleh Kementerian Pelajaran.

Set soalan disediakan oleh guru jurulatih utama dan guru-guru pakar mengikut format pentaksiran terkini.

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2008

4 Ogos Set 1 : Bahasa Malaysia & Matematik

11 Ogos Set 1 : Bahasa Inggeris & Sains

18 Ogos Set 2 : Bahasa Malaysia & Matematik

25 Ogos Set 2 : Bahasa Inggeris & Sains

Sumber Berita : Portal Pendidikan Utusan Malaysia

Kalam Abu Musaddad / 05 Ogos 2008

15 Responses to Peperiksaan Percubaan UPSR Pendidikan Utusan bermula

  1. hairieusoff berkata:

    Ia mengingatkan saya kala mengambil peperiksaan dahulu. Mereka ada pelbagai kemudahan berbanding saya dahulu, semakin maju negara semakin banyak alternatif pembelajaran dan bantuan belajar.

    KAM : Emmm…Samala kita…Dulu mana ada kemudahan2 seperti hari ini..Oleh itu, generasi hari ini seharusnya mengunakan kemudahan2 ini sebaik mungkin dalam pembelajaran mereka…

    Like

  2. Zakwan berkata:

    all the best…

    Like

  3. along berkata:

    taniah ada berjaya

    Like

  4. nor zehan musa berkata:

    bagaimana saya nak mendapatkan format kertas 1 dan format kertas 2 upsr matematik.

    Like

  5. hazwa berkata:

    bagaimana saya nak dapat format kertas bahasa melayu 1 ,2..sains dan matematik

    Like

  6. NABILAH berkata:

    mcam mane nak jawap soalan hypothesis????formulenye…

    Like

    • pipah berkata:

      hypoth0sis….
      if mv trend s0 rv trend….
      tpi ksang nie dh laen…
      gne kn ‘when’ ‘the’…
      when mv trend the rv trend….

      Like

  7. miera berkata:

    emm…
    saya pelajar kedah….
    saya ingin tahu bagaimana hendak menjawab soalan…
    reasons…..kna banyak berfikir…

    Like

  8. amiera berkata:

    tolong tunjukkan saya cara untuk menjawab kertas peperiksaan sains kertas 2 . saya mesti berasa gelabah semasa nak menjawab kertas sains kertas 2.
    betulkah keputusan /markah sains bergantung kepada minat.
    kalau macam saya , saya kurang minat sains.
    soooooo…….. nak jawab cam ne??????????????????????????????????

    ****KAM : Adik boleh tanya cikgu sains adik. Cikgu adik lebih arif tentang m/p ni…Em tentang markah, KAM rasa atas usaha masing2. kalau adik berusaha bersungguh2 sama ada m/p sains dan sebagainya, insyaallah adik akan dapat markah yang terbaik. Minat sesuatu m/p itu sangat penting juga…biasanya kalau m/p yang tidak diminati, kebanyakkan pelajar hanya mengulangkaji bak kata seperti melepas batuk ditangga jer….****

    Like

  9. Nur Athirah Binti Khairuddin berkata:

    adik saya esok akan menghadapi percubaan upsr skarang nie dia asyik mendapat 3a.dia mengadu dia berasa takut cuma masih belum sedar lagi..apakah yang harus dia lakukan..dia masih malas dan sambil lewa…itu saja..sya nk ucap kepada sumer yam\ng akan menghadapi upsr………………GOOD LUCK OK>>>>ALL THE BEEESSSTTT……,…

    Like

  10. hitmann berkata:

    bagus jugak…..bagi aku pandai….dapat 5A…..

    Like

  11. MUHD HILMAN AQIL berkata:

    ESOK PERIKSA……..

    Like

Tinggalkan komen