Ramadhan 1431H : Sunat Berbuka Puasa Dengan Kurma

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi SAW bersabda :

“Jika seseorang daripada kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci.” (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Hadith di atas menerangkan kepada kita bahawa orang Islam yang berpuasa disunatkan berbuka dengan rutob atau buah kurma atau air biasa jika ketiadaan buah kurma. Inilah tertib atau sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Rutob ialah buah tamar yang telah masak sebelum menjadi tamar kering. Ianya lembut dan manis. Manakala tamar ialah buah kurma yang sudah kering.

Hikmah kita disunatkan berbuka dengan buah tamar ialah kerana kurma dipercayai mengandungi glukosa yang mampu memberi tenaga segera kepada badan.

Ia juga dipercayai mengandungi protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium.

Manakala kandungan protein dalam sebiji kurma adalah kira-kira 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0%, manakala kandungan gulanya adalah 50 hingga 57%.

Justeru itu, sesiapa yang berpuasa dengan ikhlas kerana Allah SWT, kemudian beramal mengikut sunnah Rasulullah SAW akan di beri ganjaran pahala di akhirat serta mendapat nikmat dan rahmat Allah SWT di dunia dan juga di akhirat.

Wallahu a’lam.

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

Abu Musaddad
Tanjung Manis, Sarawak
Jumaat 12.05 am
13 Ogos 2010 / 03 Ramadhan 1431
ibnismail.wordpress.com

2 Responses to Ramadhan 1431H : Sunat Berbuka Puasa Dengan Kurma

  1. Sharif Putra berkata:

    Assalamulaikum saudara

    Banyak ilmu pengetahuan dapat saya berkongsi dengan saudara menerusi artikel dan sebagainya pada laman ini. Terima kasih semoga ilmu ini berkembang subur dan saudara mendapat keberkatan dari Allah swt.

    Sharif-Sabah

    Like

  2. misztiara berkata:

    ~~salam,betul2 kurma memang bagus ,cuma Misz kekadang lupa nak makan..;-P

    Like

Tinggalkan komen