Masalah Lupa : Kenapa, Punca dan Cara Untuk Mengatasinya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam sejahtera buat semua pembaca setia Kalam Abu Musaddad. Masalah “lupa” sering dialami oleh semua orang terutama pelajar. Mereka cepat lupa apa yang diajar oleh guru. Justeru itu, masalah ini menjadi kebimbangan dikalangan pelajar apatah lagi apabila masalah lupa ini menghantui mereka disaat peperiksaan hampir tiba.

Anda perlu tanya kepada diri sendiri, kenapa saya mudah lupa ? Apakah punca yang menyebabkan saya mudah lupa? dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini ? Pasti anda akan dapat jawapannya.

Melalui blog ini, terdapat beberapa orang pelajar menghantar komentar dan bertanya kepada KAM bagaimana cara untuk mengatasi masalah lupa. Di sini adalah di antara komentar-komentar yang sempat KAM masukkan sebagai contoh bahawasanya masalah lupa ini amat serius dan menjadi penyakit kepada pelajar-pelajar.

Hana :

assalammualaikum ckgu..!
hana nk tnye n nk mntak tlg dr ckgu..hana nie ade satu msalah yg hana x dpt nk slesaikan dr dlu lagi..iaitu msalah untk mengingati sbjek yg hana dah blajar..stiap kali hana bt revision dlm 2-4 hri tu ingt lagi lah tapi bla smpai jew hari pperksaan mse nk jwb tu tros blank!hana tros lpew ape yg hana blajar..hana rsau laa ckgu,law hana x dpt nk atasi msalah ni cm ner hana nk tmpuh PMR thn ni..!!tlg hana ckgu..

Farah :

cgu,cmna nk tnamkn minat utk study sbject sejarah? sya memg tak minat ngn sbject 2..thn ney sya amek spm..wlaupun sya baca,tp sya mudah lupa la..hrp cgu bantu..

Erylia :

Sy ni student fom 3..sy nk tahu tips utk mdh igt ilmu yg cikgu2 kasi..sy harap cikgu leh tolong.kalau boleh,,ada x ayt2 quran yg boleh sy amal??

Emal :

salam….cikgu,saya form5…jadi tahun ni saye akn ambik pekse spm….takut sangat…camne tak nak kasi gemuruh bile time exam tibe????dan ada tak tips nak cepat ingat dlm pelajaran???sebab saya ambik aliran bahasa arab….susah nak hafal bile perkataan tu susah…hehehe…tolong please….wasalam…

Luahan-luahan di atas menunjukkan masalah lupa ini amat serius dan membimbangkan diri pelajar itu sendiri. Jika masalah ini tidak di atasi dengan segera ia boleh menyebabkan prestasi seseorang pelajar itu terjejas.

Oleh itu, melalui kalam ini KAM cuba sedaya upaya untuk memberi beberapa kaedah atau cara bagaimana untuk mengatasi masalah lupa ini agar ianya bermanfaat kepada semua pelajar. Kaedah atau cara ini adalah hasil rujukan beberapa buah buku dan juga laman web lain. Semoga ianya berguna buat anda.

Kenapa Mudah Lupa

  • Mempunyai sikap sambil lewa
  • Tidak berminat terhadap sesuatu mata pelajaran
  • Tidak ambil perhatian ketika guru mengajar
  • Tidak mengulangkaji pelajaran secara sistematik

Perkara-perkara yang menyebabkan mudah lupa

  • Mengabaikan solat lima waktu : Solat adalah tuntutan agama. Ia wajib dilakukan 5 waktu sehari semalam. Solat juga merupakan tiang agama. Pelajar yang sering mengabaikan tanggungjawab menunaikan solat seperti mereka mengabaikan keperluan hidupnya. Jika diabaikan bermakna mereka telah lupa kewajiban dan tanggungjawab yang paling penting dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Kalaulah aspek yang paling penting ini dilupakan apatah lagi aspek kehidupan yang lain.
  • Sering bercakap bohong : Pelajar yang sering berbohong sukar untuk membezakan perkara yang benar dan sebaliknya. Meraka yang suka berbohong bukan sahaja mewarisi penyakit lupa malah akan hilang jati diri.
  • Selalu mungkir janji : Alasan yang diberikan pelajar yang selalu mungkir janji adalah lupa. Jadi pelajar yang tidak menepati janji secara tidak langsung membawa dirinya ke arah penyakit lupa.
  • Makanan yang shubhah (meragukan) status halal : Kita digalakkan memakan makanan yang bersih, suci dan halal. Seseorang pelajar itu hendaklah mengelakkan diri daripada memakan makanan yang kotor dan meragukan status kehalalannya. Kerana ia akan mempengaruhi sikap dan minda seseorang pelajar itu.

Cara untuk mengatasi masalah lupa

  • Jangan abaikan solat lima waktu
  • Perbanyakkan solat sunat
  • Selalu membaca ayat-ayat suci al-Quran
  • Selalu berdoa kepada Allah SWT
  • Jangan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti berbohong, mungkir janji, melakukan maksiat, berzina dan sebagainya.
  • Makan makanan yang berkhasiat, bersih, suci, seimbang dan halal

Manakala terdapat beberapa cara agar ingatan lebih kuat dan dapat bertahan lama dalam aspek pelajaran.

  • Mengulangkaji Pelajaran : Lebih kerap pelajar mengulangkaji lebih kekal lama ingatan tentang apa yang dipelajari dalam minda.
  • Gunakan pelbagai cara untuk menyalin nota : Jika nota ditulis menggunakan teks sahaja, maka pelajar akan cepat merasa bosan untuk mengulangkaji. Nota yang dicatat perlu dilakar dalam bentuk peta minda supaya pelajar senang ingat dan menarik minat untuk melihatnya. Pelajar perlu menulis nota secara kreatif, gunakan pelbagai jenis warna pen, penggunaan gambar atau grafik.
  • Gunakan pelbagai jenis carta : Termasuklah carta aliran, gambar rajah, venn, lukisan, singkatan, nemoniks dan lakaran.
  • Kaedah bayangan : Pelajar boleh membayangkan isi kandungan yang dibaca. Bayangkan dalam bentuk gambar, gambar rajah, peta konsep, carta aliran, jadual serta pemandangan.
  • Mengulang dan mengingat kembali : Mengulang dan mengingat kembali bayangan itu dengan lebih kerap dan menyebutnya berulang kali.
  • Kurangkan teks : Jadikan ia gambar dan kata kunci.
  • Selalu rujuk kamus : Bagi pelajar yang mengambil aliran bahasa arab, hendaklah selalu berkawan dengan kamus dan menghafaz sekurang-kurangnya 5 patah perkataan sehari.

Akhir kalam, KAM ucapkan selamat mencuba, jangan putus asa dan lakukan dengan bersungguh-sungguh insyaallah mudah-mudahan masalah lupa dapat di atasi dalam diri masing-masing.

Rujukan : Laman Program Score A (Pantas Menuju Kecemerlangan Akademik)

Tanjung Manis, Sarawak.
Khamis : 02.39 am
15 April 2010 / 01 Jumadil Awal 1431
https://ibnismail.wordpress.com

37 Responses to Masalah Lupa : Kenapa, Punca dan Cara Untuk Mengatasinya

  1. shafifah berkata:

    Persembahan Almawlid di Pasar Seni KL 17/04/2010

    Persembahan Almawlid di Pasar Seni KL 17/04/2010


    LAIN-LAIN MAJLIS ILMU :
    1.Pengajian Kitab Bersama Tuan Guru KH Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi : http://wp.me/piAx4-1sT
    2. FORUM PERDANA PENGIMARAHAN MASJID : http://wp.me/piAx4-1s8
    3. Majlis Haul Tokoh -Tokoh Ulama Kg kuala Tekal ke 14 : http://wp.me/piAx4-1lq

    Posted at 09:12 am by melayucyber

    Like

  2. fieya berkata:

    insyaallah maybe ngan cara nie dpt mempertimbangkan lagi ingatan belia padazaman globalisasi ini……

    Like

  3. hairunnisak berkata:

    salam..trime kasih utk pkogsian ilmu..

    Like

  4. hashemi berkata:

    t.ksh sbb dh kngsi cra untuk atasi msalah yg mmbelenggu nih..^_^

    Like

  5. rose berkata:

    hrp sgt lpas ni mslh cpat lupe sye dpt d atasi..
    time ksih kpd penulis blog ni

    Like

  6. Tanpa Nama berkata:

    baguslah tips yang diberikan.tq

    Like

  7. Nurul berkata:

    tima kasih ats perkongsian ini…

    Like

  8. NOR iskandar berkata:

    terima KASIH banyak2.saya akan mencubanya.

    Like

  9. Usop Rahman berkata:

    assalmualaikum warahmatullahi wabarakatuh mc ane nk atasi masalh lupe nie??? baru belajar dh lupe????

    Like

  10. Cikgu Linda berkata:

    boleh saya kongsi dalam blog sekolah saya..info yang menarik

    Like

  11. Kakuza berkata:

    the best

    Like

  12. zizah arsh berkata:

    alhamdulilah masalah lupa boleh di atasi dengan adanya tip yang telah di berikan dengan sempurna insyallah saya akan mengikutinya terima kasih yer….

    Like

  13. elfaris7 berkata:

    Terima kasih KAM. Sedikit sebanyak tips ni bermanfaat untuk saham KAM sendiri di hari muka 🙂

    Like

  14. aku berkata:

    1 tambah 1 tak tahu

    Like

  15. Butoh berkata:

    butoh scam

    Like

  16. Butoh berkata:

    oi tak baik lah

    Like

  17. Shark berkata:

    insaflah nanti aku belasah kau karang.

    Like

  18. syaxa berkata:

    trima ksh:)

    Like

  19. ronzie berkata:

    Thanks pkongsian ilmu ni….nanti kite org praktik

    Like

  20. Tanpa Nama berkata:

    thanx sudi bkongsi ilmu..sy bljr ssuatu yg bru utk ary ini

    Like

  21. Tanpa Nama berkata:

    sya aris pak/bu,sya satiap belajar dan diterangkan oleh bapak/ibu saya tu ngerti tapi stelah ke,esokan harix saya gak ingat.klw dbri soal sya tu bngung? Gmn tu pak….tlng ksh solusix?….

    Like

  22. Stanley berkata:

    Tip ne memang t’baik. .

    Like

  23. sye berkata:

    thanks atas perkongsian yg diberikn….

    Like

  24. sye berkata:

    hanks atas perkongsian yg diberikn….

    Like

  25. Az berkata:

    boleh saya kongsi dalam blog saya..info yang menarik

    Like

  26. NurLiana Adilla berkata:

    Terima kasih kerana memberi info yang sangat berguna..Saya sedar dan saya akui akan sebab mengapa saya saya mudah lupa.Thanks For Everything. …

    Like

  27. wawa berkata:

    Setiap kali sy mengajar ank sy yg sulung yg berumur 8tahun .bile dajar selalu cepat lupe..sy ajar lupe..sy pun x thun nk wat cam mne lg..tlg bg ape saje cadangan atau vitamin arau sebaliknya..

    Like

  28. invest in gold berkata:

    Excellent post. Keep writing such kind of info on your blog.
    Im really impressed by it.
    Hello there, You’ve done a fantastic job. I will certainly digg it and for my part suggest to
    my friends. I’m sure they’ll be benefited from this site.

    Like

  29. […] Masalah lupa : kenapa, punca dan cara untuk mengatasinya […]

    Like

  30. […] Masalah lupa : kenapa, punca dan cara untuk mengatasinya […]

    Like

  31. pelajar berkata:

    sye blajr bhase jepun…dh 2 mggu blajr tapi susah nk ingat tulisan die…harap bleh tolong ..

    Like

  32. Shafie Hamid berkata:

    YE KE…. YG SAYA TENGGOK KAKI SEMBAHYANG PN. BERSERBAN BERJUBAH LG. TP PELUPANYA MENGATASI YG TAK SEMBAHYNG… AAA… KE ALSAN JER LUPA….

    Like

  33. Nazry berkata:

    Tahun nie spm.. cikgu ajar kat depan tetap tak fhm.. focus dh apa lh yg menganggu aku nie?

    Like

Tinggalkan komen