Ramadhan 1431H : Ujian Allah SWT!

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..

Emmm entri kali ni saya nak tulis pasal Afaf. Lama sangat tak tulis pasal dia. Asyik menulis isu-isu yang serius jer…Boring jugak kan….

Oklah buat pengetahuan pengunjung yang budiman, umur Afaf sekarang sudah menjangkau 11 bulan. Sekejap saja rasanya masa berlalu. Kini dia sudah pandai bangun berdiri tanpa bantuan sesiapa pun…Maybe sebulan dua lagi insyaallah dapat berjalan pulak…hahaha…Tak sabar Abi dan Umminya nak tengok Afaf berjalan…Hehehehehe…

Minggu lepas Afaf demam teruk, badannya sangat panas, batuk dan selsema. So saya bawa dia pergi ke poliklinik sarikei. Setelah melihat keadaan Afaf, doktor terus membuat pemeriksaan x-ray dan didapati paru-paru Afaf kotor dan dijangkiti kuman. Masyaallah. Kelu lidah untuk berkata-kata setelah mendengar hasil pemeriksaan doktor itu. Hanya keresahan dan kebimbangan yang menyelubungi hati kami suami isteri.

Ujian Allah SWT

Menurut doktor, Afaf terpaksa ditahan diwad Hospital Sarikei selama beberapa hari untuk pemeriksaan selanjutnya. Em 3 hari 2 malam kami sekeluarga menjadi penghuni hospital Sarikei, Puteri kami ditempatkan diwad 303 katil No 7.

Kesian melihat Puteriku…Namun apakah daya…Ini adalah ujian Allah SWT ke atas kami sekeluarga sempena kedatangan ramadhan tahun ini. Almaklumlah inilah ramadhan pertama kami menyambut bersama. Pada tahun lepas, umminya berpuasa di kampung sebab tengah sarat mengandungkan si Puteri Afaf.

Wahai Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana….

Segala ujian-MU kami menerima dan menghadapinya dengan hati yang tenang dan redha. Sesungguhnya hanya kepada-MU kami berserah dan bertawakkal dalam segala urusan hidup kami.

Alhamdulillah berkat doa kami, doa semua pihak dan juga barakah ramadhan karim, Puteri kami kini sihat sejahtera seperti biasa. Kehidupan hariannya kembali ceria. Hati kami suami isteri pun berbunga-bungan kebahagiaan apabila melihat kehidupannya sentiasa dihiasi dengan senyuman.

Ucapan Penghargaan

Akhir kalam, saya sekeluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat terutamanya ustaz Lan sekeluarga, ustaz Shamsul sekeluarga, cikgu saidin sekeluarga, cikgu him sekeluarga, Pian, nasaruddin (anak saudara pian) yang banyak membantu selama kami berada dihospital Sarikei.

Tidak lupa juga kepada semua kakitangan dan jururawat hospital Sarikei yang telah merawat dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada Puteri kami.

Selain itu, ucapan penghargaan juga kepada Pak Cik Sekuriti yang bernama ********** kerana sudi menyediakan juadah berbuka puasa buat saya dan isteri pada hari pertama dan membenarkan saya tidur di surau hospital tersebut selama 2 malam berturut-turut. Alhamdulillah.

SEMOGA ALLAH SWT PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KALIAN DAN MEMBERI GANJARAN PAHALA YANG BERLIPAT GANDA SEMPENA BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI…Ameen.

Wallahu a’lam.

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

© Abu Musaddad
Tanjung Manis, Sarawak.
Ahad 01.15 am
22 Ogos 2010 / 12 Ramadhan 1431
ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 22 Ogos 2010, in MY FAMILY and tagged , , , . Bookmark the permalink. 7 Komen.

  1. ~~~Salam,alolor comelnya dia…Insyaallah ada kebaikannya yg tersirat sebenarnya..ummi dan ayahnya kena uji sikit jew.. ,hah..tgok baby Afaf dah sihat…Semoga ALLAH merahmati keluarga yg bahagia ini..Amin.

  2. salam ramadhan salam hariraya…tahun ni beraya kat mana?dah besar anak ustaz ya…

  3. selamat hari raya aidil fitiri maff zahir dan batin semoga sehat selalu

    • Selamat hari raya aidilfitri buat aril sekeluarga….maaf zahir dan batin….Terima kasih kerana mendoakan kesihatan kami sekeluarga….Saya pun mendoakan kebahagiaan aril jgk….ameen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: