Harimau Malaya Vs Liverpool Petang Ini

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kekalahan pasukan negara Harimau Malaya kepada kelab gergasi Arsenal 4-0 rabu lalu telah menguji setakat mana tahap permainan pasukan negara. Permainan yang hambar dan tidak konsisten membuatkan pihak lawan mudah mengegarkan gawang pasukan negara. Itulah antara kritikan peminat bola sepak tempatan.

Manakala pada petang ini, bakal berlangsung satu lagi perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya vs Liverpool.

Sebut saja nama Harimau, sudah meremang bulu roma saya. Mesti ganas dan digeruni semua orang. Jangan gah pada nama sahaja. Gah juga di atas padang. Itulah harapan peminat bola sepak tempatan.

Pada aksi petang ini, ketua pasukan Harimau Malaya Syafiq Rahim berjanji akan bermain dengan corak sebenar demi menebus maruah. Klik di sini untuk baca. Sama-samalah kita tengok petang ini bagaimana corak permainan sebenar Harimau Malaya beraksi.

Manakala ketua jurulatih negara, Datuk K. Rajagopal pula menggesa peminat tempatan mempamerkan semangat patriotik apabila hadir menyaksikan perlawanan persahabatan Harimau Malaya menentang Liverpool petang ini. Klik di sini untuk baca.

Beliau meminta kepada semua peminat bola sepak tempatan yang hadir ke stadium pada petang ini supaya memakai jersi biru sebagai tanda sokongan padu kepada anak-anak buahnya ketika beraksi.

Ya! Kita mesti sokong pasukan negara. Kalau kita tak sokong siapa lagi nak sokong, betul tak???

Saya percaya sekiranya pasukan Harimau Malaya mempamerkan aksi yang baik dan menarik, pasti ramai yang menyokong. Umpama kita buka sebuah restoran, sekiranya restoran itu menyediakan pelbagai aneka pilihan makanan yang sedap-sedap dan berkualiti, pasti restoran itu sentiasa dikerumu pelanggang. Begitu juga dengan bola sepak. Pendek kata penuh stadium tu dengan jersi kuning atau biru apabila setiap kali pasukan negara beraksi.

Akhir kalam, harapan saya kepada pasukan negara beraksilah dengan baik mengikut kemampuan anda. Kalah menang bukan ukuran. Corak permainan yang sebenar  sepertimana yang dijanjikan akan menjadi kayu pengukur pada petang ini. Segala kritikan peminat jadikan pedoman dan semangat untuk lebih kehadapan lagi. Semoga berjaya!!! Sokonglah Harimau Malaya!!!

Chelsea pun jersi biru jugak….Kih…Kih…kih…

 

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya  terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

Tanjung Manis, Sarawak
16 Julai 2011 / 14 Sha’ban 1432
ibnismail.wordpress.com



 

Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 16 Julai 2011, in BICARA SUKAN and tagged , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Hebat bolanya Malaysia. Salam kenal broder.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: