Peperiksaan Percubaan UPSR Pendidikan Utusan bermula

Foto : Portal Pendidikan Utusan Malaysia

Kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini, anda boleh mengikuti peperiksaan percubaan secara online pada setiap Isnin sepanjang Ogos ini, Unit Pendidikan Utusan akan menerbitkan set kertas Peperiksaan Percubaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam sisipan ADaP dan juga di Portal Pendidikan Utusan. Sila klik di sini.

Terdapat dua set untuk setiap mata pelajaran. Set 1 untuk Bahasa Malaysia dan Matematik disiarkan pada hari ini (4 Ogos) dan diikuti oleh Set 1 Bahasa Inggeris dan Sains pada minggu hadapan (11 Ogos).

Kemudian Set 2 untuk Bahasa Malaysia dan Matematik pada 18 Ogos, dan seterusnya Set 2 Bahasa Inggeris dan Sains pada 25 Ogos nanti.

Buat pertama kalinya, soalan untuk kertas Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.

Hal ini sejajar dengan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk kedua-dua subjek berkenaan oleh Kementerian Pelajaran.

Set soalan disediakan oleh guru jurulatih utama dan guru-guru pakar mengikut format pentaksiran terkini.

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2008

4 Ogos Set 1 : Bahasa Malaysia & Matematik

11 Ogos Set 1 : Bahasa Inggeris & Sains

18 Ogos Set 2 : Bahasa Malaysia & Matematik

25 Ogos Set 2 : Bahasa Inggeris & Sains

Sumber Berita : Portal Pendidikan Utusan Malaysia

Kalam Abu Musaddad / 05 Ogos 2008

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 5 Ogos 2008, in Isu Semasa, Keratan Akbar, PENDIDIKAN. Bookmark the permalink. 15 Komen.

  1. Ia mengingatkan saya kala mengambil peperiksaan dahulu. Mereka ada pelbagai kemudahan berbanding saya dahulu, semakin maju negara semakin banyak alternatif pembelajaran dan bantuan belajar.

    KAM : Emmm…Samala kita…Dulu mana ada kemudahan2 seperti hari ini..Oleh itu, generasi hari ini seharusnya mengunakan kemudahan2 ini sebaik mungkin dalam pembelajaran mereka…

  2. all the best…

  3. nor zehan musa

    bagaimana saya nak mendapatkan format kertas 1 dan format kertas 2 upsr matematik.

  4. bagaimana saya nak dapat format kertas bahasa melayu 1 ,2..sains dan matematik

  5. mcam mane nak jawap soalan hypothesis????formulenye…

    • hypoth0sis….
      if mv trend s0 rv trend….
      tpi ksang nie dh laen…
      gne kn ‘when’ ‘the’…
      when mv trend the rv trend….

  6. emm…
    saya pelajar kedah….
    saya ingin tahu bagaimana hendak menjawab soalan…
    reasons…..kna banyak berfikir…

  7. tolong tunjukkan saya cara untuk menjawab kertas peperiksaan sains kertas 2 . saya mesti berasa gelabah semasa nak menjawab kertas sains kertas 2.
    betulkah keputusan /markah sains bergantung kepada minat.
    kalau macam saya , saya kurang minat sains.
    soooooo…….. nak jawab cam ne??????????????????????????????????

    ****KAM : Adik boleh tanya cikgu sains adik. Cikgu adik lebih arif tentang m/p ni…Em tentang markah, KAM rasa atas usaha masing2. kalau adik berusaha bersungguh2 sama ada m/p sains dan sebagainya, insyaallah adik akan dapat markah yang terbaik. Minat sesuatu m/p itu sangat penting juga…biasanya kalau m/p yang tidak diminati, kebanyakkan pelajar hanya mengulangkaji bak kata seperti melepas batuk ditangga jer….****

  8. Nur Athirah Binti Khairuddin

    adik saya esok akan menghadapi percubaan upsr skarang nie dia asyik mendapat 3a.dia mengadu dia berasa takut cuma masih belum sedar lagi..apakah yang harus dia lakukan..dia masih malas dan sambil lewa…itu saja..sya nk ucap kepada sumer yam\ng akan menghadapi upsr………………GOOD LUCK OK>>>>ALL THE BEEESSSTTT……,…

  9. bagus jugak…..bagi aku pandai….dapat 5A…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: